omniture

Hublot Lancar BIG BANG e

Hublot
2020-06-06 01:51 280

NYON, Switzerland, 5 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Hublot mula melancarkan Big Bang pada tahun 2005. Sejak itu, model ini berperanan untuk menyerlahkan pembuatan jam tangan Swiss dalam alaf ketiga.

Pada tahun 2018, versi terhubung pertama Big Bang membuat penampilan sulungnya. Kini, Hublot memperkenalkan BIG BANG e.

Penjelmaan baharu etos Seni Gabungan (Art of Fusion) jenama ini: satu gabungan antara tradisi dan inovasi, bahan yang canggih dan teknologi digital terkini.

Bersempena dengan 2018 FIFA Football World Cup™ di Rusia, Hublot mempersembahkan model jam tangan terhubung pertama mereka, Big Bang Referee 2018 FIFA World Cup Russia™. Dilengkapi dengan pembangunan teknologi terkini yang kemudiannya disediakan untuk teknologi boleh pakai, instrumen yang hebat ini digunakan baik oleh pengadil di padang mahupun peminat bola sepak, sebagai stadium maya agar mereka dapat turut serta dalam perlawanan tersebut. Dua tahun kemudian, Hublot kembali dengan model baharu: BIG BANG e, jam tangan terhubung yang dilengkapi dengan teknologi terkini yang menerima pakai semua kod Big Bang yang ikonik.

Untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini, ikuti: @Hublot #Hublot #BigBangE #HublotLovesArt

"Jam tangan elektronik dicipta di Switzerland menggunakan kuarza pada tahun 1970-an. Lima puluh tahun kemudian, kami meneruskan gaya inovatif yang sama dengan menghasilkan jam tangan pintar kedua yang mempunyai tahap kecanggihan teknologi yang sangat tinggi, sekali gus menyerlahkan semua nilai estetika, ciri-ciri teknikal dan kecemerlangan yang telah menjamin reputasi koleksi Big Bang kami. Dengan pengekalan moto "Seni Gabungan", kami inginkan agar BIG BANG e menyatukan bahan-bahan teknikal yang amat canggih daripada Hublot dengan inovasi yang paling terkini dari dunia digital masa kini." - Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif HUBLOT

Padat dengan kecanggihan dan teknologi termaju, jam tangan ini amat sepadan dengan tradisi pembuatan jam tangan Hublot. Semua kod yang telah membantu membina reputasi jenama ini yang boleh dikenali serta merta, oleh peminat mahupun orang awam. Salasilah yang baik sentiasa terserlah! Bekas jamnya dipotong daripada bahan-bahan seperti seramik hitam atau titanium dalam binaan sisip, satu gaya inovatif yang dicipta oleh Hublot pada tahun 2005. Sangat rumit, ia terdiri daripada 42 komponen, 27 daripadanya adalah daripada Modul K sahaja, "sangkar" yang menempatkan jantung digital jam tangan ini. Reka bentuk skru dan penolak, kristal nilam kalis calar dan tali jam getahnya – dengan pengancing cangkuk yang dicipta oleh Hublot pada tahun 1980 untuk model Classic dan sistem One Click berpaten demi kesalingbolehtukaran mudah – tiada keraguan lagi: unsur demi unsur, jelas sekali inilah Big Bang yang sebenar!

BIG BANG e disediakan dengan bekas jam 42 mm, diperbuat daripada pilihan titanium atau seramik. Angka jam terlogam di bawah kristal nilam kalis calar, yang dilindungi dengan skrin sentuh berdefinisi tinggi AMOLED. Sama seperi versi mekanikal Big Bang, mahkota putarnya dengan penolak yang disepadukan digunakan untuk mengaktifkan kawalan modul elektroniknya. Dibangunkan dengan kerjasama bersama jenama-jenama lain dalam LVMH Group, jam tangan ini diadaptasi dan disempurnakan bagi memenuhi keperluan Hublot.

Memindahkan kepakaran tradisionalnya kepada persekitaran digital baharu ini, para pereka di Nyon telah membangunkan fungsi jam tangan baharu. Selain daripada fungsi analog "Time Only", BIG BANG e menampilkan interprestasi eksklusif komplikasi jam tangan tradisional. seperti Kalendar Berterusan dengan fasa bulan tepat yang sempurna atau zon waktu GMT kedua, yang menunjukkan bumi dengan cara yang amat realistik. Fungsi-fungsi ini telah dikaji semula dan dipertingkatkan bagi memanfaatkan kemungkinan yang ditawarkan oleh dunia digital. Meskipun terdapatnya teknologi terbina dalam ini, Hublot memberi jaminan bahawa jam tangan ini kalis air sehingga kedalaman 30 meter.

Dikuasakan dengan Wear OS by Google™, BIG BANG e memberikan penyesuaian kepada pengalaman jam tangan pintar. Pemakai boleh mengakses aplikasi pada Google Play, mendapat jawapan di mana-mana sahaja dengan Google Assistant dan membuat bayaran ringkas dengan pantas melalui Google Pay. Untuk pengalaman yang lebih peribadi, leretkan dengan mudah bagi mendapatkan maklumat bermanfaat dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini dengan pemberitahuan dan juga pesanan. Di samping itu, muka jam yang direka khas oleh duta-duta Hublot yang berbakat serta Rakan-rakan Jenama (Friends of the Brand) akan diperkenalkan secara berperingkat-peringkat.

Boleh didapati sebaik sahaja BIG BANG e dikeluarkan, edisi pertama merupakan sebahagian daripada gerakan #HublotLovesArt: satu siri dengan lapan muka jam yang berpunca daripada imaginasi artis penceritaan Marc Ferrero. Setiap tiga jam, muka jam ini bertukar warna dan ini bererti lapan hasil ciptaan dipaparkan mengikut urutan sepanjang tempoh 24 jam. Setiap satu daripada hasil ciptaan ini adalah berdasarkan warna tertentu: Happy Yellow, Magic Blue, Orange Dynamite, All White, Lucky Green, Magic Red, Rainbow Spirit dan Black Magic. Bukan itu sahaja. Setiap jam lengkap ditunjukkan menerusi penampilan animasi yang berlangsung selama lima saat. Cara yang benar-benar menunjukkan #HublotLovesArt dalam menambah sentuhan warna serta irama kepada detik-detik berbeza sepanjang hari!

BIG BANG e akan dikeluarkan dalam dua edisi berbeza: satu dalam titanium manakala satu lagi dalam seramik hitam. Buat julung kali dalam sejarah Hublot, jam tangan ini akan dijual secara dalam talian melalui laman sesawang jenama ini serta rangkaian Wechat di China. Ia kemudiannya boleh dibeli di butik-butik serta rangkaian tradisional.

Google, Google Play, Wear OS by Google, Google Pay dan tanda-tanda lain merupakan tanda dagangan Google LLC. 

generated by system

generated by system

 

BIG BANG e titanium (PRNewsfoto/Hublot)
BIG BANG e titanium (PRNewsfoto/Hublot)

BIG BANG e ceramic (PRNewsfoto/Hublot)
BIG BANG e ceramic (PRNewsfoto/Hublot)

Source: Hublot
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Fashion Household Products Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail New products/services