omniture

Program Sosial Kanak-kanak Antarabangsa Gazprom Football for Friendship Musim Kelapan Satukan Lebih 10 000 Peserta Dari Seluruh Dunia

Gazprom International Children’s Social Programme Football for Friendship
2020-06-01 08:00 96

Gazprom lancar Musim Kelapan Program Sosial Kanak-kanak Antarabangsa Football for Friendship. Tahun ini, acara akhir akan diadakan dalam format digital baharu.

MOSCOW, 1 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Football for Friendship ialah program sosial kanak-kanak antarabangsa tahunan. Peserta-peserta utama program ini ialah kanak-kanak perempuan dan lelaki yang berumur 12 tahun, termasuk kanak-kanak kelainan upaya. Pemain Muda mewakili budaya dan negara berbeza yang disatukan dalam pasukan campuran yang belajar untuk bermain dalam pasukan yang sama. Wartawan Muda membuat liputan acara program di Pusat Akhbar Kanak-kanak Antarabangsa dan menggalakkan nilai-nilai sejagat. Sepanjang tujuh musim yang lalu, Football for Friendship telah menyatukan lebih 6 000 peserta dari 211 negara dan wilayah. Lebih 5 000 000 orang telah mengambil bahagian dalam acara sukan, pendidikan dan ekologi program ini dari seluruh dunia.

Football for Friendship Digital Platform Concept
Football for Friendship Digital Platform Concept

Pada tahun 2019, peserta-peserta program ini telah mencipta Guinness World Record bagi Bilangan bangsa paling banyak dalam sesi latihan bola sepak dalam sejarah. Pada tahun 2020, musim baharu akan diadakan sepenuhnya melalui format dalam talian: Football for Friendship Digital Platform akan mengadakan Kejohanan Dunia F4F Dalam Talian buat julung kali dalam sejarah. Perlawanan ini akan menyatukan 32 Pasukan Persahabatan yang terdiri daripada atlet siber berumur 12 tahun dari negara-negara berbeza, gender berbeza, keupayaan fizikal, dan bertutur dalam bahasa yang berbeza.

Football for Friendship Digital Universe akan menyatukan lebih 10 000 pemain dari semua peringkat umur dari 100 negara. Ruang maya yang unik ini akan menjadi tapak untuk pertandingan sukan siber kanak-kanak antarabangsa, selain platform permainan yang akan membolehkan sesiapa sahaja berlatih, bergabung dalam pasukan campuran antarabangsa dan bermain permainan kegemaran mereka dalam format Football for Friendship tanpa keluar dari rumah.

Diogo Netto, Pengurus Pembangunan Teknikal dan Tanggungjawab Sosial bagi pasukan bola sepak kebangsaan Brazil: "Football for Friendship sentiasa terbuka buat peserta-peserta dengan kebolehan fizikal yang berbeza. Football for Friendship Digital Platform menyumbang kepada matlamat utama projek ini – untuk menyatukan orang ramai dari seluruh dunia, membolehkan semua orang untuk keluar ke padang bola sepak dan merasai emosi yang luar biasa bersama rakan-rakan baharu."

Rene Rantuša Lampreht, Jurulatih Muda dari Slovenia: "Berita mengenai Musim Kelapan ialah sesuatu yang hebat: walaupun apabila kami berjauhan, kami akan dapat berkumpul dan bermain bola sepak dengan selamat."

www.gazprom-football.com 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1173123/Football_for_Friendship.jpg

 

Source: Gazprom International Children’s Social Programme Football for Friendship
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Sporting Events Sports Children-related news Handicapped/Disabled Not for profit