omniture

Air China Tambah Penerbangan Beijing - Stockholm kepada Penerbangan Harian

Air China
2013-03-31 01:13 259

BEIJING, 31 Mac 2013 /PRNewswire/ -- Air China akan menambah penerbangan BeijingStockholm CA911/2 daripada 5 kali seminggu kepada penerbangan harian mulai 1 Jun ini, dan beroperasi dengan menggunakan pesawat A330-300.  Penerbangan keluar berlepas pada 13:50 waktu Beijing dan penerbangan masuk pada 19:10 waktu tempatan.

(LOGO: http://photos.prnewswire.com/prnh/20080625/CNW017LOGO)

Dengan ruang dalaman kabin yang optima, A330-300 memberikan ruang yang lebih selesa kepada penumpang.  Kelas Perniagaan dilengkapi dengan tempat duduk boleh baring rata yang boleh disesuaikan.  Penumpang Kelas Ekonomi Premium akan mendapat ruang tempat kaki yang 120% lebih luas berbanding Kelas Ekonomi Biasa.  Semua Kelas menyediakan perkhidmatan AVOD peribadi yang menghiburkan penumpang di sepanjang tempoh penerbangan.

Mengenai Air China

Air China merupakan satu-satunya pengendali penerbangan kebangsaan Cina dan merupakan ahli Star Alliance. Selain operasi komersil, ia juga menyediakan khidmat penerbangan khas kepada pemimpin negara itu untuk lawatan rasmi ke negara lain.

Dengan rangkaian 432 pesawat Airbus dan Boeing, termasuk yang dikendalikan oleh syarikat di mana kami mempunyai hak pemilikan majoriti, kami mengendalikan lebih 280 laluan di 30 negara dan rantau. Hasil penyertaan kami ke dalam Star Alliance, rangkaian perjalanan kami dapat menempatkan 1356 destinasi di 193 negara dalam jangkauan perkhidmatan kami. PhoenixMiles, program kesetiaan pelanggan kami, kini mempunyai lebih 25 juta ahli.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web kami www.airchina.com.

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Transportation Travel New products/services