omniture

88 Penerima Hadiah Nobel & Pemimpin Dunia Seru $1 Trilion Lindungi Kanak-kanak Dunia dalam Era COVID-19

Kailash Satyarthi Children's Foundation
2020-05-20 11:27 82

NEW DELHI, 20 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, 88 Penerima Hadiah Nobel dan Pemimpin Dunia, sebagai sebahagian daripada Laureates and Leaders for Children, mengeluarkan satu kenyataan yang menyeru kerajaan-kerajaan dunia untuk bersatu dan mengutamakan kanak-kanak dunia semasa pelaksanaan perintah berkurung mereka dan dalam situasi lepas itu. 

 

Ditubuhkan oleh Penerima Hadiah Nobel Keamanan 2014, Kailash Satyarthi, yang berjuang tanpa mengenal penat lelah selama berdekad-dekad bagi memerangi penggunaan buruh kanak-kanak, perhambaan dan pemerdagangan manusia, Laureates and Leaders for Children menekankan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak yang paling mudah terdedah pada bahaya di dunia dan menyokong penyelesaian.

"Kami, Laureates and Leaders for Children, menuntut agar kanak-kanak yang paling terpinggir dan paling mudah terdedah pada bahaya tidak dilupakan oleh kerajaan-kerajaan semasa berlakunya krisis besar ini dan selanjutnya. Kita perlu bertindak sekarang atau kita akan menghadapi risiko kehilangan seluruh generasi." – Kailash Satyarthi

Petikan kenyataan:

COVID-19 telah mendedahkan dan memburukkan lagi ketaksamaan yang telahpun wujud sebelum ini di dunia kita. Virus ini, sekatan yang dikenakan terhadap kebanyakan penduduk dunia dan kesan selanjutnya akan memberi kesan yang buruk kepada mereka yang paling mudah terdedah pada bahaya.

Kecemasan kesihatan awam pandemik ini bakal memburukkan lagi eksploitasi terhadap kanak-kanak. Terperangkap di rumah untuk menyelamatkan diri daripada virus, kanak-kanak menghadapi risiko penderaan seksual dan keganasan rumah tangga yang lebih besar. Apabila sekatan ditarik balik, kanak-kanak akan diperdagangkan, dipaksa berhenti sekolah dan bekerja, menanggung beban untuk menyara keluarga mereka.

Sekiranya, kali ini, dunia kita memberikan kanak-kanak yang paling terpinggir dan keluarga mereka bahagian yang saksama – 20% daripada respons COVID-19 untuk 20% umat manusia termiskin – hasilnya akan mencetuskan suatu perubahan. Satu trilion dolar akan dapat membiayai semua rayuan PBB dan COVID-19 amal yang belum diselesaikan, membatalkan dua tahun bagi kesemua pembayaran balik hutang daripada negara-negara berpendapatan rendah dan membiayai dua tahun jurang global untuk memenuhi SDG terhadap kesihatan, air dan sanitasi serta pendidikan. Lebih daripada sepuluh juta nyawa akan dapat diselamatkan.

Kami menyeru pemimpim-pemimpin G20 untuk mengambil tindakan tambahan melangkaui sempadan mereka sendiri buat mereka yang sangat memerlukan bantuan antarabangsa yang diselaraskan. Kami turut menyeru semua pemimpin G20 untuk menghormati komitmen kesihatan global sedia ada.

Penandatangan termasuk:

Bapa Suci Dalai Lama
Most Reverend Ketua Biskop Desmond Tutu
YAM Putera Ali Al Hussein
Leymah Gbowee
Kerry Kennedy
Rigoberta Menchu Tum
Jose Ramos-Horta
Mary Robinson
Guy Ryder
Kailash Satyarthi

Laureates and Leaders for Children ialah satu inisiatif oleh Kailash Satyarthi Children's Foundation. Kenyataan penuh, video yang disertakan dan penandatangan boleh dilihat di sini.

#FairShare4Children 

Laureates_and_Leaders_Call_for_Children
Laureates_and_Leaders_Call_for_Children

 

 

Source: Kailash Satyarthi Children's Foundation
Related Links:
Keywords: Children-related news Not for profit Public Interest