omniture

Technopath Clinical Diagnostics Lancar Inisiatif Ujian Antibodi COVID-19 Bukan-Untuk-Untung Pertama Sokong Syarikat-syarikat di Ireland

Technopath Clinical Diagnostics
2020-06-04 00:10 137

BALLINA (County Tipperary), Ireland, 3 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, Technopath Clinical Diagnostics mengumumkan bahawa ia melancarkan ujian antibodi COVID-19 di Ireland bagi membantu perniagaan merancang kemasukan semula ke tempat kerja dengan lebih selamat. Inisiatif ini akan menyediakan perkhidmatan penting kepada semua industri dan akan ditawarkan atas dasar bukan berasaskan keuntungan. Sebagai peneraju global dalam pembangunan bahan-bahan kawalan kualiti untuk Industri Diagnostik, Technopath telah terlibat secara langsung sejak bermulanya pandemik COVID-19 bagi menyokong banyak syarikat diagnostik global yang lebih besar tatkala mereka membangunkan ujian antibodi.

Bermula dengan pelancaran penyelesaian kawalan kualiti COVID-19 pihak ketiga yang pertama di dunia baru-baru ini bagi membolehkan makmal klinikal mengeluarkan keputusan ujian pesakit dengan yakin, kini Technopath menawarkan kepakaran, peralatan dan kemudahannya bagi menyediakan ujian antibodi untuk perniagaan di Ireland menggunakan kedua-dua platform ujian Abbott Diagnostics dan Roche Diagnostics. Syarikat ini percaya bahawa ujian antibodi COVID-19 dapat menjadi sebahagian daripada penyelesaian untuk membuka semula ekonomi negara.

"Syarikat-syarikat di Ireland serta seluruh dunia mencari jalan untuk membuka semula perniagaan mereka dengan mengambil setiap langkah untuk mengurangkan risiko pendedahan terhadap coronavirus di samping membuatkan pekerja berasa selamat untuk kembali bekerja," kata Malcolm Bell, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Technopath. "Memandangkan Jabatan Kesihatan kini menunjukkan bahawa negara kita mungkin menghadapi kecemasan akut yang berpanjangan untuk masa depan yang boleh diramal, terdapat keperluan yang segera untuk melengkapkan syarikat-syarikat dengan peluang untuk menawarkan ujian antibodi kepada pekerja mereka. Ditekankan oleh pengalaman mendalam kami bagi menyokong syarikat-syarikat diagnostik, ujian ini dianggap memberi kepentingan yang lebih besar bagi membantu syarikat-syarikat untuk kembali bekerja."

Bagi fasa awal inisiatif ujian antibodi COVID-19, Technopath bekerjasama dengan Corporate Health Ireland, memudahkan pengumpulan sampel darah dengan segera dan secara profesional bagi menjamin pelaporan keputusan yang selamat dan sulit pelanggan oleh salah satu penyedia perkhidmatan kesihatan cara kerja yang terkemuka di negara ini.  

Fasa Kedua akan meninjau jalinan kerjasama dengan penyedia perkhidmatan kesihatan cara kerja yang lain di Ireland bagi menyediakan ujian antibodi di tempat kerja bagi membantu mengawal penularan jangkitan COVID-19 pada masa akan datang. Tambahan pula, ujian ini akan memberi peluang kepada individu yang mempunyai antibodi dalam darah mereka untuk menderma plasma mereka bagi kegunaan terapeutik dan berpotensi untuk membantu individu dengan kes COVID-19 yang paling teruk sembuh dengan lebih cepat.

Untuk maklumat lanjut mengenai Technopath sila kunjungi:

https://www.technopathclinicaldiagnostics.com/about/our-company/ 

Untuk Media: 
Sunny Uberoi, Komunikasi Korporat, + 1 917 747 2018, sunny@166media.com

Untuk Corporate Health Ireland: Dr. Martin Hogan MB FRCPI FFOM, Pengarah, Corporate Health Ireland Ltd., +353 (0)21 435 0360, martin.hogan@CHI.ie

Untuk Pemasaran & Komunikasi: Len Lloyd, Pengarah Pemasaran, Technopath Clinical Diagnostics, + 353 61 525700, len.lloyd@technopathcd.com 

Source: Technopath Clinical Diagnostics
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Workforce Management/Human Resources Corporate Social Responsibility New products/services Not for profit Public Safety