omniture

Merck dan Baylor College of Medicine Jalin Kerjasama Majukan Platform Pembuatan Vaksin Perangi Covid-19

Merck
2020-05-27 21:15 1089

-- Syarikat akan memberi tumpuan pada pembangunan proses dan penambahbaikan untuk pembuatan calon vaksin Covid-19 Baylor

DARMSTADT, Jerman, 27 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, serta Baylor College of Medicine, Houston, Texas, AS, hari ini mengumumkan lanjutan kolaborasi berterusan mereka untuk memajukan platform pembuatan bagi memerangi Covid-19, yang direka untuk mempercepatkan peralihan ke percubaan klinikal Fasa 1.

 

"Pembuatan vaksin adalah sangat rumit, maka kami berkolaborasi untuk pendekatan pembangunan proses bagi mempercepatkan pembuatan calon vaksin Covid-19 Baylor," kata Udit Batra, ahli Lembaga Eksekutif Merck dan Ketua Pegawai Eksekutif, Life Science. "Bagi memerangi pandemik ini, kami perlu menghasilkan jumlah vaksin yang belum pernah terjadi sebelum ini dalam tempoh waktu yang amat singkat dan kami memerlukan sebanyak mungkin pendekatan untuk berjaya melakukannya."

Tiada templat atau proses pembuatan standard ekoran kerumitan dan kepelbagaian modaliti vaksin, yang menjadikan proses pengeluaran suatu cabaran untuk setiap organisasi yang berlumba-lumba membangunkan vaksin Covid-19 yang selamat dan berkesan. Menggunakan pembelajaran penting daripada kolaborasi berterusan mereka untuk vaksin skistosomiasis, Merck, bersama-sama penyelidik di Baylor College of Medicine dan Texas Children's Hospital Center for Vaccine Development, mengoptimumkan proses pengeluaran bagi memajukan dua calon vaksin Covid-19 termasuk calon vaksin CoV RBD219-N1 yang dijangka memulakan percubaan klinikal lewat tahun ini. Merck akan membantu mempercepatkan kemampanan mereka untuk pembuatan berskala besar. Kolaborasi ini akan memberi tumpuan pada penambahbaikan kecekapan pengeluaran, hasil, ketahanan, kebolehskalaan dan kos.

"Kolaborasi awal kami bersama Merck telah membina kerangka kerja yang penting dan kritikal untuk kami mengesahkan dan menyiapkan pengeluaran portfolio vaksin penyakit tropika yang terabai untuk akses global dengan segera," kata Dr. Peter Hotez, dekan National School of Tropical Medicine di Baylor College of Medicine dan pengarah bersama Texas Children's Hospital Center for Vaccine Development, bersama-sama Dr. Maria Elena Bottazzi.

"Pengembangan kolaborasi kami untuk melibatkan penyakit-penyakit yang mempunyai kepentingan pandemik kini akan membolehkan kami untuk mempercepatkan pembangunan proses pembuatan yang boleh diskala dan berpatutan untuk calon vaksin Covid-19 kami dan membolehkannya maju secepat mungkin bagi menyokong pengeluaran vaksin di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana," kata Bottazzi, yang memimpin aktiviti pembangunan produk dan berkhidmat sebagai dekan bersekutu National School of Tropical Medicine di Baylor.

Pasukan Merck-Baylor akan menambah baik platform pembuatan untuk calon vaksin CoV RBD219-N1, yang asalnya dibangunkan untuk menyasarkan SARS pada tahun 2011-2016. Selain itu, mereka akan membangunkan platform pembuatan baharu untuk calon vaksin Covid-19 kedua bagi memendekkan masa untuk memulakan percubaan klinikal Fasa 1. Matlamat perkongsian ini adalah untuk membangunkan proses dan langkah-langkah pembuatan yang sesuai yang akan membawa kepada pendekatan peningkatan yang sesuai untuk pengeluaran perindustrian perintis dan selanjutnya.

Saintis pembangunan proses dan jurutera biopembuatan di Merck dan juga penyelidik dari Texas Children's Center for Vaccine Development mula menjalin kerjasama pada tahun 2018 untuk memajukan pembangunan dan pengeluaran vaksin serta meningkatkan respons kepada wabak seperti Covid-19. Memandangkan kerja asas awal dibuat melalui kerja-kerja platform pembangunan proses sedia ada mereka, pasukan ini boleh memendekkan masa dengan pantas ke klinik, lalu merealisasikan matlamat utama.

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui e-mel dan dalam masa yang sama turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila kunjungi www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar secara dalam talian, menukar pilihan anda atau menghentikan perkhidmatan ini.

Baylor College of Medicine dan Texas Children's Hospital Center for Vaccine Development menerima dana daripada NAID untuk kerja-kerja awal mereka bagi membangunkan calon vaksin CoV RBD219-N1 dan baru-baru ini untuk memulakan pembangunan calon vaksin Covid-19 yang kedua. Di samping itu, Baylor and Texas Children's, melalui kerjasama mereka dengan PATH dijangka memajukan calon Covid-19 bagi menyokong akses ke negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Latar Belakang Merck
Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, beroperasi merentas segmen penjagaan kesihatan, sains hayat dan bahan prestasi. Sekitar 57,000 kakitangan bekerja untuk membawa perubahan positif kepada berjuta-juta kehidupan individu saban hari dengan mencipta cara yang lebih menyeronokkan dan mampan untuk menjalani kehidupan. Bermula dengan memajukan teknologi penyuntingan gen dan menemui cara-cara unik bagi merawat penyakit yang paling mencabar hinggalah kepada mendayakan kecerdasan peranti, Merck berada di merata-rata tempat. Pada tahun 2019, Merck menjana jualan sebanyak €16.2 bilion di 66 negara.

Penerokaan saintifik dan keusahawanan yang bertanggungjawab menjadi kunci kepada kemajuan teknologi dan saintifik Merck. Dengan cara inilah Merck berkembang maju sejak ditubuhkan pada tahun 1668. Keluarga pengasas kekal sebagai pemilik majoriti syarikat senaraian awam ini. Merck memegang hak global untuk nama dan jenama Merck. Satu-satunya pengecualian ialah Amerika Syarikat dan Kanada, yang mana sektor-sektor perniagaan Merck beroperasi sebagai EMD Serono dalam bidang penjagaan kesihatan, MilliporeSigma dalam sains hayat dan EMD Performance Materials.

Merck and Baylor College of Medicine are collaborating to advance a vaccine manufacturing platform to fight Covid-19.
Merck and Baylor College of Medicine are collaborating to advance a vaccine manufacturing platform to fight Covid-19.

Video - https://mma.prnewswire.com/media/1170810/Merck_B_Roll.mp4
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1170174/Merck_Baylor_College_of_Medicine.jpg

 

Source: Merck
Keywords: Education Health Care/Hospital Higher Education Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries