omniture

Venturis Therapeutics, Inc. Umum Permohonannya untuk Empat Paten Baharu Berhubung Penggunaan Angiogenesis Terapeutik bagi Rawatan Penyakit Berkaitan dengan Virus COVID-19, serta Penyakit Berkaitan Virus Lain

Venturis Therapeutics, Inc.
2020-05-07 02:25 1109

DALLAS, 7 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Venturis Therapeutics, Inc. ("VT") hari ini mengumumkan bahawa ia telah memohon untuk empat paten sementara yang berkaitan dengan rawatan dan/atau pencegahan penyakit yang disebabkan oleh virus yang berkaitan dengan virus COVID-19, selain virus-virus lain. Permohonan paten baharu ini memetik aspek umum yang berikut: kerosakan hati dan strok yang disebabkan oleh virus; sindrom pernafasan akut teruk (SARS); disfungsi usus atau kerosakan sel epitelum usus; dan disfungsi atau kegagalan buah pinggang.

Sepanjang beberapa bulan yang lalu, pasukan VT telah mengkaji semula pelbagai laporan awal dan data daripada golongan profesional perubatan di seluruh dunia berhubung penyakit yang berkaitan dengan kerosakan sel epitelium dan tisu mikrovaskular yang disebabkan oleh virus COVID-19. Kerosakan ini direkodkan dalam kalangan pesakit daripada pelbagai kumpulan umur semasa mahupun selepas pemulihan ketara daripada virus COVID-19 dan dalam kalangan pesakit yang telah mengalami simptom-simptom virus teruk atau hanya simptom-simptom ringan. Keadaan yang ditunjukkan oleh penyakit yang disebabkan oleh virus boleh melibatkan, tetapi tidak terhad kepada, strok, kegagalan organ, fibrosis, darah beku secara tiba-tiba dan iskemia sel serta tisu. VT mempunyai pengalaman selama bertahun-tahun bagi penggunaan angiogenesis terapeutik dalam rawatan dan pertumbuhan semula iskemia dan/atau sel dan tisu epitelium dan mikrovaskular yang  rosak.

VT menjangkakan bahawa paten-paten baharu ini, digabungkan dengan paten-paten VT yang lain, contohnya paten strok sedia ada kami, akan membolehkan VT untuk memperluaskan perkembangan kaedah dan terapi semasa dan rintisnya bagi merawat keadaan yang mengancam nyawa dan sengsara ini dalam populasi pesakit yang besar. Dengan paten-paten yang dicadangkan dan sedia ada ini, VT berusaha untuk berada di hadapan syarikat-syarikat sektor swasta dalam memerangi kesan-kesan buruk akibat penyakit-penyakit ini.

LATAR BELAKANG VENTURIS THERAPEUTICS
Venturis Therapeutics, Inc. ialah sebuah syarikat biofarmaseutikal yang membangunkan calon-calon ubat protein bagi mengatasi penyakit-penyakit seperti luka diabetis, penyakit jantung koronari teruk, penyakit arteri periferi, disfungsi erektil, strok, penyakit cakera tulang belakang dan penyakit yang berkaitan dengan kerosakan yang disebabkan oleh virus terhadap sel epitelium dan tisu mikrovaskular. Bahan farmaseutikal aktif (API) dalam calon-calon ubat kami ialah FGF-1, protein manusia yang merangsang pertumbuhan saluran darah baharu, yang meningkatkan bekalan darah ke organ dan tisu iskemik.

KENYATAAN PANDANG KE HADAPAN
Siaran berita ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan yang melibatkan risiko dan ketidaktentuan. Keputusan dan hasil sebenar mungkin berbeza dengan nyata berbanding apa yang dibincangkan atau dijangkakan. Sebagai contoh, kenyataan yang berkaitan dengan jangkaan melibatkan penyelidikan baharu, kemajuan dengan percubaan klinikal atau inisiatif perniagaan akan datang merupakan kenyataan pandang ke hadapan. Faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi hasil sebenar termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kelulusan FDA untuk calon-calon ubat Venturis, penerimaan pasaran terhadap produk Venturis oleh pelanggan, perkembangan baharu dalam industri, pendapatan akan datang, perbelanjaan akan datang, margin akan datang, penggunaan tunai dan prestasi kewangan. Selain itu, sehinggalah aliran tunai Venturis adalah positif daripada operasi, Syarikat bergantung pada pengumpulan modal untuk membiayai operasinya dan memenuhi tanggungjawabnya sebagaimana diperlukan. Tiada jaminan bahawa Venturis akan dapat mengumpul modal yang perlu ada apabila ia diperlukan.

Source: Venturis Therapeutics, Inc.
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals