omniture

Syarikat Teknologi Kewangan Pembiayaan Perdagangan Stenn Perluas dan Tingkatkan Program Pembiayaan Teras kepada $500 Juta Dengan Pelabur-pelabur Utama Baharu

Stenn International
2020-06-04 22:04 2767

LONDON, 4 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Perniagaan pembiayaan perdagangan dalam talian yang sedang berkembang Stenn telah mendapat penyertaan daripada Barclays Bank, Coface SA dan Crayhill Capital Management LP dalam pusingan pelaburan terkininya. Pembiayaan ini adalah untuk program pembiayaan perdagangan terasnya, Stenn Assets Funding, yang kini bersaiz setengah bilion dolar.

Kedua-dua pelabur dan penyedia insurans ini telah menyertai program pembiayaan menang anugerah Stenn, bersama-sama penyedia pembiayaan sedia ada Natixis, yang juga merupakan pengatur program ini, NN Investment Partners serta M&G. Pelaburan ini menyokong pertumbuhan berterusan Stenn dalam bidang pembiayaan perdagangan rentas sempadan dan berlaku susulan anugerah Urusan Kewangan Berstruktur Eropah bagi Tahun 2020 daripada International Financial Law Review.

Pusingan pembiayaan kedua dalam sebulan untuk bantu syarikat-syarikat semasa krisis Covid-19.

Pusingan pelaburan terkini merupakan yang kedua dalam tempoh kurang daripada sebulan untuk Stenn. Syarikat ini menutup program baharu bernilai $200 juta pada 11 Mei daripada Crayhill, pengurus kredit persendirian dan pemberi pinjaman berasaskan aset yang berpangkalan di New York, bagi meluaskan perkhidmatan pembiayaan perdagangan digitalnya dan menyokong lagi syarikat-syarikat bagi meningkatkan aliran perdagangan antarabangsa mereka.

Dengan tambahan kapasiti ini, Stenn bersedia untuk menawarkan lebih banyak perniagaan dengan akses kepada pembiayaan perdagangan rentas sempadan yang cepat dan fleksibel bilamana modal kerja sangat sukar didapati.

Pembiayaan digital penuh Stenn unik dalam perdagangan antarabangsa.

Ditubuhkan pada tahun 2015, Stenn ialah sebuah syarikat teknologi kewangan yang menyediakan pembiayaan digital penuh untuk pembeli dan penjual dalam rantaian bekalan global. Amaun sehingga $15 juta boleh dibiayai dan diurus dalam talian, dengan amaun lebih besar disediakan mengikut permintaan, mempercepatkan dengan ketara akses kepada modal bagi membiayai urus niaga rentas sempadan.

Syarikat ini menyokong perdagangan antarabangsa dalam pelbagai industri, membantu menangani 'jurang pembiayaan perdagangan' bernilai $1.5 trilion yang dikenal pasti oleh International Chamber of Commerce sebagai keperluan penting yang tidak dipenuhi dalam pembiayaan perdagangan global.

Stenn telah berkembang dengan ketara sejak dilancarkan, kini berkedudukan sebagai pengusaha utama dalam pembiayaan perdagangan rentas sempadan. Pembiayaan oleh syarikat ini disediakan kepada pengeksport di 178 negara, membolehkan lebih banyak perniagaan untuk mengakses pembiayaan dan mempercepatkan kadar mereka menjalankan perniagaan.

Greg Karpovsky, Pengasas Stenn, mengulas: "Kami melihat rantaian bekalan berisiko mengalami gangguan lantaran pandemik coronavirus. Syarikat-syarikat terpaksa menghabiskan simpanan kecairan bagi melalui tempoh perintah berkurung dan kini memerlukan modal kerja bagi menghidupkan semula perniagaan mereka. Pembiayaan ini diberikan pada waktu yang penting untuk firma-firma yang disokong oleh kami dan penyertaan pelabur-pelabur berkualiti tinggi dalam peluasan program ini mengesahkan visi strategik kami untuk menyuntik kecairan ke dalam rantaian bekalan global. Bersama-sama program Pembiayaan Langsung Stenn kami yang diumumkan baru-baru ini, kami berkedudukan sangat baik untuk membantu pelanggan kami meningkatkan aliran perdagangan antarabangsa mereka dan mempercepatkan pemulihan global."

Chris Rigby, Ketua Kewangan & Pasaran Modal Global di Stenn, mengulas: "Kami berasa gembira kerana dapat menjamin peningkatan dan peluasan program pembiayaan AR teras Stenn ini. Meskipun tergendala baru-baru ini dalam pasaran modal global ekoran daripada pandemik Covid-19, Stenn telah terbukti mampu membangunkan seni bina pembiayaan yang inovatif dan boleh diskala selain menarik dan mengekalkan modal daripada kumpulan bank dan pelabur institusi yang bertaraf dunia."

Frédéric Bourgeois, Pengarah Urusan Coface UK dan Ireland, mengulas: "Coface berbesar hati untuk menyertai Stenn International dan pemberi dananya dalam fasa pembangunan mereka yang baharu ini, bilamana akses kepada pembiayaan perdagangan adalah kritikal untuk kebanyakan ekonomi di seluruh dunia. Keperluan yang semakin meningkat ini menonjolkan peluang-peluang pembiayaan yang kami gembira dapat menyokongnya."

Emmanuel Issanchou, Ketua Kredit Berstruktur & Penyelesaian Global di Natixis berkata: "Sebagai rakan kongsi lama Stenn sejak tahun 2018, Natixis berbangga dapat menyokong peluasan dan peningkatan program pembiayaan teras syarikat ini. Dalam keadaan ekonomi semasa yang lebih mencabar berbanding sebelum ini, penawaran oleh Stenn menyediakan pelanggannya dengan kelebihan jelas bagi memastikan mereka dapat mengakses dengan pantas pembiayaan yang diperlukan oleh mereka bagi menyokong urus niaga antarabangsa mereka."

Catatan untuk editor 

Latar Belakang Stenn International Ltd: 

Stenn International Ltd. ialah sebuah syarikat teknologi data dan kewangan yang berpangkalan di UK yang menyediakan perkhidmatan pembiayaan yang fleksibel kepada syarikat-syarikat yang terlibat dalam perdagangan rentas sempadan. Penyelesaian pembiayaan perdagangan Stenn boleh dilindungi dan diurus secara dalam talian, mempercepatkan akses kepada kecairan untuk pembekal eksport sekali gus membolehkan pembeli import membeli mengikut syarat-syarat akaun terbuka. Amalan yang inovatif ini membolehkan Stenn untuk membiayai sektor-sektor dan kawasan-kawasan geografi yang kini kurang mendapat perkhidmatan dalam perdagangan global.

Stenn beroperasi di seluruh dunia dengan pejabat-pejabat terletak di Buenos Aires, Los Angeles, New York, Miami, London, Amsterdam, Brussels, Dusseldorf, Berlin, Mumbai, Singapura, Hong Kong, Guangzhou, Hangzhou, Qingdao dan Shanghai. Ketahui lebih lanjut di stenn.com atau ikuti Stenn di Twitter, LinkedIn dan Facebook.

Source: Stenn International
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Accounting news, issues New products/services Financial Technology