omniture

MCI Management Center Innsbruck: Program PHD Eksekutif MCI Bermula untuk Kali Keempat

MCI Management Center Innsbruck
2020-05-08 10:00 956

- Kerjasama antara MCI, University of Antwerp dan Antwerp Management School | Walaupun berlakunya penularan COVID kemajuan program tanpa had dijamin | Permohonan dibuka, pengajian bermula November 2020

INNSBRUCK, Austria, 8 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Program PhD Eksekutif selama empat tahun bersama peserta-peserta dari seluruh dunia disesuaikan untuk eksekutif dan pengurus antarabangsa berpengalaman yang ingin mengaplikasikan dapatan kajian terkini dan kepakaran akademik terhadap isu-isu ekonomi yang rumit, seringkali dikaitkan dengan aktiviti profesional mereka. Program kedoktoran yang diiktiraf di peringkat antarabangsa ini bersama-sama dikendalikan oleh University of Antwerp, Antwerp Management School dan MCI. Di Austria, program ini diperakui oleh AQ Austria.

 

Susanne E. Herzog, Head of the Executive Education Department at MCI, and Markus Kittler, Academic Program Director, further developed the Executive PhD program in a highly professional manner with regard to the COVID requirements. © MCI
Susanne E. Herzog, Head of the Executive Education Department at MCI, and Markus Kittler, Academic Program Director, further developed the Executive PhD program in a highly professional manner with regard to the COVID requirements. © MCI

 

Kumpulan pelajar yang seterusnya dijadualkan bermula pada November 2020 dan pandemik COVID-19 tidak akan menjejaskan kualiti program ini. Markus Kittler, Pengarah Program Akademik MCI, menjelaskan: "Apabila kami menyedari lebih awal bahawa sekatan perjalanan antarabangsa akan dikekalkan dalam tempoh yang cukup lama, kami menukar modul dalam kampus menjadi modul hibrid dan dalam talian. Ini dapat memastikan agar peserta dapat menyelesaikan program PhD seperti yang dirancang tanpa sebarang kesan yang merumitkan terhadap jangka masa atau kualiti program tersebut."  

Oleh yang demikian, modul pada musim luruh ini akan dilaksanakan secara dalam talian. MCI boleh memanfaatkan pengalaman selama beberapa tahun dalam bidang pembelajaran dalam talian. "Kami telah mula menukar program MBA kami kepada pembelajaran bercampur dengan format mudah alih dan dalam talian beberapa tahun yang lalu. Kini kepakaran ini membantu kami untuk membangunkan lagi program PhD Eksekutif dengan cara yang amat profesional berhubung keperluan baharu dan bagi menyediakan pelajar dengan sokongan optimum," tambah Susanne E. Herzog, Ketua Jabatan Pendidikan Eksekutif di MCI. Format dalam kampus akan kembali sebaik sahaja risiko-risiko kesihatan terkawal dan sekatan perjalanan dibatalkan.

Maklumat terperinci mengenai program, permohonan dan prosedur kemasukan boleh ditemui di https://www.mci.edu/en/study/executive-phd

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/1164816/Herzog_Kittler.jpg  
Foto: https://mma.prnewswire.com/media/1164817/MCI.jpg

Hubungan Akhbar: Ulrike Fuchs, ulrike.fuchs@mci.edu, Tel. +43 (0)512 2070-1527

The Executive PhD program is jointly run by the University of Antwerp, Antwerp Management School and MCI and will start for the fourth time © MCI
The Executive PhD program is jointly run by the University of Antwerp, Antwerp Management School and MCI and will start for the fourth time © MCI

 

 

 

Source: MCI Management Center Innsbruck
Keywords: Banking/Financial Service Education Higher Education Economic news, trends, analysis New products/services