omniture

MBA Global Manchester bantu pelajar kekal di landasan yang betul dengan gabungkan lebih banyak teknik dan kaedah pembelajaran maya

The University of Manchester China Centre
2020-06-01 17:48 297

Memanfaatkan akar umbinya yang bersifat terbuka dan inovatif, program MBA Global kekal terbuka sepenuhnya

SHANGHAI, 1 Jun 2020 /PRNewswire/ -- MBA Global Manchester terus memenuhi misinya untuk pelajar-pelajarnya di seluruh dunia dengan melaksanakan pendekatan pembelajaran maya secara sepenuhnya. Sejak wabak COVID-19 melanda pada awal Januari lalu, semua sesi secara bersemuka dipindahkan ke dalam talian bagi mengurangkan risiko dan melindungi pelajar-pelajar serta kakitangan fakulti. Program tersebut, yang telahpun menggunakan teknik-teknik pembelajaran campuran melibatkan penawaran kursus secara peribadi dan maya, telah mempercepatkan pelaksanaan pendekatan ini sebagai respons terhadap pandemik ini.

MANCHESTER AMBS GMBA Student
MANCHESTER AMBS GMBA Student

Semasa tempoh peralihan kepada pengalaman pembelajaran maya sepenuhnya ini, kakitangan di UK dan China memastikan bahawa semua pelajar memahami dan berasa selesa dengan perubahan tersebut melalui peningkatan ketersediaan dan sokongan untuk sebarang kebimbangan pelajar. Program berkenaan benar-benar percaya dengan gaya pembelajaran yang diperibadikan dan ingin mendukung nilai-nilai ini biarpun dalam keadaan mencabar yang dicetuskan oleh pandemik global ini. Oleh yang demikian, setiap kelas dan bengkel diadakan secara langsung, dengan gaya partisipatori dan interaktif berbanding kuliah yang dirakam terlebih dahulu. Pelajar-pelajar masih mengikut jadual untuk menamatkan pengajian dalam tempoh pengajian dua tahun yang biasa.

Maklum balas daripada pelajar-pelajar semasa kami menonjolkan bahawa ramai yang mendapati pembelajaran secara maya menambah pengajaran pembelajaran unik yang tidak mungkin dapat ditemui oleh mereka jika keadaan berlaku sebaliknya. Huang Wei, yang memulakan program tersebut pada musim panas yang lalu mengulas, "Bengkel maya telah meluaskan jaringan saya memandangkan penyertaan tidak lagi dibatasi oleh geografi mahupun zon waktu."

Sherry Fu, Pengarah University of Manchester China Centre berkata, "Meskipun wabak COVID-19 telah mengganggu kaedah-kaedah pembelajaran tradisional, Universiti kami sentiasa menggalakkan inovasi dan pendekatan yang berfikiran terbuka terhadap penyelesaian masalah. Sejak menubuhkan pusat luar negara Alliance Manchester Business School pada tahun 1996, lebih daripada 10,000 orang pelajar telah menyelesaikan MBA Global Manchester, ada yang tidak pernah menjejakkan kaki ke Manchester ekoran penerimaan teknologi oleh kami secara sepenuhnya yang memudahkan pembelajaran dari mana-mana pelosok dunia. Universiti kami memegang rekod pretasi yang cemerlang dalam menyampaikan pengajaran dalam talian, campuran dan transnasional merentas ketiga-tiga kemudahan kami dan saya hanya dapat melihat nilai kami terus berkembang."

Cik Fu turut menambah, "Pencetusan wabak dan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap tahap kesihatan dan keselamatan kakitangan serta pelajar-pelajar kami memaksa pihak Universiti untuk membatalkan semua bengkel secara bersemuka MBA Global di Shanghai. Walau bagaimanapun, program MBA akan terus berjalan mengikut jadual dan kami akan dapat menjalankan semua bengkel serta kursus melalui sesi-sesi maya dalam talian dan interaktif. Pasukan fakulti dan sokongan kami yang berpengalaman telah melaksanakan dengan pantas dan mahir kaedah-kaedah serta alat-alat pembelajaran campuran dalam talian kami agar pelajar dapat meneruskan pengajian mereka tanpa gangguan. Saya sangat berbangga dapat menjadi sebahagian daripada pasukan kepimpinan tangkas kami dalam detik waktu seperti ini. "

Sebagai persiapan untuk menghadapi kelas MBA yang akan datang pada Julai ini, Xavier Duran, Pengarah Program MBA di Alliance Manchester Business School (AMBS), mengadakan satu webinar interaktif, yang menggariskan sejauh mana Universiti telah beradaptasi dan betapa pentingnya untuk pelajar-pelajar memikirkan bagaimana dunia telah berubah lantaran wabak COVID-19. Beliau berkongsi, "Pandemik ini telah menguji kaedah-kaedah pembelajaran dan komunikasi konvensional, namun begitu mereka yang dapat menyesuaikan diri dengan berdaya tahanlah yang membuktikan diri mereka merupakan pemimpin sejati apabila dunia sangat memerlukan mereka."

Latar Belakang MBA Manchester Global

MBA Separuh Masa Global Manchester ialah salah satu program MBA terawal yang mantap di UK. Ia disediakan untuk golongan profesional yang berpengalaman dari semua industri dan mempunyai jaringan global melibatkan lebih 60,000 alumni, tersebar merentas 176 negara. University of Manchester China Centre yang dilancarkan pada tahun 2008 mempunyai hubungan kukuh dengan komuniti perniagaan antarabangsa dan juga tempatan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200529/2817021-1?lang=0

Source: The University of Manchester China Centre
Keywords: Education