KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Penularan COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung pencegahan coronavirus telah mengakibatkan ekonomi perniagaan di Malaysia, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana ("PKS") menerima kesan yang parah. Aliran tunai menjadi cabaran terbesar dan PKS terpaksa menyesuaikan operasi mereka dalam tempoh PKP dengan pantas untuk memastikan bahawa mereka dapat terus memenuhi komitmen kewangan mereka, termasuk mengekalkan jumlah pekerja serta membayar gaji bulanan walaupun perniagaan tidak dibenarkan beroperasi. Untuk memastikan bahawa PKS mendapat bantuan kewangan yang diperlukan pada kadar yang pantas, Hong Leong Bank ("HLB" atau "Bank") meningkatkan dan mempermudahkan proses permohonan PKS untuk Bantuan Khas Bank Negara Malaysia ("BNM") Kemudahan Bantuan Khas (Special Relief Facility "SRF").
Sehingga 30 April 2020, HLB telah meluluskan sekitar RM1.3Bilion kemudahan pinjaman di bawah BNM SRF untuk lebih daripada 1600 PKS yang merangkumi pelbagai sektor termasuk perdagangan borong dan runcit, pembuatan, pembinaan serta sektor pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi.
Terrence Teoh, Ketua Perbankan PKS (SME Banking) di HLB berkata meberikan fleksibiliti kepada proses permohonan telah memberi impak positif dalam meringankan beban dan kegelisahan pelanggan. "Kami membuatnya lebih mudah dan lancar bagi pelanggan, di mana mereka dapat mengajukan permohonan melalui e-mel dan menyelesaikan permohonan melalui penerimaan persetujuan digital. Ini bukan sahaja selaras dengan strategi HLB yang mendahulukan pendekatan digital tetapi juga membolehkan kami menolong pelanggan pada masa kritikal PKP di mana ada sekatan fizikal yang menghalang proses untuk melaksanakan perkhidmatan bank secara tradisional."
Domenic Fuda, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB mengatakan, "PKS merangkumi 98.5%* daripada kesemua perniagaan di Malaysia dan telah menerima kesan yang parah semasa PKP. Sebagai sebuah bank yang mempunyai warisan keusahawanan yang kuat, kami memahami bahawa aliran tunai adalah cabaran terbesar PKS, dan pada masa ini, mereka menghadapi tekanan kewangan untuk memastikan perniagaan tetap bertahan serta dapat melindungi kehidupan majikan and pekerja mereka. Kami tetap berkomunikasi dengan pelanggan kami sepanjang tempoh PKP untuk membantu PKS sebaik mungkin dalam kemampuan kami, termasuk memberikan kredit dan menangguh pembayaran yang diperlukan oleh PKS untuk membantu pengurusan aliran tunai jangka pendek. Kami juga membantu mereka mendigitalisasikan perbankan mereka untuk membolehkan mereka beroperasi di bawah pergerakan terhad. Dengan itu, HLB berharap PKS bersiap sedia untuk bangkit secepat mungkit apabila keadaan bertambah baik."
HLB juga menghulurkan bantuan kepada pelanggan individu PKS dalam program penangguhan pinjaman yang diperkenalkan pada 1 April 2020 untuk jangka masa 6 bulan. Dengan semua inisiatif ini, pihak Bank berharap bantuan dan sokongan penting serta kekinian pada saat kritikal kepada ribuan PKS membolehkan mereka terus beroperasi semasa pandemik ini.
Untuk maklumat lanjut tentang SRF atau pertanyaan umum tentang program Penangguhan Pinjaman/Pembiayaan HLB dan kemas kini Bank berkaitan COVID-19, sila hantarkan e-mel ke sme@hlbb.hongleong.com.my atau lawati www.hlb.com.my/ms/personal-banking/news-updates/hlb-customer-financial-relief-plan.html atau hubungi Hotline Pelanggan HLB di 03-7626 8899.
*Sumber: SME Corp: https://www.smecorp.gov.my/index.php/en/policies/2020-02-11-08-01-24/sme-statistics
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200508/2798803-1?lang=0