omniture

Cision Lancar Data Peringkat-Artikel, Bolehkan Penyampai Memahami Lagi Bagaimana Audiens Manfaatkan Media Reputasi Wajar

Keupayaan baharu disediakan sebagai sebahagian daripada Cision Impact dalam Awan Komunikasi Generasi Seterusnya
Cision
2020-06-01 11:22 465

HONG KONG, 1 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, Cision mengumumkan penambahbaikan penting untuk penyelesaian Impact mereka yang terkemuka dalam industri. Ciri-ciri baharu membolehkan pelaporan terperinci dibuat mengenai jangkauan sebenar pada peringkat artikel individu, membolehkan penyampai untuk mengenal pasti wartawan dan bahan penerbitan dengan lebih baik, menghasilkan cerita yang lebih relevan, menjalankan kajian pasaran dan mengukur usaha mereka menggunakan penanda aras prestasi yang sama seperti media milik sendiri dan media berbayar. Data ini, yang tersedia untuk berjuta-juta penerbitan, kini dimasukkan ke dalam Cision Impact, teknologi audiens dan atribusi Cision yang utama dalam industri.

Ketahui lebih lanjut mengenai data peringkat-artikel dan faedah-faedah untuk golongan profesional PR di sini.

Memahami Lebih Baik Audiens Reputasi Wajar dengan Cision Impact
Memahami Lebih Baik Audiens Reputasi Wajar dengan Cision Impact

 

Mengesan paparan artikel media reputasi wajar, hari demi hari
Mengesan paparan artikel media reputasi wajar, hari demi hari

 

Memahami penerbitan yang mendorong kumpulan pembaca terbesar
Memahami penerbitan yang mendorong kumpulan pembaca terbesar

Alami Siaran Berita Berbilang Saluran yang interaktif di sini: https://www.multivu.com/players/English/8729751-cision-article-level-data-earned-media/

Data peringkat-artikel, yang memanfaatkan teknologi audiens dan atribusi yang eksklusif, membolehkan penyampai untuk persis memahami wartawan dan bahan penerbitan yang menunjukkan prestasi terbaik dengan audiens sasarannya. Dengan menggabungkan kumpulan pembaca artikel dengan demografi, firmografik dan data penglibatan audiens, penyampai boleh menerima pakai pendekatan sistematik yang dipacu-data untuk fungsi-fungsi PR dan komunikasi mereka.

"Cision terus menambah penyelesaian baharu yang unik dan inovatif kepada platform komunikasi hujung-ke-hujung kami yang memenangi anugerah. Data audiens peringkat-artikel Cision Impact membantu golongan profesional PR untuk membina strategi media yang lebih berkesan dan mengukur kejayaan media reputasi wajar," kata Brendon O'Donovan, Ketua Pemasaran Produk Global di Cision. "Bermula dengan menyasarkan wartawan dan mereka bentuk kempen hinggalah mengukur pengambilan dan liputan, data peringkat-artikel boleh dimanfaatkan pada setiap peringkat dalam aliran kerja komunikasi dan kami teruja untuk menyediakan tawaran baharu ini kepada pelanggan kami."

Data kumpulan penonton peringkat-artikel Cision menyediakan:

  • Jangkauan Dipacu-Data: Menumpu usaha terhadap wartawan yang mengubah situasi. Memahami penerbitan, wartawan dan artikel yang mendorong kumpulan pembaca terbesar untuk memaklumkan strategi perhubungan media.
  • Kecerdasan Kompetitif: Mengesan liputan media reputasi wajar pesaing dan memahami audiens mereka, wartawan yang mempengaruhi mereka dan menanda aras terhadap prestasi mereka. Memperoleh pandangan berharga mengenai keberkesanan kempen media reputasi wajar mereka dan memanfaatkan kekuatan pesaing untuk kelebihan anda.
  • Analisis Industri: Menemui cara baharu untuk melibatkan industri anda. Mengkaji topik utama dan memantau trend industri. Mengenal pasti wartawan baru muncul dan penerbitan terkemuka bagi memahami dengan lebih baik lingkungan pengaruh industri anda.
  • Prestasi Kandungan: Bergantung pada data kumpulan penonton yang disahkan dan akhirnya menghentikan UVPM dan jangkauan berpotensi. Mendemonstrasikan jangkauan artikel yang disahkan, menanda aras penyebaran pesanan dan mengoptimumkan kempen media reputasi wajar.  
  • Pengurangan Krisis: Menilai risiko dengan tepat. Mengenal pasti suara paling berpengaruh semasa berlakunya suatu krisis untuk mengukur, bertindak balas dan mengurangkan mudaratnya.

Data peringkat-artikel kini boleh didapati dalam Awan Komunikasi Generasi Seterusnya untuk semua pelanggan Cision Impact. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi www.cision.com.

Latar Belakang Cision 
Cision Ltd. ialah penyedia global yang terkemuka bagi perisian dan perkhidmatan media reputasi wajar kepada golongan profesional perhubungan awam dan komunikasi pemasaran. Perisian Cision membolehkan pengguna untuk mengenal pasti pempengaruh utama, mereka bentuk dan mengedarkan kandungan strategik serta mengukur impak yang bermakna. Cision mempunyai lebih 4,800 kakitangan dengan pejabat di 24 negara di seluruh benua Amerika, EMEA dan APAC. Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan Cision yang memenangi anugerah, termasuk Cision Communications Cloud®, kunjungi www.cision.com dan ikuti Cision di Twitter @Cision. Bagi menyokong golongan profesional PR dan komunikasi semasa waktu yang sukar ini, Cision telah menyusun sumber PR COVID-19 yang percuma ini.

Hubungan Media:
Karine Siu
Pengurus Pemasaran Serantau, APAC
asia.marketing@prnasia.com
+852-2572-8228

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200521/2810545-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200521/2810545-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200521/2810545-1-c?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180117/2034361-1LOGO?lang=0

Source: Cision
Related Links:
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics Publishing/Information Service New products/services