omniture

Gastech Ditunda ke 13-16 September 2021

dmg events
2020-06-02 16:15 26

Singapura akan anjur edisi acara seterusnya 

Pameran dan persidangan bersepadu terbesar dunia yang menyokong rantaian nilai gas, LNG dan tenaga bakal diadakan di Singapura  

LONDON, 2 Jun 2020 /PRNewswire/ -- dmg events dan Badan pentadbiran Gastech, setelah berunding dengan Enterprise Singapore dan Lembaga Pelancongan Singapura, bersama-sama mengambil keputusan untuk menangguhkan Gastech, pameran dan persidangan bersepadu terbesar dunia yang menyokong industri gas, LNG dan tenaga ke 13 hingga 16 September 2021.

Persidangan Gastech 2020 kini akan berlangsung secara maya pada bulan September, dengan kandungan strategik dan teknikal distrim secara dalam talian, memberi peluang kepada industri gas, LNG dan tenaga untuk terlibat, apabila ia beradaptasi dan bertindak balas kepada cabaran dan peluang kolektif yang dihadapi oleh industri ini.

Dalam satu kenyataan bagi mengumumkan penangguhan ini, penganjur-penganjur dmg events berkata bahawa keputusan bersama ini adalah berdasarkan kebimbangan berkisarkan pandemik global, kebolehcapaian dan demi kesejahteraan penceramah, delegasi, pempamer dan juga pengunjung. Gastech 2020 sepatutnya berlangsung di Singapura pada September ini.

Nick Ornstien, Naib Presiden Tenaga untuk dmg events, berkata: "Penangguhan Gastech 2020 memberi skop yang lebih besar kepada industri gas, LNG dan tenaga yang lebih luas untuk menilai kesan COVID-19 ke atas permintaan tenaga dan mengenal pasti peluang pertumbuhan pasaran, tatkala dunia bergerak ke arah landskap tenaga neutral karbon."

"Gastech mempunyai kuasa terbukti untuk menghimpunkan penggubal dasar tenaga dan pemimpin industri, yang akan menjadi penting apabila ekonomi pulih dan permintaan terhadap gas meningkat, pasca COVID-19.  Gastech 2021 akan membantu membentuk hala tuju bagi tindakan kolektif dan individu serta memberi peluang untuk mengenal pasti penyelesaian dan strategi masa depan."

"Kami yakin, dengan sokongan daripada rakan kongsi kami di Singapura, penaja kami dan industri ini, kami akan dapat mengatasi cabaran terkini ini, membolehkan industri gas, LNG dan tenaga untuk menetapkan agenda tenaga karbon lebih rendah untuk dekad akan datang dan terus memainkan peranan penting dalam kehidupan orang ramai dan kemakmuran ekonomi global," tambah Ornstien.

Selain daripada persidangan maya pada bulan September dan bagi memastikan Gastech terus memainkan peranan penting di tengah-tengah industri gas global, Gastech akan mengadakan beberapa webinar, surat berita industri dan peluang perangkaian unik untuk menyampaikan kandungan yang berwawasan dan relevan bagi menghubungkan industri ini dengan cabaran dan peluang yang membentuk agenda neutral karbon, menjelang Gastech 2021.

Pilihan oleh Singapura untuk menganjurkan Gastech 2021 memperlihatkan peralihan ekonomi Asia yang dibuat kerah gas asli dan LNG bagi memenuhi keperluan tenaga mereka. Meskipun permintaan LNG dunia diramalkan berganda menjadi 700 juta tan menjelang tahun 2040, Asia Selatan dan Asia Tenggara akan menjana lebih daripada separuh permintaan yang meningkat. China, India, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Vietnam kesemuanya telah menyaksikan peningkatan pelaburan dalam infrastktur gas untuk kegunaan komersial dan domestik.

Satvinder Singh, Penolong Ketua Pegawai Ekseutif Enterprise Singapore berkata: "Kami berharap agar dapat mengadakan semula Gastech pada September 2021 – masa yang lebih sesuai untuk pemulihan pasaran dan pertumbuhan permintaan baharu di Asia Pasifik.

"Sektor LNG terus berdaya tahan, walaupun dalam tempoh yang mencabar ini, dengan lebih banyak perdagangan LNG atau syarikat pembangunan perniagaan mengukuhkan kehadiran di Singapura pada tahun ini, berbanding tahun lalu. Sungguhpun begitu, keselamatan diutamakan dan kami berharap dapat menghimpunkan fraterniti LNG, di Gastech 2021, platform global untuk industri tenaga."

Andrew Phua, Pengarah Eksekutif bagi Pameran dan Persidangan, Lembaga Pelancongan Singapura berkata: "Kami memahami keputusan untuk menangguhkan Gastech, dengan mengambil kira keadaan COVID-19 dan komited untuk bekerjasama erat dengan mereka bagi menyokong kejayaan berterusan Gastech 2021. Kami kekal yakin terhadap reputasi kukuh Singapura sebagai destinasi pilihan MICE dan kami tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan delegasi Gastech ke Singapura pada tahun hadapan."

Berlangsung di Singapura, mulai 13-16 September, Gastech 2021 akan dihadiri oleh lebih daripada 35,000 hadirin termasuk pembuat keputusan kanan dan pemimpin pemikiran industri tenaga serta lebih 700 syarikat pempamer, yang akan menetapkan agenda untuk industri gas, LNG dan tenaga global selama beberapa dekad akan datang.

Source: dmg events
Keywords: Electrical Utilities Gas Oil/Energy Utilities Trade show news Future Events