omniture

Resulticks Dinamakan dalam Gartner Magic Quadrant buat Tahun Keempat Berturut-turut

Resulticks
2020-05-22 11:20 83

NEW YORK, 22 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Resulticks, penyedia penyelesaian awan pemasaran perbualan masa sebenar yang paling pantas berkembang di dunia, dinamakan oleh Gartner dalam Magic Quadrant for Multichannel Marketing Hubs*(MMH) Mei 2020. Ini merupakan kali keempat berturut-turut sejak penubuhan syarikat ini hanya lapan tahun yang lalu Resulticks disenaraikan dalam Gartner Magic Quadrant. Baca salinan daripada analisis Gartner penuh secara dalam talian di resulticks.com.

Redickaa Subrammanian, Co-founder & CEO, Resulticks
Redickaa Subrammanian, Co-founder & CEO, Resulticks

Redickaa Subrammanian, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Resulticks, berkata, "Saya percaya pengiktirafan yang berulang kali diterima oleh Resulticks dalam Magic Quadrant membuktikan nilai transformatif yang dibawa oleh pendekatan kami ke pasaran—satu penyelesaian bersepadu yang membolehkan atribusi yang konkrit dan mencapai pertumbuhan pendapatan untuk semua perniagaan."

Dalam laporan MMH Magic Quadrant, Gartner menakrifkan hab pemasaran berbilang saluran sebagai "teknologi yang mengatur komunikasi sesebuah syarikat dan memberi tawaran kepada segmen-segmen pelanggan merentas pelbagai saluran." Dalam laporan tahun ini, Gartner berkata, "Pemimpin-pemimpin pemasaran digital menggunakan hab pemasaran berbilang saluran untuk mengatur pengalaman yang relevan mengikut konteks dalam perjalanan yang rumit. Vendor-vendor menekankan profil pelanggan seragam yang disokong oleh pandangan prediktif untuk mendorong interaksi diperibadikan."

Subrammanian menyatakan, "Kekuatan Resulticks yang diperakui oleh industri benar-benar serasi dengan pelanggan kami. Ini termasuk, namun pastinya tidak terhad kepada platform data pelanggan kami yang bersepadu sepenuhnya, pengaturan kempen, komunikasi berbilang saluran masa sebenar, pemperibadian yang kukuh dan atribusi berbilang sentuh yang luas.

"Pemasar-pemasar di seluruh dunia—pada ketika ini—menghadapi tekanan yang belum pernah terjadi sebelum ini daripada ekonomi global yang tidak menentu dan bergelut serta dinamik pasaran khusus-industri yang memerlukan mereka untuk berubah dengan pantas. Kepantasan-ke-pasaran kami yang luar biasa telah membantu pelanggan kami menjalani peralihan digital dan merapatkan jurang perjalanan pelanggan dalam talian/luar talian mereka. Saya berpendapat bahawa sokongan khusus dengan masa-mencapai-nilai kami dan perhatian peringkat-eksekutif juga telah meningkatkan keyakinan banyak pelanggan kami. Kami bukan sekadar penyedia penyelesaian, bahkan kami merupakan rakan kongsi dalam kejayaan mereka."

*Laporan ini dahulunya bertajuk Magic Quadrant for Multichannel Campaign Management.

Penafian Gartner

Gartner tidak mengendors mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikan kami dan tidak menggalakkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor-vendor yang memiliki penarafan tertinggi atau designasi lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Latar Belakang Resulticks 

Resulticks ialah penyelesaian awan/hibrid pemasaran dipacu-data-raya masa sebenar yang dibina dari peringkat asas oleh pakar-pakar dalam bidang pemasaran, teknologi dan strategi perniagaan bagi membawa pertumbuhan pendapatan. Bertumpu-hasil dan didayakan oleh rantaian blok data pelanggan yang pertama di dunia, Resulticks melengkapi jenama-jenama untuk membuat lonjakan transformasi kepada penglibatan omnisaluran yang sebenar. Dengan pendekatan dan atribusi bertumpuan pelanggan yang berkuasa-AI pada tahap segmen-satu, Resulticks mengubah bagaimana jenama-jenama di seluruh dunia mendekati, memperoleh dan mengekalkan pelanggan yang berpuas hati. Resulticks Global beribu pejabat di Singapura. https://www.resulticks.com/

Hubungan Media

Sneha Subramanian
sneha@resulticks.com 


Logo- https://mma.prnewswire.com/media/1170125/Resulticks_Logo.jpg

Foto- https://mma.prnewswire.com/media/1170126/Redickaa_Subrammanian_Resulticks.jpg 

Source: Resulticks
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Feature News Releases