omniture

Konstantin Chaykin: Penakluk Marikh Baharu Mk3 Fighter Watch Dilancarkan

Konstantin Chaykin LLC
2020-06-04 14:00 93

MOSCOW, 4 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Prospek untuk terbang ke planet Marikh menjadi semakin dekat. Konstantin Chaykin yakin bahawa penaklukan Marikh memerlukan buah fikiran daripada banyak aspek yang berbeza terlebih dahulu, termasuk pembangunan jam tangan mekanikal khas yang andal dan mampu berfungsi secara autonomi baik di angkasa mahupun di planet Marikh. Atas sebab inilah pada tahun 2017, pakar pembuat jam tangan dan pencipta ini melancarkan program Marikhnya sendiri – "Mars Time". 

 

Konstantin_Mars_1
Konstantin_Mars_1

 

Marikh memanggil: Penakluk Marikh baharu 

Jam tangan "Mars Conqueror Mk3 Fighter" baharu menghala ke arah masa depan – justeru, reka bentuk futuristiknya disesuaikan dengan sentuhan ciri ketenteraan yang jelas nyata. Waktu daratan ditambah pada jam tangan ini oleh jarum penunjuk zon waktu 24-jam, manakala gerakan beroda "Marikh" ciptaan Konstantin Chaykin memberi petunjuk waktu Marikh yang tepat.

Modul fungsian dicipta sepenuhnya di Rusia oleh Konstantin Chaykin Manufactory. Kerumitan mekanik jam tangan "Mars Conqueror Mk3 Fighter" ditunjukkan oleh hakikat bahawa modul fungsian ini diperbuat daripada 125 bahagian yang berasingan, setiap satunya diproses dengan teliti dan disiapkan menggunakan tangan yang mematuhi sepenuhnya tradisi haute horlogerie.

Jam tangan penerbang Marikh pertama dalam sejarah 

Jam tangan "Mars Conqueror Mk3 Fighter" memandang ke arah masa depan dan atas sebab inilah seseorang boleh mendapati pada reka bentuknya bentuk futuristik armada ruang Marikh sebagaimana yang dibayangkan dan direka bentuk oleh Konstantin Chaykin. Pada bekas jam yang ganas rupanya dan dalam masa yang sama berciri ergonomik dengan rekaan trapezoid yang dinamik, didominasi oleh bahagian tepi berbentuk segi tiga, terdapat bezel yang dipasang pada bekas jam oleh 24 skru fungsian, yang menyerupai kunci tambatan pada sistem dok kapal angkasa.

Jam tangan edisi pertama diperbuat daripada titanium, dianggap secara tradisinya sebagai bahan pesawat dan angkasa, yang mana dengan cara yang terbaik selaras dengan tujuan dan fungsi jam tangan baharu tersebut. Hanya 8 unit jam tangan yang akan dilancarkan.

Jam tangan "Mars Conqueror Mark3 Fighter" dilengkapi dengan kaliber automatik K.15-0 dengan penunjuk waktu Bumi tempatan; penunjuk zon waktu kedua (UTC) dengan jarum pendek 24-jam pusat; waktu Marikh (MCT); penunjuk mod mahkota fungsian (putaran). Terdapat dua mahkota vertikal dengan fungsi unik dipasang pada bekas titanium yang dicipta oleh Konstantin Chaykin, dengan tali jam kulit asli berwarna hitam berserta jahitan berwarna jingga dan juga pelapik berwarna jingga.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1175930/Konstantin_Mars_1.jpg  
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1175931/Konstantin_Mars_2.jpg  
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1175932/Konstantin_Mars_3.jpg 

 

Konstantin_Mars_2
Konstantin_Mars_2

 

 

Konstantin_Mars_3
Konstantin_Mars_3

 

Hubungi:
Konstantin Chaykin,
info@chaykin.ru,
+7-(977)-800-02-88

 

Source: Konstantin Chaykin LLC
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail New products/services