omniture

Tinjauan FICO: Pengguna Malaysia lebih Selesa Buka Akaun Bank dengan Telefon Pintar berbanding pengguna Amerika dan Kanada

FICO
2020-05-29 08:00 125

23 peratus rakyat Malaysia memilih untuk membuka akaun bank pada telefon mereka berbanding 18 peratus di AS dan 16 peratus di Kanada

KUALA LUMPUR, Malaysia, 29 Mei 2020 /PRNewswire/ --

Do Identity Checks By Malaysian Banks Turn Away Customers?
Do Identity Checks By Malaysian Banks Turn Away Customers?

Sorotan utama:

  • Tinjauan Perbankan Digital Pengguna FICO meneliti pilihan pengguna Malaysia terhadap pembukaan akaun bank digital
  • Kajian mendapati 23 peratus rakyat Malaysia memilih untuk membuka akaun bank pada telefon mereka berbanding 18 peratus di AS dan 16 peratus di Kanada
  • 78 peratus pengguna Malaysia berkata mereka akan membuka akaun kewangan secara dalam talian
  • Pengesahan identiti dengan terlalu banyak geseran boleh menyebabkan organisasi mengalami kerugian lebih 40 peratus bagi pembukaan akaun baharu

Maklumat lanjut: https://www.fico.com/identity

FICO, sebuah firma perisian analitik global, telah mengeluarkan Consumer Digital Banking Survey (Tinjauan Perbankan Digital Pengguna) yang mendapati pengguna Malaysia lebih selesa membuka akaun bank pada telefon pintar mereka berbanding pengguna di AS dan Kanada.

Kajian ini menunjukkan 23 peratus rakyat Malaysia memilih untuk membuka akaun bank pada telefon mereka berbanding 18 peratus di AS dan 16 peratus di Kanada.

"Bukanlah suatu yang menghairankan apabila pengguna Malaysia adalah natif digital," kata Subhashish Bose, ketua bahagian penipuan, keselamatan dan pematuhan FICO di Asia Pasifik. "Ia merupakan sebuah negara muda dari segi demografi, dengan 80 peratus penduduknya berumur kurang daripada 50 tahun. Di samping itu, kerajaan Malaysia aktif menggalakkan pembangunan dan pelaburan dalam ekonomi digital yang membentuk sekitar seperlima daripada KDNK negara. Faktor-faktor ini telah menggalakkan kumpulan pengguna yang mengutamakan ciri digital."

Kajian ini menunjukkan bahawa pembukaan akaun digital dengan pantas menjadi suatu kebiasaan di Malaysia dengan 78 peratus daripada pengguna berkata mereka akan membuka akaun kewangan secara dalam talian.

Daripada mereka yang akan membuka akaun kewangan secara dalam talian, 65 peratus mempertimbangkan untuk melakukannya bagi akaun transaksi harian, 45 peratus untuk kad kredit dan 28 peratus untuk pinjaman peribadi.

Menerajui dorongan digital ini merupakan mereka yang berusia 25-34 tahun, dengan 76 peratus daripada mereka berkata mereka akan membuka akaun bank secara dalam talian. Angka ini menurun kepada 49 peratus apabila melibatkan pengguna berumur 45-55 tahun, namun menariknya angka tersebut meningkat semula sehingga 61 peratus bagi mereka yang berumur lebih daripada 55 tahun.

"Isi rumah Malaysia biasanya terdiri daripada berbilang generasi," jelas Bose. "Maka, dapatan ini mungkin dapat dijelaskan dengan generasi-generasi lebih muda yang membantu datuk dan nenek mereka dengan urusan perbankan mereka, terutamanya jika mereka kurang bergerak dan tidak dapat pergi ke cawangan bank.

"Memandangkan kebergantungan pengguna terhadap perkhidmatan dalam talian meningkat sebagai respons kepada COVID-19, kami menjangkakan terdapatnya peralihan selanjutnya dari segi penggunaan dan sememangnya terdapat pemecutan dan penerimaan bagi pembukaan akaun bank secara digital. Penting agar bank-bank memeriksa dengan teliti sebarang titik geseran dalam proses permohonan mereka bagi memastikan pengguna tidak meninggalkan proses atau beralih kepada pihak pesaing," kata Bose.

Rakyat Malaysia mengharapkan pembukaan akaun berciri digital sepenuhnya

Tinjauan ini mendapati bahawa terdapat peratusan yang besar rakyat Malaysia mengharapkan agar mereka berupaya untuk menyelesaikan semua aspek pembukaan akaun secara dalam talian atau pada telefon mereka.

Daripada pemeriksaan identiti secara tetap yang diperlukan untuk membuka akaun, 78 peratus daripada rakyat Malaysia berpendapat mereka seharusnya dapat membuktikan identiti mereka dengan mengimbas dokumen atau menyediakan swafoto, 46 peratus berharap dapat membuktikan tempat tinggal mereka tanpa beralih ke luar talian dan 40 peratus berkata mereka seharusnya dapat mewujudkan sistem biometrik seperti imbasan cap jari untuk membuka akaun.

Sekiranya semua tindakan yang diperlukan untuk menyelesaikan pembukaan akaun tidak dapat dicapai dalam sesi, hanya 45 peratus daripada responden berkata mereka akan melakukan tindakan luar talian yang diperlukan secepat mungkin manakala 23 peratus berkata mereka akan meninggalkan proses membuka akaun. Dapatan keseluruhan menunjukkan bahawa institusi-institusi kewangan yang tidak memudahkan pengalaman pembukaan akaun digital secara sepenuhnya boleh mengalami kerugian lebih 40 peratus daripada perniagaan baharu mereka.

"Terdapat kajian untuk menunjukkan bahawa hanya 6-9 peratus pemohon mengikuti setiap langkah dan menyelesaikan proses berkenaan," kata Subhashish. "Metrik paling penting yang perlu difahami oleh eksekutif perbankan adalah perbezaan antara penyelesaian permohonan untuk permohonan yang disahkan berbanding permohonan yang tidak disahkan, serta berapa ramai pemohon yang mempunyai permohonan yang disimpan atau ditinggalkan kembali untuk menyelesaikan proses berkenaan."

Tinjauan Perbankan Digital Pengguna FICO merupakan hasil daripada tinjauan kuantitatif secara dalam talian terhadap 5,000 orang dewasa (18 tahun ke atas) merentas 10 negara yang dijalankan bagi pihak FICO oleh sebuah syarikat penyelidikan bebas.

Latar Belakang FICO
FICO (NYSE: FICO) memperkasa keputusan yang dapat membantu orang ramai dan perniagaan di seluruh dunia berkembang maju. Diasaskan pada tahun 1956 dan berpangkalan di Silicon Valley, syarikat ini merupakan pelopor bagi penggunaan analitik prediktif dan sains data untuk menambah baik keputusan operasi. FICO memegang lebih 200 paten AS dan luar negara untuk teknologi-teknologi yang meningkatkan keuntungan, kepuasan pelanggan dan pertumbuhan untuk perniagaan dalam industri perkhidmatan kewangan, pengilangan, telekomunikasi, rawatan kesihatan, peruncitan dan banyak lagi industri lain. Dengan menggunakaan penyelesaian FICO, perniagaan-perniagaan di lebih 100 negara dapat melakukan segala-galanya bermula dengan melindungi 2.6 bilion kad bayaran daripada penipuan, kepada membantu orang ramai memperoleh kredit, bagi memastikan berjuta-juta kapal terbang dan kereta sewa berada di tempat yang betul, tepat pada masanya.

Sertai perbualan di Twitter melalui @FICOnews_APAC.

FICO ialah tanda dagangan berdaftar Fair Isaac Corporation di AS dan negara-negara lain

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1173298/FICO_Malaysia_Infographic.jpg  
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/450763/FICO_Logo.jpg  

 

Source: FICO
Related Stocks:
NYSE:FICO
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Survey, Polls & Research Data Analytics