omniture

M17 Umum Jualan Aset Janji Temu Paktor

M17 bakal tumpu pada penstriman langsung di Jepun dan pasaran baharu manakala Paktor akan terus bangunkan perniagaan janji temu di SEA
M17 Entertainment Limited
2020-05-25 08:42 2665

TAIPEI, 25 Mei 2020 /PRNewswire/ -- M17 Entertainment Ltd., platform hiburan penstriman langsung yang terkemuka di Asia Maju, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menjual Paktor Pte Ltd. kepada Kollective Ventures (KV). Selepas jualan ini, M17 akan memberi tumpuan untuk mempercepatkan perniagaan hiburan penstriman langsung terasnya di Jepun dan pasaran baharu, selain untuk mengembangkan pasaran penstriman langsung dalam pasaran yang bertutur dalam Bahasa Cina, Taiwan dan Hong Kong. Jualan ini membolehkan Paktor dan portfolio aset janji temu dalam talian dan pencarian jodoh luar talian di Taiwan dan Asia Tenggara untuk beroperasi secara bebas daripada M17 sebagai sebahagian daripada Kollective Ventures.

"Memandangkan perniagaan penstriman langsung Jepun kami telah meningkat dengan pesat, kami mendapati bahawa kami tidak mampu menumpukan tahap sumber dalaman yang sama kepada perniagaan janji temu di SEA. Peluang untuk tidak terikat akan membolehkan Paktor mengawal nasibnya sendiri apabila M17 memberi tumpuan yang tinggi pada masa depan perkhidmatan penstrimannya dalam pasaran terbesar kami, Jepun. Pasaran hiburan penstriman langsung di Jepun dijangka mencecah lebih US$1 bilion menjelang tahun 2022. Menerusi pendanaan Siri D baru-baru ini, kami akan menumpukan usaha penuh kami untuk membina perniagaan penstriman langsung di Jepun dan mengembangkan bahagian pasaran. Kami berharap agar dapat terus bekerjasama dengan Paktor untuk kerjasama perniagaan akan datang dan akan sentiasa menghargai sinergi dan kerja berpasukan antara M17 dan Paktor," kata Shang Koo, Ketua Pegawai Kewangan M17.

Shn Juay, Ketua Pegawai Eksekutif Paktor Group berkata, "Kami teruja untuk menyertai keluarga KV. Paktor telah mengukuhkan kedudukannya sebagai kumpulan janji temu yang terkemuka di rantau ini dan kami percaya bahawa dengan sokongan daripada Rakan Pengurusan KV, Kheng Lian dan pasukan beliau, kami akan dapat menerobos ke dalam bidang-bidang yang mengalami pertumbuhan yang tinggi seperti janji temu video dan suara. Peneraju-peneraju janji temu global telah menunjukkan saiz perniagaan yang sangat besar ini, namun di Asia, pertumbuhannya baru sahaja bermula."

Latar Belakang M17 Entertainment Limited

M17 Entertainment Limited mengendalikan platform penstriman langsung yang terbesar di Asia Maju. Sesiapa sahaja yang berbakat atau berminat untuk berkongsi boleh menjadi seorang artis dan misi Syarikat ini adalah untuk memperkasa artis dan menghiburkan dunia melalui platformnya. Platform interaktif secara langsung Syarikat ini termasuk aplikasi penstriman hiburan langsung utamanya 17LIVE (Livit dalam pasaran berbahasa Inggeris), selain Meme Live dan platform membeli belah strim langsung HandsUP dan FBBuy. Untuk maklumat lanjut mengenai M17, sila kunjungi http://m17.asia/.

 

Source: M17 Entertainment Limited
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Social Media Telecommunications Acquisitions, mergers, takeovers