omniture

Arria NLG dan BNY Mellon Berkolaborasi Ubah Data menjadi Analitik melalui Teknologi Bahasa Tabii

Arria NLG
2020-05-06 22:22 1148

NEW YORK, 6 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Arria NLG, penyedia yang terkemuka bagi teknologi Penjanaan Bahasa Tabii (NLG), hari ini mengumumkan satu kolaborasi dengan The Bank of New York Mellon Corporation ("BNY Mellon") untuk membantu pengurus aset dan pemilik aset mengubah data menjadi analitik yang boleh diambil tindakan. Pelanggan BNY Mellon Data and Analytics Solutions kini dapat memperoleh pandangan yang lebih baik daripada data mereka melalui kuasa penjanaan bahasa tabii.

BNY Mellon Data and Analytics Solutions’ clients will now be able to unlock better insights from their data through the power of natural language generation
BNY Mellon Data and Analytics Solutions’ clients will now be able to unlock better insights from their data through the power of natural language generation

"Teknologi kecerdasan buatan bahasa tabii kami membantu menjana pandangan dan naratif automatik pada masa sebenar dalam bahasa yang sederhana dan mudah difahami terus daripada data," kata Sharon Daniels, Ketua Pegawai Eksekutif Arria NLG. "Kami berasa gembira dapat mempercepatkan kepantasan terhadap sumber berpotensi baharu alfa yang belum diterokai untuk pelanggan BNY Mellon Data and Analytics Solutions bagi membantu mereka membuat keputusan pelaburan bermaklumat yang lebih baik dan mengembangkan aset dengan lebih berkesan."

Pelanggan BNY Mellon Data and Analytics Solutions kini boleh memanfaatkan keupayaan penjanaan bahasa tabii sofistikated Arria yang diintegrasikan dengan suit penyelesaian Prestasi dan Pengurusan Data Eagle. Arria NLG yang digabungkan dengan pengalaman teknologi kewangan BNY Mellon akan membantu pelanggan untuk mempercepatkan analisis data mereka dan menterjemahkan data kepada bahasa dan pandangan dalam kategori-kategori data pelaburan termasuk pengurusan portfolio, pengukuran prestasi dan analisis atribusi.

"Kami berasa gembira untuk menawarkan keupayaan NLG Arria dalam platform utama kami bagi membantu pelanggan memenuhi keperluan pematuhan sekali gus bertindak balas terhadap perubahan pasaran dan peraturan yang berterusan," kata Charles Teschner, Ketua Penyelesaian Data dan Analitik Global, BNY Mellon. "Kolaborasi ini membantu pelanggan kami memberi ulasan profesional tidak berat sebelah yang tekal, meluaskan operasi pelaporan data mereka dan mengurangkan masa serta usaha dengan ketara bagi menganalisis jumlah data yang besar."

Ketahui lebih lanjut

Latar Belakang Arria NLG 
Arria NLG ialah pemimpin global dalam bidang Penjanaan Bahasa Tabii (NLG), suatu bentuk kecerdasan buatan yang mengkhusus dalam mengekstrak pandangan daripada sumber data yang rumit dan menyampaikan maklumat ini dalam bahasa tabii (iaitu seolah-olah ditulis atau dituturkan oleh manusia). Seni bina API Arria membolehkan integrasi yang lancar dengan sebarang platform BI, RPA atau VOICE.

Arria mempunyai penumpuan tertinggi dalam kepakaran NLG di dunia dan mempunyai portfolio paten yang semakin berkembang dengan 27 paten NLG utama. Kumpulan pelanggan perusahaan antarabangsa utama Arria yang berkembang pesat-termasuk perbankan, perkhidmatan kewangan, insurans, farmaseutikal, barangan produk pengguna, berita dan media-kini menggunakan pelaporan automatik dipacu NLG dalam organisasi-organisasi global mereka yang menggunakan Platform Studio NLG Arria
Maklumat tambahan disediakan di www.arria.com.

Hubungan Media: Lyndsee Manna
Naib Presiden Kanan, Pembangunan Perniagaan dan Perkongsian
lynsee.manna@arria.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1164170/BNY_Mellon.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1164169/Arria_NLG_Logo.jpg

Source: Arria NLG
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Contracts Data Analytics