omniture

Trend bilik mandi moden: Permata eko-bergaya untuk perkemaskan tandas

Geberit South East Asia Pte Ltd
2020-06-04 08:00 178

SINGAPURA, 4 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Plat penggerak Sigma21 Geberit baharu untuk tangki tersembunyi menawarkan pelbagai rekaan untuk menambah tekstur yang unik pada bilik mandi moden.

The Geberit Sigma21 actuator plate in mustang slate, dark rock and grey linen - the perfect variants to add natural elements to the bathroom.
The Geberit Sigma21 actuator plate in mustang slate, dark rock and grey linen - the perfect variants to add natural elements to the bathroom.


Reka bentuk dalaman unik yang menceritakan suatu kisah unik semakin mendapat permintaan. Tambahan pula, dengan masyarakat yang lebih peka terhadap alam sekitar, reka bentuk biofilik yang menggabungkan reka bentuk moden dan unsur alam semula jadi menjadi semakin popular. Pemilihan Plat penggerak yang elegan boleh menjadi komponen pernyataan yang sempurna bagi memenuhi keperluan ini.

Minimalisme yang berwatak

Untuk tandas moden, tandas gantung pada dinding dan tangki tersembunyi adalah amat penting dan plat curah pada tangki menawarkan peluang untuk menjadi kreatif.

Dikemas kini oleh pereka produk yang memenangi anugerah Christoph Behling, plat penggerak Sigma21 Geberit mempunyai kemasan kaca licin berkilat yang dihiasi dengan perincian logam reflektif. Bersama pelanggan seperti produk Tag Heuer yang mewah, reka bentuk Behling bersifat abadi, intuitif yang elegan dan sofistikated dengan potongan yang tepat.

Meskipun boleh didapati menerusi pelbagai pilihan warna dan bahan yang mengagumkan (lebih 12 tidak termasuk reka bentuk boleh disesuaikan), tiga varian menarik bagi tahun 2020 - batu loh mustang, batu gelap dan linen kelabu.

Bawakan unsur alam semula jadi ke bilik mandi

Lebih banyak unsur alamiah yang semula jadi digabungkan ke dalam reka bentuk bilik mandi dan plat curah Sigma21 menjadikannya lebih mudah untuk berbuat demikian.

Sigma21 dengan batu loh mustang dan batu gelap amat sesuai untuk reka bentuk biofilik dengan tekstur semula jadinya yang unik, Varian batu loh mustang diperbuat daripada batu loh bertekstur halus dan berkualiti tinggi – plat penggerak pertama yang diperbuat daripada bahan semula jadi di Geberit. Linen berwarna kelabu yang bergaya juga merupakan tekstur yang popular bagi trend reka bentuk dalaman 2020 dan sangat sesuai untuk menambah lebih banyak dimensi.

Kualiti yang boleh anda percayai

Produk andal lagi tahan lama yang tidak pernah ketinggalan zaman. Platnya merupakan plat curah Geberit yang berkualiti tertinggi setakat ini. Kemasan permukaan yang luar biasa mudah diselenggara dan sangat tahan lama – ciri zink tuangan terap premium dan kaca keselamatan serongan. Akhir sekali, komponen individu dipasang dengan tangan, bagi memastikan setiap plat memenuhi piawaian yang unggul. Plat penggerak Sigma21 pastinya menjadi tumpuan utama dalam bilik mandi kontemporari bagi tahun 2020 dan seterusnya.

Latar Belakang Geberit

Sejak tahun 1874, Geberit telah menjadi peneraju pasaran Eropah bagi teknologi bilik mandi dan mendedikasikan usahanya untuk mencipta produk dengan penggunaan sumber yang rendah serta bahan mesra alam. "LEED" di AS, "MINERGIE" di Switzerland, "Green Mark" di Singapura serta "Sijil Bangunan Lestari Jerman" merupakan beberapa sijil bangunan yang diterima oleh produk-produk Geberit. Geberit menetapkan piawaian baharu untuk penyelesaian dengan kecekapan, keandalan dan prestasi yang unggul.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200521/2810546-1?lang=0

 

Source: Geberit South East Asia Pte Ltd
Keywords: Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services