omniture

VeChain Jadi Satu-satunya Protokol Rantaian Blok Awam APAC Provenance Council - Konsortium Rantaian Bekalan Makanan & Pembiayaan Rentas Benua

VeChain
2020-05-08 23:01 874

SHANGHAI, 8 Mei 2020 /PRNewswire/ -- APAC Provenance Council yang disokong oleh kerajaan, badan eksport dan industri, agensi piawaian, penyedia perkhidmatan pempakejan dan pelabelan, syarikat gergasi kewangan dan penyedia teknologi rantaian blok, ditubuhkan bagi mengintegrasikan teknologi rantaian blok ke dalam pembiayaan rantaian bekalan makanan menerusi perdagangan Australia-China. Pada masa ini, ahli-ahli pengasas utamanya termasuk Fresh Supply Co, Source Certain International dan Laava, disertai oleh ahli-ahli gabungan VeChain, FoodAgility CRC (Cooperative Research Centre), DNV GL Business Assurance, Australian Made, GS1, Blockchain Australia dan beberapa pihak yang lain.

Hala Tuju Baharu Ke Arah Industri Makanan Pasca-COVID 

Pada Februari 2020, kerajaan Australia menerbitkan Hala Tuju Rantaian Blok Negara (The National Blockchain Roadmap), menekankan secara proaktif peluang-peluang dalam industri Teknologi Pertanian & Makanan, yang secara langsung mempercepatkan penubuhan Majlis ini.

Kesan daripada COVID-19 meningkatkan lagi desakan untuk mendorong inisiatif ini ke hadapan. Dari satu segi, pandemik ini menimbulkan ancaman langsung kepada vendor makanan & minuman di seluruh dunia, terutamanya dalam perdagangan rentas benua, pembekal banyak memberi kesan ke atas aliran tunai mereka, yang memerlukan pembiayaan invois segera untuk membuka invois yang belum dibayar dengan serta merta dan merangsang pertumbuhan perniagaan. Dari satu sudut yang lain, kesedaran awam terhadap keselamatan makanan adalah tinggi yang belum pernah terjadi sebelum ini. Menurut satu kajian oleh InTarget Shanghai, pengguna Cina menjadi lebih mementingkan kesihatan serta keselamatan dan ini akan terus dapat dilihat pada masa depan.

APAC Provenance Council didayakan Rantaian Blok Rangsang Pasaran

Dengan menggabungkan sumber daripada semua ahli, Majlis ini bermatlamat untuk menyediakan ekosistem pembiayaan rantaian bekalan makanan didayakan rantaian blok yang komprehensif, merapatkan jurang perdagangan yang boleh dikesan, selamat dan dipercayai dengan terma-terma pengebilan yang lebih pendek antara pembekal Australia dan pengimport China.

David Inderias, Pengerusi Eksekutif APAC Provenance Council berkata, "Banyak penyedia penyelesaian menawarkan perkhidmatan 'jejak dan kesan', namun tidak memenuhi keperluan industri dengan cara yang komprehensif. Dalam dunia pasca-COVID apabila banyak entiti komersial merosot, kami berkembang dengan memastikan agar dapat memberi nilai ekonomi sebenar, memenuhi keperluan industri dan turut melibatkan sumber pendanaan untuk industri."

Dikuasakan oleh AliPay di Australia, semua pembayaran B2B untuk perdagangan yang ditetapkan ke China daripada pembekal makanan Australia akan menerima bayaran berdasarkan pencapaian daripada jumlah bayaran pendahuluan fiat setelah memenuhi pencapaian pertama daripada terma-terma penghantaran mereka. Bagi pembekal makanan di Australia, apabila mereka mengeksport produk makanan yang dikesan oleh VeChain ToolChain™, seluruh proses penghantaran produk akan direkodkan, termasuk maklumat logistik, suhu sepanjang proses dan sebagainya. Bertindak sebagai "mesin amanah" dalam kolaborasi berbilang pihak ini, rantaian blok menyediakan rekod yang tidak berubah dan sahih, yang bukan sahaja memastikan proses pemindahan logistik yang selamat, memberi ketelusan dan kepercayaan terhadap perdagangan rentas benua, tetapi turut membantu memendekkan tempoh pengebilan untuk pembekal.

VeChain Bakal Menjadi Satu-satunya Protokol Rantaian Blok Awam Dalam Konsortium

VeChain dikhususkan untuk membolehkan rakan kongsinya melaksanakan teknologi rantaian blok dalam pelbagai industri untuk menyelesaikan masalah sebenar. Kes-kes terbukti seperti FoodGates, membuka jalan bagi membolehkan pembiayaan rantaian bekalan menjadi lebih berkesan pada tahap serba baharu.

Sunny Lu, Ketua Pegawai Eksekutif di VeChain, menekankan bahawa, "Berpandukan misi untuk memperkasa ekonomi sebenar, VeChain meletakkan kedudukannya sebagai Pendorong bagi memperkasa rakan kongsi kami dengan rantaian blok untuk membina aplikasi perniagaan dalam pelbagai sektor. Pelaksanaan rantaian blok pastinya menyumbang untuk mengatasi kesan ekonomi segera akibat daripada pandemik ini untuk perusahaan dan akan membantu meningkatkan produktiviti dengan membuka lebih banyak sumber dan peluang pertumbuhan."

Jabatan Pertanian Australia meramalkan bahawa China akan menyumbang sebanyak 43% pertumbuhan permintaan global untuk produk pertanian menjelang tahun 2050. Memandangkan produk Australia mendapat reputasi yang dicemburui kerana cirinya yang berkualiti tinggi, pengeksport Australia boleh memanfaatkan sepenuhnya peningkatan permintaan China terhadap hasil keluaran berkualiti dan keperluannya terhadap keselamatan makanan. Dengan pasaran yang berkembang, permintaan terhadap alatan rantaian blok standard yang bersedia untuk perniagaan akan turut menyaksikan pertumbuhan dramatik, yang memberi kedudukan kepada VeChain ToolChain™ untuk merebut peluang bagi menyokong lebih banyak perusahaan dan mencipta lebih nilai.

Latar Belakang APAC Provenance Council
Asia Pacific Provenance Council ialah satu perikatan industri yang membantu pengeksport mendayakan secara digital dan membuktikan secara saintifik asal usul, kebolehkesanan dan ketulenan produk mereka dan menceritakan kisah di sebalik jenama-jenama mereka. Tidak lama lagi majlis ini akan melakukan penyampaian minat untuk pelbagai vertikal pengeluaran makanan dalam badan perintis, korporat dan industri yang disokong Food Agility sebagaimana yang ditekankan.  

Latar Belakang VeChain
Dilancarkan pada tahun 2015, VeChain menghubungkan teknologi rantaian blok ke dunia sebenar dengan menyediakan struktur tadbir urus yang komprehensif, model ekonomi yang teguh dan penyepaduan IoT. VeChain ialah perintis aplikasi dunia sebenar menggunakan teknologi rantaian blok awam, dengan operasi antarabangsa di Singapura, Luxembourg, Tokyo, Shanghai, Paris, Hong Kong dan San Francisco. Bersama rakan strategik kami PwC dan DNV GL, kami telah menjalin hubungan kerjasama dengan banyak perusahaan terkemuka dalam industri-industri yang berbeza, termasuk Walmart China, BMW, BYD Auto, H&M, LVMH, D.I.G, AWS, PICC, ASI dan lain-lain.

Laman sesawang rasmi www.vechain.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/738221/VeChain_Logo.jpg  

Source: VeChain
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Food/Beverages Retail Corporate Expansion Blockchain