omniture

Huobi China bakal Mainkan Peranan Penting dalam Pembangunan BSN

Huobi China
2020-05-08 04:17 1160

BEIJING, 8 Mei 2020  /PRNewswire/ -- Minat China terhadap teknologi rantaian blok dilihat bakal mengambil langkahnya yang seterusnya apabila Rangkaian Perkhidmatan Berasaskan Rantaian Blok (BSN) mula dikuatkuasakan secara komersial pada 25 April. Tujuan rangkaian ini adalah untuk membolehkan syarikat dan pembangun perisian mendapat akses ke BSN dan membina aplikasi berasaskan rantaian blok dengan cepat dan berpatutan.

Huobi China bakal Mainkan Peranan Penting dalam Pembangunan BSN
Huobi China bakal Mainkan Peranan Penting dalam Pembangunan BSN

Kerajaan Cina telah membayangkan pelbagai keadaan penggunaan untuk rangkaian infrastruktur rantaian blok termasuk aplikasi bandar pintar, pendaftaran identiti dan penyelesaian simpanan data. Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menjayakan rangkaian ini, Huobi China telah dicalonkan sebagai salah satu daripada empat penyedia kerangka kerja asas BSN.

Terdapat lebih daripada satu rangkaian BSN yang akan beroperasi di China. Ia telah terbukti berkesan dan berdaya maju, serta boleh diskala di China dan telah dibawa ke peringkat global. Hong Kong dan Singapura merupakan antara lebih daripada 84 bandar di mana rangkaian ini telahpun diuji.

Menurut satu dokumen yang dikongsi bersama orang ramai di Sidang Akhbar Pengkomersialan BSN pada 25 April, BSN telah mendaftar 128 nod bandar awam melalui ahli telekomunikasinya dan berharap untuk menggunakan sehingga 200 nod tambahan menjelang penghujung tahun ini.

Huobi China telah menyempurnakan salah satu kerangka kerja yang akan diintegrasikan ke dalam BSN pada Julai 2020. Tidak lama lagi orang ramai akan dapat mengakses rangka kerangka kerja rantaian blok yang disokong oleh Huobi China. 

Yuming Yuan, Ketua Pegawai Eksekutif Huobi China, telah mengulas mengenai projek ini dan cita-cita besarnya, selain bagaimana beliau melihat Huobi China memainkan peranannya.

"Hakikat bahawa Huobi China diterima sebagai salah satu daripada empat penyedia kerangka kerja asas untuk BSN merupakan satu pencapaian penting yang baharu. Kami diiktiraf sebagai salah satu perusahaan terkemuka dalam industri rantaian blok dan keupayaan kami untuk mengkaji, memperoleh projek dan menjadi rakan kongsi erat bagi membina ekosistem rantaian blok bersepadu adalah amat diperlukan dalam program BSN," jelas Yuan.

Usaha ini adalah sesuatu yang belum pernah dilihat sebelum ini pada skala global. Perhargaan yang meningkat terhadap rantaian blok di China telah berkali-kali dilaporkan, namun pelaksanaan BSN merupakan satu manifestasi cita-cita ini.

Foto: https://photos.prnasia.com/prnh/20200507/2796414-1?lang=0

Source: Huobi China
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Blockchain