omniture

Malaysia Saksikan Tiga Bar dalam Senarai Asia's 50 Best Bars 2020, Ditaja oleh Perrier

Asia's 50 Best Bars 2020
2020-05-14 22:25 95

SINGAPURA, 14 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Senarai Asia's 50 Best Bars 2020, yang ditaja oleh Perrier, diumumkan dalam sebuah upacara penyampaian anugerah maya pada 14 Mei jam 1900. Edisi kelima senarai kedudukan tahunan ini menampilkan tiga bar dari Malaysia, dengan Bar Trigona, Junglebird dan Coley, manakala Jigger & Pony merangkul kedudukan No.1 bagi membawa pulang anugerah The Best Bar di Asia.

50 Best mengambil keputusan untuk meneruskannya dengan menerbitkan senarai 2020 selepas berunding dengan industri ini, bagi memberi pengiktirafan kepada bar dan membantu menggalakkan kepositifan semasa berlakunya krisis ini. 50 Best bergabung dengan komuniti bar global ketika ia bersiap sedia untuk pulih daripada keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini. Untuk maklumat lanjut bagaimana 50 Best membantu komuniti bar, sila lihat laman sesawang 50 Best for Recovery.

Penerima-penerima anugerah khas lain termasuk Manhattan, Singapura, pemenang Michter's Art of Hospitality Award; Bar Trigona, Malaysia, pemenang Ketel One Sustainable Bar Award; Jay Khan, daripada Coa, Hong Kong, sebagai Altos Bartenders' Bartender; No Sleep Club, Singapura, sebagai Campari One To Watch; Indulge Experimental Bistro, Taiwan, pemenang Heering Legend of the ListAward; The Old Man, Singapura, sebagai London Essence Best New Opening; Bee's Knees, Jepun, pemenang Disaronno Highest New Entry Award dan Bar Mood, Taiwan, pemenang Highest Climber Award, ditaja oleh Seedlip.

Memenangi anugerah The Best Bar di Malaysia dan melonjak 26 anak tangga untuk berada di kedudukan No.14 ialah Bar Trigona. Bar yang berpangkalan di Kuala Lumpur itu juga meraih Ketel One Sustainable Bar Award buat tahun kedua berturut-turut. Junglebird mendaki tujuh anak tangga bagi meraih kedudukan No.37 manakala Coley berada di kedudukan No.48. Senarai lengkap pemenang-pemenang boleh dilihat di www.worlds50bestbars.com/asia/list/1-50.

50 Best turut berbesar hati untuk mengumumkan bahawa ia telah mengesahkan perkongsiannya dengan Lembaga Pelancongan Singapura untuk membawa semula Asia's 50 Best Bars ke Singapura pada tahun 2021.

Bagaimana senarai Asia's 50 Best Bars disusun

Senarai Asia's 50 Best Bars diperkenalkan pada tahun 2016. Senarai tersebut dihasilkan daripada undian Asia's 50 Best Bars Academy, sebuah kumpulan berpengaruh dengan lebih 230 pemimpin dalam bar Asia, yang terdiri daripada wartawan minuman, pelayan bar dan pemilik serta penggemar koktel yang kerap mengembara. Untuk butiran lanjut, kunjungi worlds50bestbars.com/asia/voting/the-voting-system.

Untuk mengakses Pusat Media: https://www.worlds50bestbars.com/asia/media-contacts 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1168252/Asias_50_Best_Bars_2020_Logo.jpg

 

Source: Asia's 50 Best Bars 2020
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Publishing/Information Service Restaurants Retail Travel Awards Survey, Polls & Research