omniture

Kraft Heinz Bekerjasama dengan Bulan Sabit Merah Malaysia untuk Membantu Ibu Tunggal Semasa COVID-19

Kraft Heinz
2020-05-08 16:41 1030

KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Kraft Heinz yang dikenali sebagai salah sebuah syarikat makanan yang terbesar di seluruh dunia, bekerjasama dengan Bulan Sabit Merah Malaysia (Malaysian Red Crescent) untuk projek #responsMALAYSIA – satu inisiatif yang bertujuan untuk menyokong ibu-ibu tunggal di Malaysia semasa berlakunya pandemik COVID-19 ini melalui agihan keperluan makanan pening untuk memastikan agar kebajikan keluarga mereka yang memerlukan ini terjaga.

Dalam gambar; (baris hadapan, tengah) YTM Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah , Tunku Temenggong Kedah, Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia, (baris hadapan, 2 dari kiri) Dato' Sayed Abdul Rahman bin Sayed Mohd, Setiausaha Agung Bulan Sabit Merah Malaysia termasuk Ahli-ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan dan kakitangan ambulans, dan (baris hadapan, 4 dari kiri) Michael Kingfield, Pengurus Besar Heinz ASEAN Pte.Ltd., Malaysia
Dalam gambar; (baris hadapan, tengah) YTM Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah , Tunku Temenggong Kedah, Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia, (baris hadapan, 2 dari kiri) Dato' Sayed Abdul Rahman bin Sayed Mohd, Setiausaha Agung Bulan Sabit Merah Malaysia termasuk Ahli-ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan dan kakitangan ambulans, dan (baris hadapan, 4 dari kiri) Michael Kingfield, Pengurus Besar Heinz ASEAN Pte.Ltd., Malaysia

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Kraft Heinz menyumbang sebanyak 30,000 botol sos Kicap ABC, serta pek makanan yang mengandungi barang keperluan seperti beras, minyak masak, garam dan gula buat mereka yang memerlukan. Pakej makanan ini akan diagihkan oleh Bulan Sabit Merah Malaysia kepada ibu-ibu tunggal di kawasan Tengah, Selatan dan Timur Malaysia yang memerlukan sokongan segera.

En. Joao Leitao, Pengarah Urusan Eksport ASEAN, India, Hong Kong dan APAC, Heinz ASEAN Pte. Ltd., berkata, "Hari ini, terdapat seramai  620,000 orang ibu tunggal di Malaysia dan kami menyedari bahawa kumpulan individu ini menghadapi perjuangan yang sukar pada setiap hari memandangkan mereka menghadapi cabaran secara sendiri, perlu bekerja dan dalam masa yang sama membesarkan anak-anak mereka, yang telah menjadi semakin teruk semasa pandemik COVID-19 ini. Kami memutuskan untuk bekerjasama dengan Bulan Sabit Merah Malaysia kerana kami percaya bahawa ia merupakan satu inisiatif bermakna yang dapat membantu kami mendekati golongan ibu tunggal dalam masyarakat kita dan memainkan peranan kami sebagai sebuah syarikat makanan untuk terus membawa bantuan makanan ke rumah mereka."

Setiausaha Agung Bulan Sabit Merah Malaysia Dato' Sayed Abdul Rahman bin Sayed Mohd, menyatakan bahawa, "Kami berasa gembira dapat bekerjasama dengan Heinz ASEAN Pte. Ltd. melalui #responsMALAYSIA, satu inisiatif oleh Bulan Sabit Merah Malaysia bagi membantu masyarakat berisiko yang terkesan oleh wabak COVID-19 di negara ini. Bulan Sabit Merah Malaysia amat berterima kasih atas kemurahan hati sumbangan barang makanan bagi membantu golongan ibu tunggal, yang pastinya akan membantu meringankan beban mereka menjaga keluarga masing-masing semasa tempoh kesukaran dan masalah kewangan ketika ini."

Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada komitmen global Kraft Heinz untuk menyumbang sebanyak $12 juta ke seluruh dunia bagi memastikan penduduk di seluruh dunia mendapat makanan yang diperlukan oleh mereka semasa tempoh yang mencabar ini. Kraft Heinz turut bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi makanan di serata dunia, termasuk Amerika Syarikat, UK, Belanda, Perancis, Itali, Sepanyol, Rusia, Poland, Australia, New Zealand, Brazil, Costa Rica dan Asia.

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200508/2794778-1?lang=0

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Michael Kingfield, Heinz ASEAN Pte. Ltd. Email: michael.kingfield@kraftheinz.com Mobile: +601123728320  

Source: Kraft Heinz
Keywords: Food/Beverages Corporate Social Responsibility Women-related news