omniture

Jenama-jenama syarikat-syarikat tersenarai Cina bernilai $1.77 tln didedahkan pada 'Hari Jenama China'

National Business Daily
2020-05-14 02:00 306

CHENGDU, China, 14 Mei 2020 /PRNewswire/ -- 10 Mei menyaksikan pelancaran Senarai Nilai Jenama Syarikat-syarikat Tersenarai Cina 2020 yang dihoskan oleh National Business Daily (NBD) dan China Business Research Center di bawah Sekolah Ekonomi dan Pengurusan di Tsinghua University (Tsinghua SEM), serta disokong oleh NBD Think Tank.

50 Teratas Syarikat Tersenarai Cina oleh Nilai Jenama Luar Negara (20 teratas)
50 Teratas Syarikat Tersenarai Cina oleh Nilai Jenama Luar Negara (20 teratas)

100 Teratas Syarikat Tersenarai Cina oleh Nilai Jenama, 50 Teratas Syarikat Tersenarai Cina oleh Nilai Jenama Luar Negara dan 50 Teratas Syarikat 'Upstart' Cina oleh Nilai Jenama didedahkan.

"Biarpun berhadapan dengan kesukaran, jenama-jenama Cina mengekalkan pertumbuhan yang mantap pada tahun ini dengan nilai jenama keseluruhan dan ambang untuk syarikat-syarikat calon berpotensi meningkat," kata Wen Da, pengerusi dan ketua sidang pengarang NBD.

"Inilah masa yang tepat untuk pembinaan jenama dan syarikat-syarikat harus meletakkannya sebagai keutamaan strategik," ujar Zhao Ping, pengarah China Business Research Center di Tsinghua SEM.

Tahun ini, nilai jenama daripada senarai 100 teratas berjumlah 12.55 trilion yuan (1.77 trilion dolar A.S.), meningkat 9.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Konglomerat internet Alibaba and Tencent kekal berada di tempat pertama dan kedua bagi 100 teratas Syarikat Tersenarai Cina oleh Nilai Jenama, yang mana pada tahun 2019 menjadi dua kelompok pertama ahli "kelab nilai jenama 1 trilion yuan". China Mobile menduduki tempat ketiga dengan nilai jenama mencecah 538 bilion yuan.

Nilai jenama 50 Teratas Syarikat 'Upstart' Cina oleh Nilai Jenama pada tahun ini berjumlah 231.51 bilion yuan.

50 Teratas Syarikat Tersenarai Cina oleh Nilai Jenama Luar Negara menyaksikan perubahan baik dari segi nilai jenama keseluruhan mahupun syarikat dalam senarai tersebut. Pembuat komputer peribadi (PC) Lenovo mengungguli kedudukan teratas buat julung kalinya, dengan nilai jenama luar negaranya melebihi 119.3 bilion yuan, diikuti dengan Midea dan Alibaba.

Oleh Gao Han, Tan Yuhan, Zhang Lingxiao

Latar Belakang National Business Daily

NBD mempunyai bilangan pembaca seramai 60 juta di 205 negara dan wilayah dengan paparan semua-platform tahunan melebihi 30 bilion. NBD turut mewujudkan platform berbahasa Inggeris termasuk laman sesawang berbahasa Inggeris (www.nbdpress.com), aplikasi, akaun Facebook (@nbdnews) dan akaun Twitter (@NBDPress).

NBD Think Tank, dengan menggabungkan media serta kumpulan pemikir, bertujuan untuk memetakan model perniagaan baharu untuk industri media kewangan.

Latar Belakang China Business Research Center di Tsinghua SEM 

Ditubuhkan pada tahun 2000, ia berperanan sebagai platform utama untuk kajian bersifat teori terhadap syarikat-syarikat Cina, yang mempunyai sejarah rekod prestasi terbukti dalam kajian jenama.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200511/2800028-1?lang=0

Source: National Business Daily
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Survey, Polls & Research Public Interest