omniture

Huawei Menang Lapan Anugerah, Termasuk Lima Anugerah Utama, di Interop Tokyo 2020

Huawei
2020-06-06 05:16 517

TOKYO, 6 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Pandemik COVID-19 telah mencetuskan perubahan yang belum pernah terjadi sebelum ini terhadap pelbagai industri dan juga sektor. Namun begitu, nampaknya ia tidak dapat menghalang pembangunan pesat industri ICT. Jawatankuasa Penganjur Interop Tokyo 2020 — pameran ICT yang terbesar di Jepun — telah mengumumkan pemenang-pemenang Anugerah Persembahan Terbaik (Best of Show Awards). Produk dan penyelesaian inovatif daripada Huawei telah memenangi lapan anugerah, lantas menunjukkan kelebihan teknikal unik mereka.

Huawei Menang Lapan Anugerah, Termasuk Lima Anugerah Utama, di Interop Tokyo 2020
Huawei Menang Lapan Anugerah, Termasuk Lima Anugerah Utama, di Interop Tokyo 2020

Huawei menerima anugerah-anugerah yang berikut:

Hadiah Utama bagi Infrastruktur Rangkaian: OptiXtrans OSN 9800 M12, produk penghantaran jalur-C super yang pertama dalam industri.

Hadiah Utama bagi Infrastruktur Awan: Suis pusat data CloudEngine 16800, kad talian 400 GE berketumpatan tertinggi dalam industri untuk pusat data dalam era AI.

Hadiah Utama bagi Pelayan dan Storan: Storan kilat-penuh generasi seterusnya daripada Huawei OceanStor Dorado 8000/18000 V6, berorientasikan kepada senario pengeluaran dan transaksi teras serta terus menetapkan penanda aras bagi prestasi, keandalan dan kecerdasan.

Hadiah Utama bagi IoT: Get laluan pengkomputeran pinggir Huawei AR502H.

Hadiah Utama bagi Kemudahan: Penyelesaian kemudahan pengkomputeran pinggir eMIMO.

Dalam kategori AI, kluster AI Atlas 900 yang utama dalam industri merupakan satu-satunya produk yang memenangi anugerah.

Hadiah Khas bagi IT Perusahaan: Huawei 5G AR NetEngine AR6000.

Hadiah Khas bagi Infrastruktur Rangkaian: Huawei OptiXtrans DC908, produk Saling Sambung Pusat Data (DCI) pintar dengan kapasiti gentian tunggal 88 Tbit/s dan O&M didayakan AI.

Anugerah-anugerah Huawei di Interop Tokyo pada tahun 2020 serta pada tahun-tahun sebelumnya, merupakan pengiktirafan industri hasil penekanan oleh Huawei terhadap inovasi dan kualiti serta merupakan cerminan pelaburan strategik jangka panjangnya dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pengiktirafan ini — baik daripada rakan setara mahupun pelanggan — kekal menjadi daya penggerak di sebalik usaha berterusan Huawei. Huawei komited untuk melabur dalam R&D bagi jangka masa lebih panjang, demi menyediakan pelanggan dengan produk serta penyelesaian ICT yang lebih kompetitif, inovatif dan unik melalui inovasi teknologi teras.

Terjejas oleh pandemik, Interop Tokyo 2020 membatalkan demonstrasi di lapangan. Sebaliknya, demonstrasi secara dalam talian dan aktiviti pemilihan anugerah ICT diadakan mulai 13 April hingga 30 Jun. Persidangan ini memaparkan inovasi teknologi dan amalan yang paling canggih dalam industri ini. Menghimpunkan penyelesaian yang terkemuka dalam pelbagai bidang, termasuk AI, IoT, pengkomputeran pinggir dan Internet perindustrian, Interop Tokyo telah membantu menyuntik semangat dan keyakinan baharu ke dalam industri dan sememangnya, kepada dunia yang lebih luas.

Mendemonstrasikan kerjasamanya yang bersifat "terbuka, kolaboratif dan saling menguntungkan" bersama rakan-rakan kongsi, Huawei mempamerkan ekosistem pintar digital yang serba baharu serta bentuk aplikasi yang berkaitan, termasuk 14 produk dan penyelesaian. Tawaran yang terkini ini memperlihatkan dengan mahir keupayaan Huawei untuk menggalakkan secara komprehensif pembangunan digital dan pintar yang pesat dalam bidang ICT. Menerusi pelaburan yang berterusan dalam teknologi serta ekosistem ICT baharu dan pengumpulan pengalaman perkhidmatan global yang berterusan, Huawei mendapat kepercayaan daripada semakin banyak perusahaan yang utama dalam industri ini. Sehingga kini, lebih 700 bandar dan 228 syarikat Fortune Global 500 — termasuk 58 syarikat dalam senarai 100 teratas — memilih Huawei sebagai rakan kongsi transformasi digital mereka.

-Tamat-

Latar Belakang Interop Tokyo 

Interop Tokyo ialah salah satu acara pengkomputeran rangkaian yang paling terkenal dalam industri ini dan merupakan pameran ICT yang terbesar serta paling berpengaruh di Jepun. Anugerah Persembahan Terbaik (Best of Show Award) ialah hadiah ikonik daripada Interop. Setiap tahun, beratus-ratus penyelesaian dikaji semula oleh panel hakim yang terdiri daripada pakar-pakar industri yang terkemuka serta profesor-profesor universiti. Mereka memilih produk dan penyelesaian yang paling inovatif dengan teknologi yang paling canggih serta nilai komersial tertinggi.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200605/2822473-1-a?lang=0

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Awards New products/services Trade show news