omniture

Aplikasi Komuniti Muzik Baharu Soundfyr Peroleh 350,000 Muat Turun Dalam Bulan Pertama Pelancaran Seluruh Dunia

Aplikasi Komuniti Muzik Baharu Seluruh Dunia Perkasa Pemuzik Bebas, Promosikan Penemuan Muzik & Interaksi Langsung bersama Peminat
Soundfyr
2020-05-08 00:16 1244

SINGAPURA, 8 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Soundfyr (disebut, 'Sound-fire'), komuniti muzik global yang memperjuangkan muzik bebas asli yang ditubuhkan oleh DJ Radio dan penerbit terkenal, fyr atau lebih dikenali sebagai doctormix bagi menyokong pemuzik muda yang bebas di seluruh dunia dalam 'Sebarang Bahasa, Sebarang Genre', telah mengumpulkan 350,000 muat turun dalam bulan pertama pelancaran seluruh dunianya.

Beberapa Perkhidmatan yang disediakan oleh Platform Soundfyr kami
Beberapa Perkhidmatan yang disediakan oleh Platform Soundfyr kami

Dilancarkan pada 1 April 2020, Soundfyr ialah aplikasi komuniti muzik baharu yang diwujudkan untuk mempromosikan dan memperkenalkan bakat serantau ke mata dunia melalui set intuitif mekanisme rangkaian sosial yang direka untuk sesiapa sahaja dan semua orang yang berminat dengan muzik. Bermula daripada Guru Muzik, Konduktor dan Juruteknik Gitar, Jurutera Bunyi hingga Studio Persembahan Muzik, Syarikat Sewaan AV dan Penganjur Acara, kesemuanya diundang untuk menyertai, berhubung, berkongsi dan menikmati dunia muzik yang baharu.

Melalui laman utama berbilang bahasa yang dicipta dengan unik, artis muda dan pengguna boleh menghantar hasil ciptaan lirik terkini dan asli mereka, bersosial di 'The Wall', menghantar foto/lagu/video, mengulas, berkongsi dan mengumpul 'Superloves' (versi Suka Soundfyr). Apabila artis menjadi terkenal, mereka boleh dihubungi terus melalui 'Chatify' pada aplikasi ini oleh peminat, promoter persembahan muzik, syarikat acara, syarikat rakaman mahupun artis lain untuk mengadakan persembahan dalam konsert atau berkolaborasi.

Soundfyr turut mencipta kandungan asli. Soundfyr Original Shows termasuk 'Soundfyr Represents', ciri yang disokong oleh Samsung Singapore, Spotlight Series, Selfie Video Interviews dan 'Amplifyr Daily' yang mempromosikan Pemuzik dan Bakat dalam komuniti Soundfyr.

"Soundfyr meletakkan pemuzik sebagai keutamaan," kata fyr, Pengasas Soundfyr, "telahpun berpengalaman dalam industri muzik dari usia muda, saya tahu betapa sukarnya keadaan yang boleh terjadi untuk pemuzik muda yang bercita-cita tinggi. Kami ingin mencipta sesuatu dengan jiwa, dari hati dan memberi artis muda dengan peluang yang sama rata bagi mencapai kejayaan. Tanpa mengira keadaan anda atau di mana anda berada di dunia. Hebat rasanya dapat melihat komuniti semasa menyokong inisiatif ini. Kami berharap agar lebih ramai orang dapat mengambil manfaat daripada platform kami dan menjadikan impian mereka suatu kenyataan."

fyr, menerima anugerah ‘Spirit of Enterprise’ kehormat daripada mendiang Presiden Singapura En. S.R.Nathan atas pensindiketan rancangan radio beliau dan sumbangan kepada industri acara korporat pada tahun 2005.
fyr, menerima anugerah ‘Spirit of Enterprise’ kehormat daripada mendiang Presiden Singapura En. S.R.Nathan atas pensindiketan rancangan radio beliau dan sumbangan kepada industri acara korporat pada tahun 2005.

Sebelum pelancaran seluruh dunia aplikasi berkenaan, Soundfyr mengumpul hampir US$2 juta secara berperingkat-peringkat bersama Sound 360 & syarikat usaha niaga CATALYST+ dan akan memasuki pusingan pendanaan Pra-Siri A tidak lama lagi. Aplikasi ini telahpun melangkah dengan permulaan yang baik menerusi muat turun di AS, Filipina, Rusia dan India.

"Setelah permulaan yang mantap, kami akan mula meningkatkan dan mengumpul dana bagi memperluaskan platform muzik kami, meningkatkan fungsi serta terus mengembangkan inisiatif kami demi memberi manfaat kepada pemuzik muda," tambah fyr.

Latar Belakang Soundfyr: Soundfyr. Tumpuan Global untuk Pemuzik, Peminat, Bakat & Ahli Profesional dalam Industri Muzik, Perniagaan Berkaitan Muzik, Persembahan Muzik, Wawancara & Banyak Lagi. Kini tersedia di Google Play & The App Store. Soundfyr, Hidupku, Muzikku! Sebarang Bahasa, Sebarang Genre.
Latar Belakang Soundfyr: Soundfyr. Tumpuan Global untuk Pemuzik, Peminat, Bakat & Ahli Profesional dalam Industri Muzik, Perniagaan Berkaitan Muzik, Persembahan Muzik, Wawancara & Banyak Lagi. Kini tersedia di Google Play & The App Store. Soundfyr, Hidupku, Muzikku! Sebarang Bahasa, Sebarang Genre.

Soundfyr boleh didapati dalam 10 bahasa: Bahasa Inggeris, Bahasa Thai, Bahasa Cina Ringkas, Bahasa Indonesia, Bahasa Melayu, Bahasa Vietnam, Bahasa Jepun, Bahasa Korea, Bahasa Sepanyol & Bahasa Perancis, dengan lebih banyak Bahasa akan ditambah tidak lama lagi.

Muat turun aplikasi Soundfyr secara PERCUMA hari ini daripada:

  1. Google Play 
  2. The App Store
  3. www.Soundfyr.com

Latar Belakang fyr (turut dikenali sebagai doctormix)

Sebelum membangunkan aplikasi Soundfyr, fyr menghabiskan masa sejak 30 tahun yang lalu membina kerjaya beliau sebagai individu berpengaruh dalam industri acara korporat dan muzik, mengendalikan Stesen Radio Bahasa Inggeris Terkemuka Singapura seperti Class 95 sebagai doctormix dan 98.7FM sebagai DJ Radio.

Seorang penerbit muzik dan perintis yang disegani dalam bidang radio serta DJ dan pernah membuat pensindiketan rancangan radio beliau sendiri ke 100 bandar di seluruh dunia. Beliau telah memenangi banyak anugerah dan penghargaan atas sumbangan beliau terhadap industri muzik. fyr juga pernah terlibat dalam kumpulan rock yang direkrut oleh EMI records bersama anggota-anggota dari AS, Rusia & Singapura. Kumpulan ini meraih kejayaan dengan mengadakan persembahan di tempat-tempat terkenal seperti Johnny Depp's Viper Room, ditampilkan dalam MTV & Stesen Radio di seluruh dunia dan mengadakan persembahan bersama-sama Puddle of Mudd, Tommy Lee, JET dan ramai lagi di festival-festival seluruh dunia.

Latar Belakang Soundfyr

Soundfyr. Tumpuan Global untuk Pemuzik, Peminat, Bakat & Ahli Profesional dalam Industri Muzik, Perniagaan Berkaitan Muzik, Persembahan Muzik, Wawancara & Banyak Lagi. Kini tersedia di Google Play & The App Store. Soundfyr, Hidupku, Muzikku! Sebarang Bahasa, Sebarang Genre.

Untuk Pertanyaan Media, sila hubungi

fyr
Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif
Soundfyr

fyr@soundfyr.com
+65-98289412
+65-69206FYR

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200506/2796131-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200506/2796131-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200506/2796131-1-c?lang=0

Source: Soundfyr
Related Links:
Keywords: Entertainment Mobile Entertainment Music Telecommunications