omniture

Syarikat "unicorn" Singapura, Acronis, melancarkan Penyelesaian Perlindungan Siber lengkap pertama di dunia yang disesuaikan untuk membanteras ancaman siber berkaitan dengan pandemik dan mempertingkatkan kerja jarak jauh

Memberi kaedah kepada penyedia perkhidmatan untuk mengurangkan kos dan melindungi pelanggan dari ancaman siber degan perlindungan data dan sekuriti siber yang di kuasai Kecerdasan Buatan (AI) yang membolehkan perlindungan lengkap semasa menggunakan Zoom, penapisan URL berkenaan COVID-19 dan kadar pengesanan 100%
Acronis
2020-05-05 09:00 2845

SINGAPURA, 5 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Acronis, salah satu peneraju antarabangsa dalam bidang perlidungan siber, telah melancarkan Acronis Cyber Protect. Penyelesaian baharu menyepadukan sandaran, pemulihan bencana, servis anti perisian hasad terbaru, perlindungan siber dan alat-alat pengurusan titik akhir dalam satu tawaran innovatif. Acronis Cyber Protect membolehkan penyedia perkhidmatan terurus (PPT) untuk mejadikan sekuriti siber salah satu tumpuan dalam portfolio masing-masing dengan senang dan memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggan berkenaan sekuriti data, aplikasi dan system serta perlindungan siber.

Syarikat "unicorn" Singapura, Acronis, melancarkan Penyelesaian Perlindungan Siber lengkap pertama di dunia yang disesuaikan untuk membanteras ancaman siber berkaitan dengan pandemik dan mempertingkatkan kerja jarak jauh
Syarikat "unicorn" Singapura, Acronis, melancarkan Penyelesaian Perlindungan Siber lengkap pertama di dunia yang disesuaikan untuk membanteras ancaman siber berkaitan dengan pandemik dan mempertingkatkan kerja jarak jauh

 

Cabaran utama yang dihadapi oleh penyedia - penyedia perkhidmatan terurus adalah kerumitan, sekuriti yang tidak mencukupi dan daya pengeluaran yang rendah. Kekurangan penyepaduan diantara program-program dan peyelesaian yang digunakan serta rumusan tampalan yang kini digunakan mengurangkan keselamatan dan produktivi, merumitkan latihan perkerja dan kebolehgunaan sambal meningkatan kos pelesenan dan sokongan yang ditanggung. Acronis Cyber Protect merevolusikan bidang untuk PPT dengan menyediakan penyelesaian tunggal. Dengan penyelesaian ini, PPT dapat menyediakan perkhidmatan sandaran, anti perisian hasad, sekuriti siber dan kebolehan pengurusan seperti penilaian kerentanan, penapisan URL dan pengurusan tampalan sekuriti (security patch).

Penyelesaian bersepadu ini akan mencipta peluang baru untuk PPT bagi menyediakan sekuriti siber yang lebih lengkap dan dipertingkatan. Dengan Acronis Cyber Protect, PPT dapat mengelakkan serangan siber secara proaktif dan mengurangkan penjejasan perkhidmatan. Ia juga membolehkan pemulihan yang pantas dan senang serta penyelenggaraan konfigurasi secara automatic untuk menangani ancaman terkini. Hasilnya, PPT dapat margin yang lebih baik, keuntungan yang lebih tinggi, pematuhan SLA yang lebih mudah, dan prestasi yang lebih baik.

AV-Test, institut sekuriti yang terkenal untuk menguji program anti perisisan hasad di negara Jerman German telah menjalankan ujian yang teliti ke atas Acronis Cyber Protect. Ujian ini dijalankan atas komputer yang menggunakan Windows 10 Professional. Dalam ujian ini, AV-Test telah menguji taraf dan kadar pengesanan dinamik Acronis Cyber Protect dengan menguji 6,932 fail boleh laku (executable) Windows. Acronis Cyber Protect telah menjaringkan skor sempurna dengan pengesanan 100% yang disahkan oleh AV-Test. Dalam ujian positif palsu, Acronis telah dapat skor sempurna sekali lagi dengan keputusan 0 positif palsu. Maklumat lanjut boleh didapati disini.

Walau bagainmanapun, Acronis menyedari bahawa ianya mustahil untuk mencapai jaminan sekuriti 100% pada setiap masa. Akan tetapi, jika terdapat ancaman yang berjaya melepasi perlindungan yang ditetapkan, Acronis Cyber Protect menyediakan kelangsungan perniagaan  terbaik dengan memastikan perniagaan dapat memulihkan data, applikasi dan sistem-sistem dengan pantas dan berkesan.

Membantu PPT dengan Sekuriti Bekerja Dari Jauh Semasa Pandemik COVID-19

Acronis telah memperkenalkan ciri-ciri holistik untuk Acronis Cyber Protect baharu yang dapat membantu PPT serta pelanggan-pelanggan mereka untuk menghadapi cabaran situasi kerja jarak jauh dengan pantas dan terlindung. Di antaranya adalah:

  • Menunda pembilan untuk planggan yang tidak membayar sambil memilihara sandaran yang ada
  • Melancarkan pembiayaan dan promosi Acronis #CyberFit sehingga 31 hb July 2020: Tiada kos tambahan untuk Acronis Cyber Protect dan tiada pembilan bagi Acronis Cyber Backup untuk pelanggan baru
  • Untuk Membantu pekerja: sambungan jarak jauh tanpa sentuh dengan kawalan suara bagi mesin pejabat untuk pengguna terakhir
  • Amaran keselamatan dari Pusat Operasi Perlindungan Siber Acronis berkenaan wabak COVID-19
  • Pelan perlindungan keselamatan tersedia untuk perkerja jarak jauh
  • Peranti Kerja: Kemampuan VPN sedia ada
  • Persepaduan perkongsian dan penyegerakan fail terlindung (secure file syn &share); penghapusan data jarak jauh

Perlindungan Moden Dan Bersepadu

"Sandaran data yang sedia ada telah usang kerana ia tidak cukup selamat, dan aplikasi-aplikasi antivirus yang sedia ada tidak lagi melindung dari ancaman siber moden. Penyelesaian legasi tidak dapat mentang ancaman-ancaman siber yang kini dihadapi oleh perniagaan," kata Pengasas Acronis dan CEO Serguei "SB" Beloussov. "Penyedia perkhidmatan perlu menawarkan perlindungan siber bersepadu yang dapat merangkumi Lima Vektor Perlindungan Siber – keselamatan, kebolehcapaian, privasi, kesahihan dan sekuriti. Dengan Acronis Cyber Protect, mereka akan dapat menyediakan penyelesaian yang dapat memastikan pelanggan-pelaggan mereka adalah #CyberFit dan bersedia menghadapi ancaman baru."

Acronis Cyber Protect membuktikan kuasa kesepaduan aplikasi-aplikasi. Ia mempunyai ciri-ciri model pelesenan Bersatu, satu agen dan satu "backend", satu konsol pengurusan, satu antaramuka pengguna dan tahap kesepaduan yang tinggi diantara penyelesaian – perkongsian data dan mengautomasikan tindakan dapat meningkatkan postur keselamatan untuk peranti titik akhir dan peranti pinggiran (edge devices).

"Integrasi unik perlindungan data and sekurit siber yang diperkayakan dengan AI yang ditawarkan oleh Acronis Cyber Protection Cloud membolehkan Ingam Micro Cloud untuk memuaskan keperluan perlindungan siber penyedia perkhidmatan, perusahaan kecil dan sederhana serta beban kerja perusahaan pinggiran (enterprise-edge)," kata Tim Fitzgerald, Naib Presiden, Jualan Saluran, Ingram Micro.

 "Acronis adalah diantara syarikat – syarikat dalam barisan hadapan untuk perlindungan data bersepadu dan perlindundan siber," kata Phil Goodwin, Pengarah Penyelidikan, Kumpulan Sistem Infrastruktur, Platform dan Teknologi, IDC. "Kami percaya bahawa Acronis Cyber Protect adalan antara percubaan paling komprehensif untuk menyediakan perlindungan data dan sekuriti siber sehingga kini."

Peta hala tuju Acronis Cyber Protect memperluaskan ketersediaan Acronis Cyber Protect kepada perniagaan di seluruh dunia, dengan edisi di premis yang akan dilancarkan dalam separuh akhir 2020. Sehingga masa itu, mana-mana pelanggan akan dapat memanfaatkan kelebihan Acronis Cyber Cloud sebagi perkhidmatan terurus dari PTT mereka. Versi persendirian juga akan dilancarkan dalam Q3 2020.

Ketersediaan dan Promosi

Sila layari https://www.acronis.com/en-us/business/cyber-protect/ untuk medaftar dalam talian atau untuk meminta percubaan yang berfungsi sepenuhnya. Untuk membantu perniagaan – perniagaan semasa pandemik COVID-19, Acronis Cyber Protect Cloud boleh didapati pada kos Acronis Cyber Backup Cloud untuk semua penyedia perkhidmatan sehingga 31 Julai 2020.

Mengenai Acronis

Acronis menetapkan piawai perlindungan siber dengan penyelesaian sandaran, anti-perisian hasad, pemulihan bencana, sekuriti siber, pengurusan titik akhir, penyimpanan dan penyelesaian perkongsian dan penyegerakan fail perusahaan. Dengan penyelesaian yang diperkayakan dengan teknologi perlindungan aktif berdasarkan AI, pengesahan data berdasarkan blockchain dan seni bina awan hibrid yang unik, Acronis melindungi data dalam apa jua keadaan – termasuk fizikal, awan, beban kerja mudah alih dan applikasi – semua pada kos rendah dan boleh ramal.

Diasaskan di Singapura pada 2003 dan diperbadankan di Switzerland pada 2008, Acronis kini mempunyai lebih daripada 1,500 pekerja di 33 lokasi dalam 18 negara. Penyelesaiannya dipercayai oleh lebih daripada 5.5 juta pengguna dan 500,000 perniagaan, termasuk 100% perniagaan dalam senarai Fortune 1000. Produk Acronis boleh didapati melalui 50,000 pengedar dan penyedia perkhidmatan dalam 150 negara dalam lebih daripada 40 bahasa.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200504/2793387-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200504/2793387-1LOGO?lang=0

Source: Acronis
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security New products/services