omniture

Jumeirah Al Naseem di Dubai Jadi Hotel Pertama di Dunia Terima Label Safeguard Bureau Veritas Berprestij

Jumeirah Group
2020-05-29 07:12 55

Pusat peranginan lima bintang penuhi piawaian kesihatan, keselamatan dan kebersihan ketat yang ditakrifkan oleh peneraju global dalam pengujian, pemeriksaan dan pensijilan

Label untuk digunakan secara terbuka bagi meyakinkan tetamu dan memberi keyakinan kepada mereka semasa menginap

Portfolio hotel lebih luas Jumeirah turut menjalani proses pensijilan yang ketat

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 29 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Tetamu-tetamu yang menginap di Jumeirah Al Naseem, Dubai boleh yakin dengan piawaian kebersihan yang tertinggi selepas pusat peranginan lima bintang ini dianugerahkan label Safeguard Bureau Veritas – hotel pertama di dunia yang menerima pensijilan berprestij ini.

Jumeirah-Al-Naseem Adults Pool Aerial Drone (PRNewsfoto/Jumeirah Group)
Jumeirah-Al-Naseem Adults Pool Aerial Drone (PRNewsfoto/Jumeirah Group)

Bureau Veritas – peneraju dunia bagi perkhidmatan pengujian, pemeriksaan dan pensijilan – telah menyusun senarai semak yang terperinci bersama pakar-pakar kesihatan, keselamatan dan kebersihan global bagi memastikan agar prosedur-prosedur yang ditetapkan untuk penyambungan semula operasi memenuhi peraturan tempatan dan antarabangsa, serta amalan terbaik yang diiktiraf.

Audit jarak jauh dan lapangan dijalankan bagi memastikan langkah-langkah perlindungan dilaksanakan dengan cekap, dengan label ini dianugerahkan sekiranya semua syarat dipenuhi. Bureau Veritas memberi jaminan kepada pelanggan menerusi laman sesawang global khusus yang menunjukkan semua entiti berlabel yang diluluskan oleh juruaudit. https://restartwith.bureauveritas.com/

Jumeirah Group telah melaksanakan beberapa langkah perlindungan dalam hotel-hotelnya di seluruh dunia, diwujudkan bagi memastikan tetamu dan rakan sekerja selamat. Ini termasuk penggunaan pelitup muka perlindungan, semakan suhu harian dan latihan kebersihan yang meluas untuk semua rakan sekerja, jarak sosial yang ketat di semua kawasan hotel termasuk pantai, kolam dan gimnasium (apabila dibuka), meningkatkan tiga kali ganda udara segar di kawasan awam, pengabutan sanitasi – sehingga tiga kali sehari bergantung pada jejak kaki – dan etika lif yang ketat bagi memastikan tetamu berjalan sendirian.

Dalam bilik tamu, perkhidmatan pengemasan bilik melakukan pembersihan dan pengudaraan setiap hari dengan bersungguh-sungguh serta menyediakan kemudahan sanitasi dan kebersihan termasuk pelitup muka, gel dan kain lap. Bantal dan duvet menjalani proses kebersihan terma manakala sarung bantal dan tilam ditukar setiap kali selepas daftar keluar. Bilik-bilik dibiarkan kosong selama tiga hari selepas setiap penginapan sebagai langkah keselamatan tambahan dan sekiranya hal ini tidak dapat dilakukan lantaran kadar penginapan yang tinggi, bilik ini menjalani proses pengabutan sanitasi yang lengkap.

Pengalaman menjamu selera yang luar biasa turut mempunyai langkah-langkah pencegahan tambahan, termasuk sanitasi seluruh restoran sebelum pelaksanaan setiap perkhidmatan, bufet ditakrifkan semula sebagai á la carte, jarak meja dan kemudahan kebersihan disediakan pada setiap meja untuk digunakan oleh tetamu.

José Silva, Ketua Pegawai Eksekutif Jumeirah Group, berkata: "Keselamatan tetamu dan rakan sekerja kami sentiasa menjadi keutamaan tertinggi kami. Kami mempunyai hubungan yang telah lama terjalin dengan Bureau Veritas, bekerjasama dengan mereka sejak tahun 2018 bagi mengawasi pensijilan HACCP kami untuk keselamatan makanan dan melaksanakan audit pematuhan kesihatan, keselamatan dan persekitaran di seluruh dunia. Keadaan semasa memerlukan kami untuk melangkah lebih jauh untuk mengesahkan langkah-langkah perlindungan yang disediakan dan pemerolehan Label Safeguard Bureau Veritas merupakan langkah yang penting bagi mengembalikan keyakinan dan menunjukkan komitmen kami untuk mengendalikan hotel-hotel kami mengikut piawaian global yang tertinggi. Jumeirah Al Naseem ialah hotel pertama di dunia yang menerima Label Safeguard dan kami akan bekerjasama erat dengan Bureau Veritas dalam beberapa minggu akan datang bagi mengesahkan portfolio kami yang lebih luas."

Marcel Hochar, Naib Presiden Kanan Timur Tengah dan Asia Tengah untuk Bureau Veritas, berkata: "Selama hampir 200 tahun, misi Bureau Veritas adalah untuk mewujudkan dunia yang dapat dipercayai. Beradaptasi dengan krisis semasa, kami telah membangunkan label Safeguard bagi mengesahkan bahawa piawaian keselamatan yang sesuai, latihan dan protokol pembersihan dapat dicapai bagi membolehkan perniagaan umumnya dan sektor hospitaliti khususnya, memulakan semula operasi dengan yakin. Dengan label ini, kami berupaya untuk memenuhi harapan baharu masyarakat kami dari segi kesihatan dan keselamatan."

Beliau menambah: "Kami amat berbangga dapat bekerjasama dengan Jumeriah Group dalam usaha proaktifnya untuk membawa perbezaan buat tetamu dan menunjukkan kesediaan untuk menerimanya dalam persekitaran yang sihat dan selamat."

Untuk butiran penuh mengenai semua langkah perlindungan yang diambil oleh Jumeirah Group kunjungi www.jumeirah.com.

#StaySafeWithJumeirah 

Latar Belakang Jumeirah Group:  www.jumeirah.com 

Latar Belakang Bureau Veritas: https://middle-east.bureauveritas.com 

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

 

Jumeirah Al Naseem Aerial Drone (PRNewsfoto/Jumeirah Group)
Jumeirah Al Naseem Aerial Drone (PRNewsfoto/Jumeirah Group)

Jumeirah Al Naseem Room View (PRNewsfoto/Jumeirah Group)
Jumeirah Al Naseem Room View (PRNewsfoto/Jumeirah Group)

Jumeirah Al Naseem Sun Loungers (PRNewsfoto/Jumeirah Group)
Jumeirah Al Naseem Sun Loungers (PRNewsfoto/Jumeirah Group)

Source: Jumeirah Group
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Health Care/Hospital Hotels and Resorts Infectious Disease Control Travel New products/services Public Safety