omniture

Mengumumkan VeChain BootCamp - Siri Webinar Rantaian Blok Strim Langsung Maya

VeChain
2020-05-07 22:26 973

SHANGHAI, 7 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Sewaktu realiti kehidupan 'normal baharu' bermula, VeChain Foundation telah mencari peluang terbaik untuk meneruskan dan meningkatkan penglibatan sosial serta usaha komunikasi kami. Selepas mengadakan perbincangan dan perundingan yang teliti bersama rakan kongsi dan penasihat kami, kami percaya bahawa dengan beralih ke arah dunia maya memberi cara yang unik untuk berkongsi kemajuan perniagaan terkini kami dan lelaran produk secara langsung dan interaktif.

Hasilnya, kami ingin mengumumkan VeChain BootCamp, siri webinar rantaian blok strim langsung maya. Siri webinar ini akan dihoskan oleh pasukan pengurusan tertinggi VeChain, pengurus besar negara dan serantau serta pakar VeResearch. Selain itu, siri webinar ini akan disertai oleh penceramah jemputan terkenal yang terdiri daripada rakan kongsi kami dari pelbagai industri bagi memberi pandangan dari perspektif profesional mereka.

VeChain BootCamp - Siri Pembelajaran & Komunikasi Interaktif

Menggunakan platform penstriman langsung dalam talian, VeChain BootCamp bertujuan untuk mewujudkan sesi webinar yang bersemangat. Topik-topik yang dibentangkan dalam siri ini akan disasarkan untuk membantu penonton memahami trend terkini pelaksanaan teknologi rantaian blok, mengikuti perkembangan semasa berhubung VeChain, mengikuti anjakan paradigma terkini dalam perkembangan industri dan memperoleh pandangan prospektif daripada VeChain serta pelbagai rakan kongsi kami.

Sama ada anda merupakan peminat teknologi atau rantaian blok, wartawan atau ahli perniagaan, kami menjamin bahawa VeChain BootCamp akan menjadi satu perjalanan yang berwawasan, menghiburkan dan menyeronokkan buat semua. Kami amat menggalakkan semua ahli komuniti kami untuk menghadiri webinar kami yang direka khas dan menyebarkan maklumat kepada sesiapa yang mungkin berminat dengan siri ini.

Pengenalan VeChain ToolChainTM Terkini untuk Mulakan Siri Berkenaan

Selepas berbulan-bulan menjalankan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D), kami dengan bangganya mengumumkan bahawa versi baharu VeChain ToolChainTM telahpun tiba. Versi baharu ini melebihi keluaran awal menerusi beberapa faktor dan didatangkan dengan keupayaan untuk diskalakan pada kadar yang pesat.

Dalam siri pertama VeChain BootCamp, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama VeChain Sunny Lu akan memperkenalkan secara rasmi ciri-ciri baharu dan butiran hebat yang lain mengenai VeChain ToolChain serta peranannya dalam penerimaan rantaian blok VeChainThor oleh rakan kongsi dan juga pelanggan.

Acara strim langsung pertama akan bermula pada jam 22:00 (UTC+8) pada 8 Mei 2020 dan pendaftaran untuk menyertai strim utama kini dibuka. Suapan video langsung akan turut distrim di saluran YouTube rasmi kami.

Nantikan butiran lanjut di twitter rasmi kami @vechainofficial dan kunjungi laman sesawang BootCamp Prep rasmi kami untuk maklumat lanjut!

Kami tidak sabar-sabar untuk bertemu anda semua secara maya tidak lama lagi!

Latar Belakang VeChain

Dilancarkan pada tahun 2015, VeChain menghubungkan teknologi rantaian blok ke dunia sebenar dengan menyediakan struktur tadbir urus yang komprehensif, model ekonomi yang teguh dan penyepaduan IoT. VeChain ialah perintis aplikasi dunia sebenar menggunakan teknologi rantaian blok awam, dengan operasi antarabangsa di Singapura, Luxembourg, Tokyo, Shanghai, Paris, Hong Kong dan San Francisco. Bersama rakan strategik kami PwC dan DNV GL, kami telah menjalin hubungan kerjasama dengan banyak perusahaan terkemuka dalam industri yang berbeza, termasuk Walmart China, BMW, BYD Auto, Haier, H&M, LVMH, D.I.G, ENN, AWS, PICC, ASI dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut mengenai VeChain, sila kunjungi laman sesawang rasmi kami www.vechain.com.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/738233/Vechain_Logo.jpg 

Source: VeChain
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics New products/services Blockchain Financial Technology