omniture

JA Solar Capai Kejayaan Baharu dalam Output Kuasa Modul menerusi Modul Solar Berkecekapan Tinggi Generasi Baharu Mencecah Rekod 525W+

JA Solar Technology Co., Ltd.
2020-05-12 01:01 481

BEIJING, 12 Mei 2020 /PRNewswire/ -- JA Solar, pengeluar yang terkemuka bagi produk fotovolta berprestasi tinggi, mengumumkan bahawa output kuasa bagi modul solar berkecekapan tingginya di bawah keadaan ujian standard telah mencatat rekod industri baharu yang mencapai lebih 525W. Modul PV berkuasa ultra tinggi dengan 525W+ ini direka bagi memenuhi kehendak dan permintaan pelanggan untuk mengurangkan lagi kos tenaga terlaras (LCOE) dan memaksimumkan nilai ekonomi sistem PV untuk penjanaan tenaga boleh diperbaharui. Matlamat siri modul berkuasa tinggi baharu ini adalah untuk membawakan produk PV berkualiti tinggi dan berkesan kos daripada JA Solar ke tahap serba baharu buat pelanggan seluruh dunianya. Modul-modul ini akan disediakan secara komersial pada separuh kedua tahun 2020.

"Di JA Solar, kami telah memberi tumpuan pada inovasi teknologi dan komited untuk menyediakan produk fotovolta yang berkecekapan tinggi dan andal buat pelanggan global kami. Nilai 'berfokus pelanggan' kami telah mendorong kami untuk mencapai kejayaan penting ini, yang membolehkan kami untuk meraih pengiktirafan daripada industri PV mahupun pelanggan yang kami hargai," kata Jin Baofang, Pengerusi Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif JA Solar.

"Pencapaian penting yang terkini dalam output kuasa modul merupakan satu lagi pencapaian dalam usaha JA Solar untuk mempertingkat prestasi produk dan meningkatkan faedah ekonomi jangka panjang pelanggan. Pada masa akan datang, kami akan terus memberi tumpuan pada inovasi teknologi produk kami bagi mendorong pembangunan industri fotovolta dan membolehkan lebih ramai orang untuk menikmati faedah-faedah tenaga bersih," tambah beliau.

Source: JA Solar Technology Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services