SINGAPURA, 19 Mei, 2020 /PRNewswire/ -- Bigo Live, platform siaran langsung terkemuka di dunia, telah mengumpulkan sejumlah AS$100,000 dalam bentuk sumbangan melalui kempen 'Global BIGOer One World Together'. Keseluruhan hasil yang diperoleh akan disumbangkan ke WHO Solidarity Response Fund oleh BIGO Technology, syarikat induk Bigo Live.
'Global BIGOer One World Together' menyaksikan lebih daripada 3.7 juta penonton di seluruh dunia mengikuti muzik live house Bigo Live dan mengambil bahagian dalam pengumpulan dana. Sesi tersebut menampilkan persembahan oleh hampir 100 penyiar di lebih 20 negara.
Mike Ong, Timbalan Presiden BIGO Technology mengatakan, "Muzik adalah bahasa universal, ia melangkaui budaya dan sempadan untuk menyebarkan mesej kecerian, harapan dan perpaduan - sesuatu yang sangat diperlukan oleh dunia pada ketika ini. Kami ingin menyatukan dunia untuk saling menyokong ketika krisis ini melalui 'Global BIGOer One World Together', dan menyahut dengan meriah. Kami benar-benar berbesar hati melihat komuniti Bigo Live global berkumpul untuk menyumbang sebanyak yang mungkin untuk tujuan ini. Setiap sumbangan membuat perbezaan dan kami dengan rendah hati melaksanakan tugas kami. "
Penyanyi dan pemuzik berbakat dari negara-negara di seluruh Asia, Australia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Syarikat membuat persembahan siaran langsung muzik 24 jam. Para penyiar di seluruh Asia Tenggara termasuk (Bigo Live ID) HtooChit (Myanmar), L33MOLIKA (Kemboja), annetenorio (Filipina), heitu (Malaysia), ricoaijoo (Indonesia), PhuongLinh3009 (Vietnam) dan nesnes (Thailand).
Selain pertunjukkan muzik siaran langsung, acara ini juga menampilkan #UnitedatBIGO, di mana penghormatan diberikan kepada golongan profesional penjawat kesihatan dan petugas barisan hadapan yang telah memimpin perjuangan menentang COVID-19. Sebuah video muzik ditugaskan khas dengan lebih dari 100 penyiar Bigo Live membuat liputan lagu hit Michael Jackson "We are the world" juga disiarkan sebagai sebahagian daripada kempen ini.
"Kami gembira kerana Bigo Live dapat menyumbang dan menyokong golongan profesional penjawat kesihatan dan komuniti yang terjejas. Sebagai platform global yang menghubungkan dan menyatukan orang, ini adalah sebahagian daripada usaha dan komitmen berterusan kami bagi menyumbang kepada usaha memerangi COVID-19, sekaligus memberi kesan positif dan kegembiraan kepada pengguna kami di seluruh dunia dalam tempoh beremosi ini. Kami dengan tulus ikhlas berterima kasih kepada semua penyiar Bigo Live dan pengguna kami yang telah membuat acara ini berjaya", tambah Mike.
Sejak bermulanya wabak ini, Bigo Live telah mengatur pelbagai usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai COVID-19 dan membawa kebahagiaan kepada semua di seluruh dunia. Selain kempen 'Global BIGOer One World Together', Bigo Live juga telah melancarkan kempen #STAYATBIGO yang menampilkan sesi perkongsian dengan golongan profesional penjawat kesihatan, persembahan oleh DJ muzik tempatan dan latihan oleh jurulatih kesihatan untuk membantu komuniti setempat tetap cergas dan sihat di rumah. Selain itu, Bigo Live adalah yang pertama bagi melancarkan kelab awan, pengalaman muzik strim secara langsung di dunia maya, kepada komuniti di Asia Tenggara, Australia dan New Zealand.
Mengenai Bigo Live
Bigo Live adalah salah satu komuniti sosial strim secara langsung yang paling pesat berkembang di dunia di mana pengguna dapat menyiar dalam waktu sebenar untuk berkongsi detik kehidupan, menunjukkan bakat mereka dan berinteraksi dengan orang dari seluruh pelusuk dunia. Bigo Live mempunyai sekitar 400 juta pengguna di lebih daripada 150 negara dan kini menjadi peneraju pasaran dalam industri strim langsung. Dilancarkan pada bulan Mac 2016, Bigo Live dimiliki oleh BIGO Technology yang berpusat di Singapura.
Muat turun aplikasi Bigo Live di sini.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200518/2806574-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200518/2806574-1-b?lang=0