STOCKHOLM, 9 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Laporan baharu daripada TCO Development, organisasi di sebalik pensijilan kemampanan global untuk produk-produk IT TCO Certified, menjelaskan bagaimana setiap orang yang membeli dan menggunakan produk-produk IT boleh melaksanakan amalan pusingan dan lebih mampan.
"Penyelesaian pusingan telahpun tersedia. Kini kita perlu menggunakannya," kata Clare Hobby, Pengarah Penglibatan Pembeli Global di TCO Development.
Laporan berkenaan, Impacts and Insights: Circular IT Management in Practice (Impak dan Pandangan: Pengurusan IT Pusingan dalam Amalan), menyatakan bagaimana ekonomi pusingan dapat membantu menyelesaikan banyak cabaran kemampanan yang paling mendesak yang dikaitkan dengan produk-produk IT. Penggunaan linear hari ini menyebabkan berlakunya emisi karbon dioksida yang banyak. Sumber semula jadi telah habis digunakan dengan kadar yang pantas dan sejumlah besar e-sisa yang berbahaya bertimbun, dengan lebih daripada 50 juta tan metrik dibuang setiap tahun, yang mana hanya 20% diurus dengan cara yang bertanggungjawab. Ekonomi pusingan dapat membantu kita mengurangkan tekanan yang kita berikan terhadap planet ini.
Sebagai pelopor bagi perolehan pusingan, kawasan perbandaran Aalborg telah melihat kesan-kesan apabila bertindak dengan ekonomi pusingan yang lebih besar.
"Jumlah gas CO2 yang dapat kita jimatkan dengan menggunakan produk IT dalam tempoh lebih lama mengejutkan saya. Menggunakan komputer riba selama tiga tahun lagi akan dapat menjimatkan emisi yang bersamaan dengan pemanasan dan pemberian kuasa kepada semua bangunan perbandaran selama setahun," kata Birgitte Krebs Schleemann, pengurus projek untuk perolehan kemampanan di kawasan perbandaran Aalborg.
Peralihan pusingan merupakan satu anjakan paradigma yang akan memerlukan perubahan yang besar mahupun kecil. Dalam laporan ini, pakar-pakar di barisan hadapan ekonomi pusingan dan IT berkongsi 33 panduan konkrit.
"Kami ingin melakukan lebih daripada sekadar teori — laporan ini menyediakan bantuan praktikal buat mereka yang ingin mengambil langkah yang seterusnya," kata Clare Hobby.
Beberapa panduan:
Latar Belakang TCO Certified
TCO Certified ialah pensijilan kemampanan yang terkemuka di dunia untuk produk-produk IT. Kriteria komprehensif kami diwujudkan untuk mendorong tanggungjawab sosial dan alam sekitar dalam seluruh kitaran hayat produk. Meliputi 11 kategori produk, pematuhan ditentusahkan secara bebas, baik sebelum pensijilan mahupun selepas pensijilan.
Hubungi
Cassandra Julin
+46(0)702866861
press@tcodevelopment.com
Bilik berita