omniture

M17 Entertainment Limited Umum US$26.5 Juta dalam Pendanaan Siri D

Kumpulan ini akan memberi tumpuan bagi mengukuhkan jangkauan di Jepun, berkembang ke AS dan pasaran baharu yang lain
M17 Entertainment Limited
2020-05-12 01:06 1736

TAIPEI, 12 Mei 2020 /PRNewswire/ -- M17 Entertainment Limited ("M17"), pengendali platform penstriman langsung yang terbesar untuk Asia Maju, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh sebanyak US$26.5 juta dalam pendanaan Siri D.

Pusingan Siri D dipimpin oleh Vertex Growth Fund ("Vertex Growth"), bersama-sama Stonebridge Korea Unicorn Venture Fund, Innoven Capital Singapore, Kaga Electronics Co., Ltd. dan ASE Global Group di New York. Pendanaan terkini ini akan memberi sokongan tambahan untuk pertumbuhan berterusan Syarikat ini di Jepun selain pengembangannya ke AS dan pasaran baharu utama yang lain.

Joseph Phua, Ketua Pegawai Eksekutif M17 berkata, "M17 menyediakan pentas maya untuk penghibur bagi meneroka apa yang boleh dijayakan baik secara seni mahupun kewangan, dengan membolehkan mereka mempersembahkan bakat mereka dan berinteraksi secara langsung dengan peminat di mana-mana sahaja pada masa sebenar. Pendanaan baharu ini membolehkan kami untuk meneruskan misi kami bagi memperkasa artis di seluruh dunia melalui platform penstriman langsung dalam talian dan perdagangan sosial kami."

Tam Hock Chuan, Pengarah Urusan Vertex Growth, berkongsi, "Kami berasa kagum dengan kedudukan utama dalam pasaran dan pertumbuhan mantap yang berterusan M17 di Jepun, Taiwan dan Hong Kong. Dengan proposisi nilai unik M17 dan pasukan pengurusan yang berpengalaman dalam mengharungi perjuangan, syarikat ini bersiap sedia untuk fasa pertumbuhannya yang seterusnya."

"M17 ialah penerima manfaat daripada proses mempercepatkan peralihan ke arah membina ekonomi digital," tambah Jeff Chang, Pengarah Urusan Vertex Growth. "Kami berbangga untuk bekerjasama dengan M17 bagi merealisasikan visi mereka bagi membina platform hiburan langsung dan perdagangan sosial generasi seterusnya."

Dengan pilihan pengguna yang beralih kepada tontonan atas permintaan individu secara dalam talian, M17 memanfaatkan keperluan untuk platform mantap yang berdaya maju dari segi kewangan untuk artis. Syarikat ini akan memberi tumpuan bagi mengukuhkan kehadirannya di Jepun dan seluruh pelosok Asia Maju dan dalam masa yang sama merancang pengembangan ke Amerika Syarikat dan pasaran-pasaran baharu seperti Timur Tengah, dengan tujuan untuk memperoleh pengguna baharu yang besar dan artis.

Di samping itu, dalam keadaan pandemik semasa, pengguna di seluruh dunia semakin menginginkan hiburan dalam talian secara langsung manakala artis muda pula mencari sumber pendapatan alternatif yang dalam masa yang sama juga dapat mempromosikan bakat mereka -- M17 telah menyaksikan penyertaan artis dan pengguna yang mencatat rekod tinggi, selain interaksi pengguna dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

"Setakat ini, M17 merupakan syarikat penstriman langsung video khusus yang terbesar di Jepun. Teknologi mereka membantu beribu-ribu artis untuk berhubung dengan audiens yang besar dengan cara yang unik dan peribadi. Walaupun pada tahap skala mereka, M17 menunjukkan kadar pertumbuhan yang mengagumkan," kata Fortune Sohn, pengarah urusan, Stonebridge Ventures.

"Sewaktu syarikat-syarikat baharu mungkin menghadapi cabaran pengumpulan dana, kami gembira dengan keyakinan yang diberikan oleh pelabur kami, dipimpin oleh Vertex Growth, terhadap keupayaan dan potensi pertumbuhan kukuh M17. Kami akan terus memanfaatkan teknologi dan memberi penyelesaian interaksi sosial yang terbaik kepada artis kami dan hiburan dalam talian yang unggul kepada audiens kami terus di rumah mereka sendiri," kata Joseph Phua.

Ditubuhkan di Taiwan pada tahun 2015, M17 Entertainment ialah platform penstriman langsung nombor satu di Asia Maju dan ia mempunyai bahagian pasaran sebanyak lebih 60% mengikut pendapatan di Jepun dan Taiwan. Menurut Frost and Sullivan, pasaran penstriman langsung video langsung khusus di Asia Maju dijangka meningkat kepada US$3.3 bilion menjelang tahun 2022 dan Jepun dijangka menjadi pasaran terbesar dengan saiz pasaran bernilai US$1.1 bilion.

Latar Belakang M17 Entertainment Limited 

M17 Entertainment Limited mengendalikan platform penstriman langsung yang terbesar di Asia Maju. Sesiapa sahaja yang berbakat atau berminat untuk berkongsi boleh menjadi seorang artis dan misi Syarikat ini adalah untuk memperkasa artis dan menghiburkan dunia melalui platformnya. Platform interaktif secara langsung Syarikat ini termasuk aplikasi penstriman hiburan langsung utamanya 17LIVE (Livit dalam pasaran berbahasa Inggeris), selain Meme Live dan platform membeli belah strim langsung HandsUP dan FBBuy. Untuk maklumat lanjut mengenai M17, sila kunjungi http://m17.asia/.

Latar Belakang Vertex Growth 

Vertex Growth berdedikasi untuk bekerjasama dengan usahawan luar biasa dan syarikat yang meyakinkan di puncak pertumbuhan. Firma ini menyediakan modal pengembangan bagi merealisasikan visi syarikat untuk mewujudkan jaguh kategori yang berkekalan dan bersifat transformasi.

Sebagai sebahagian daripada rangkaian global dana modal usaha niaga Vertex, Vertex Growth dapat memanfaatkan pandangan luas mengenai inovasi di seluruh dunia dan memperoleh nilai penting yang tercetus daripada ekosistem syarikat portfolio Vertex. Untuk maklumat lanjut mengenai Vertex Growth, sila kunjungi https://vertexgrowth.com.

 

Source: M17 Entertainment Limited
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet