omniture

Risen Energy hantar kumpulan pertama modul 500W

Risen Energy Co., Ltd
2020-05-11 09:27 490

NINGBO, China, 11 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Tanggal 30 April merupakan hari yang penting dan sibuk buat Risen Energy di Ibu Pejabat Ninghai di wilayah Zhejiang. Selepas melakukan persiapan dan pembungkusan dengan berhati-hati, kumpulan pertama modul 500W daripada syarikat ini dihantar dan sedang dalam perjalanan sebelum bermulanya cuti Hari Mei China.

Risen Energy successfully ships first batch of 500W modules ahead of the start of the long May Day holiday
Risen Energy successfully ships first batch of 500W modules ahead of the start of the long May Day holiday

Risen Energy telah dapat mengatasi kesan buruk wabak COVID-19 yang telah menghalang proses pengeluaran di kebanyakan kemudahan seluruh negara sejak awal tahun ini. Syarikat ini telah mencapai kadar kembali bekerja penuh dan penyambungan semula pengeluaran dengan sokongan padu daripada pihak kerajaan tempatan. Bagi memastikan agar tahap pengeluaran kembali seperti sebelum berlakunya wabak dan dalam masa yang sama, mencegah dan mengawal kemunculan semula COVID-19 yang berpotensi terjadi, Risen Energy perlu mengambil langkah-langkah yang ketat. Tambahan pula, bagi menangani isu-isu berkaitan pengeluaran dan logistik, Risen Energy menjalankan analisis berasaskan sains bagi memperkenalkan pengaturan dan kaedah yang munasabah untuk mengurus tenaga kerja mengikut cabaran unik syarikat, bagi menjamin penghantaran yang lancar untuk setiap kumpulan pesanan yang belum diselesaikan.

Kumpulan modul 500W ini dihantar ke Tokai Engineering yang berpangkalan di Malaysia, yang telah memesan kumpulan 20MW modul 500W daripada Risen Energy pada Mac lalu. Sebagai perintis dalam melancarkan modul berkecekapan tinggi 500W yang pertama di dunia, Risen Energy menyediakan modul ini menggunakan wafer silikon monohabluran G12 dengan kecekapan modul sehingga 20.8% kepada Tokai. Modul ini dapat mengurangkan kos tenaga terlaras (LCOE) sebanyak 6% dan kos imbangan sistem (BOS) sebanyak 9.6%, di samping meningkatkan output barisan tunggal sebanyak 30%.

Menerusi aplikasi wafer silikon yang lebih besar, sektor modul PV memasuki era 5.0 secara berperingkat-peringkat, dengan Risen Energy memainkan peranan kepimpinan dalam menerima transformasi yang berlaku dalam seluruh sektor. Di sebalik pelancaran modul berkecekapan tinggi 500W yang penting merupakan dedikasi pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Risen Energy terhadap kesempurnaan produk dan aspirasi untuk mencapai kecemerlangan. Syarikat ini telah merancang kapasiti 3-gigawatt untuk siri modul ini dan berada di landasan untuk mencapai pengeluaran besar-besaran dalam suku kedua. Dalam suku ketiga, mereka akan memulakan penghantaran secara besar-besaran.

Produk-produk berkualiti tinggi yang disokong oleh perkhidmatan cemerlang merupakan asas buat Risen Energy. Syarikat ini tekal berusaha untuk meningkatkan tahap kepuasan pelanggan. Penghantaran pesanan modul 500W yang tepat pada masanya meskipun terdapatnya cabaran yang disebabkan oleh perintah berkurung amat dihargai oleh Tokai Engineering.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200507/2797480-1?lang=0

 

Source: Risen Energy Co., Ltd
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities