Projek-projek dibawakan dalam cabaran inovasi global yang diberikan oleh jenama kosmetik bagi memerangi penghasilan dan pencemaran sisa plastik. Tiga penyelesaian telahpun diuji oleh syarikat
SÃO PAULO, 10 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Pada tahun 2019, Natura melancarkan Natura Innovation Challenge - Zero Waste Packaging (Cabaran Inovasi Natura - Pembungkusan Sisa Sifar). Inisiatif ini bertujuan untuk mencari penyelesaian global yang inovatif bagi memerangi penghasilan dan pencemaran sisa plastik. Kini, syarikat ini membolehkan beberapa projek yang dicadangkan semasa cabaran ini tersebut tersedia dalam pasaran melalui laman sesawang https://innovationchallenge.natura/
Penyelesaian yang dikongsi pada platform ini termasuk penyelesaian daripada pembekal pembungkusan terbiodegradasi dan penyelesaian logistik baharu untuk pelupusan sisa kitar semula dengan kerjasama syarikat teknologi kewangan dan koperasi.
Dipromosikan dengan kerjasama program-program Natura Campus dan Natura Startups, Natura Innovation Challenge menarik minat kumpulan usahawan berbeza termasuk syarikat baharu, penyelidik, universiti dan syarikat dari 35 negara. Cabaran ini menganalisis lebih daripada 570 penyelesaian yang menawarkan potensi untuk menilai semula model pembungkusan, logistik dan perniagaan dengan tujuan untuk menghapuskan sisa. Jangkauan globalnya menjadikan panggilan untuk cadangan inovasi terbuka Natura yang terbesar seumpamanya. Tiga projek telahpun dipilih dan kini berada dalam fasa ujian syarikat.
"Natura telah mengusahakan inovasi terbuka selama lebih 20 tahun, berdasarkan pemahaman bahawa ia penting untuk perniagaan kami. Walau bagaimanapun, kami menerima pakai pendekatan yang amat berhati-hati terhadap usaha ini: bagi kami, ia hanyalah suatu inovasi sekiranya ia mencetuskan kesan yang positif. Melalui Natura Campus dan Natura Startups kami akan terus menggalakkan inovasi dengan jaringan kami dalam usaha untuk mencari penyelesaian bagi cabaran-cabaran utama dalam kemampanan serta perniagaan," kata Roseli Mello, Ketua Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Global di Natura &Co. "Penting untuk berkongsi penyelesaian bagi meningkatkan keterlihatan cadangan yang diterima kerana ia berpotensi besar untuk memberi kesan kepada rantaian dengan positif, serta perniagaan syarikat-syarikat lain dan industri-industri lain," jelas eksekutif berkenaan.
Latar Belakang Natura
Ditubuhkan pada tahun 1969, Natura ialah sebuah syarikat multinasional Brazil dalam segmen kosmetik dan penjagaan peribadi. Sebagai peneraju pasaran bagi jualan langsung di Brazil, dengan lebih 1.8 juta Perunding Kecantikan, Natura merupakan sebahagian daripada kumpulan Natura &Co, satu jenama korporat yang menggabungkan antara Natura, Avon, Aesop dan The Body Shop. Natura merupakan syarikat dagangan awam yang pertama di dunia yang menerima sijil B Corp pada Disember 2014, yang menonjolkan prestasi sosial, alam sekitar serta ekonominya yang telus dan mampan.