KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini Coda Payments ("Coda") dan Riot Games, pembangun permainan League of Legends, mengumumkan bahawa pemain dalam lapan pasaran di seluruh Asia Tenggara, termasuk Malaysia boleh membeli Syiling untuk Legends of Runeterra, permainan kad strategi main-secara-bebas Riot yang diatur dalam dunia League of Legends, di Codashop (www.codashop.com), laman sesawang yang membolehkan berjuta-juta pelanggan berkunjung untuk menambah nilai permainan kegemaran mereka setiap bulan.
Sebaik sahaja pembayaran anda dibuat, Syiling anda akan muncul dalam permainan. Anda tidak perlu melog masuk ke Codashop dan tidak perlu menggunakan baucar atau kod PIN.
Pemain menyukai Codashop disebabkan oleh pelbagai jenis kaedah bayaran tempatan popular yang diterima, termasuk
Coda akan turut menawarkan penyelesaian pembayaran untuk permainan akan datang daripada Riot Games termasuk Teamfight Tactics Mobile, VALORANT, dan League of Legends: Wild Rift dan Teamfight Tactics Mobile.
"Misi kami di Coda adalah untuk menjadikan kandungan yang bertaraf dunia boleh diakses oleh semua orang," kata Philippe Limes, Ketua Pegawai Eksekutif Coda. "Menerusi perkongsian ini, kami berbesar hati untuk menjadikannya mudah buat berjuta-juta pemain untuk menyertai dunia League of Legends."
"Di Asia Tenggara, kami menyedari bahawa pilihan permainan dan pembayaran adalah sangat pelbagai," kata Justin Hulog, Pengurus Besar Riot Games Asia Tenggara. "Perkongsian kami bersama Coda akan membolehkan pemain untuk mengakses dan menikmati semua permainan akan datang dan baharu kami dengan selesa dan mudah."
Latar Belakang Coda Payments
Coda Payments (www.codapayments.com) membantu penyedia kandungan digital meraih keuntungan daripada produk dan perkhidmatan mereka dalam lebih dua puluh pasaran baru muncul. Penerbit permainan terkenal seperti PUBG Mobile dan Call of Duty: Mobile, platform penstriman seperti beIN dan Bigo Live, aplikasi janji temu seperti Tinder dan platform video-atas-permintaan seperti Viu telah bersepadu dengan Coda untuk menerima bayaran.
Latar Belakang Riot Games
Riot Games ditubuhkan pada tahun 2006 untuk membangunkan, menerbitkan dan menyokong kebanyakan permainan berfokus pemain di dunia. Pada tahun 2009, Riot melancarkan judul sulungnya, League of Legends, yang mendapat sambutan di seluruh dunia. League telah menjadi permainan PC yang paling kerap dimainkan di dunia dan pemacu utama pertumbuhan esukan yang pesat.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200507/2797450-1?lang=0