omniture

Planet Umum Imejan SkySat 50cm, Papan Pemuka Tugasan dan Sehingga 12x Kunjungan Semula

Planet
2020-06-10 21:50 2600

SAN FRANCISCO, 10 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Planet, pengendali bagi kumpulan satelit komersial yang terbesar dalam sejarah, hari ini mengumumkan tiga keluaran produk baharu sebagai sebahagian daripada penawaran tugasan keseluruhan mereka. Apabila digabungkan, keluaran ini bukan sahaja meningkatkan imejan teras untuk analisis, tetapi turut mengurangkan geseran bagi memperoleh data berkenaan.

Imejan 50 cam resolusi lebih tinggi. Hanya dalam enam bulan, Planet berjaya menurunkan gugusan SkySat mereka bagi meningkatkan resolusi ruang imejan SkySat mereka daripada 80 cm kepada 50 cm untuk produk orto kami. Penambahbaikan ini membolehkan pelanggan untuk mendapat pandangan yang lebih tepat berhubung keadaan yang berubah-ubah di daratan dan menambah konteks yang lebih terperinci untuk membuat keputusan. Hal ini penting khususnya untuk keadaan penggunaan pemetaan komersial dan kerajaan, yang mana keperluan melihat ciri-ciri yang lebih kecil seperti tanda permukaan jalan raya menjadi kuncinya.

Papan Pemuka Tugasan. Planet ingin mendemokrasikan akses kepada aset mereka dan mengambil kira pendapat semua pengguna mereka mengenai keinginan untuk mempunyai aliran kerja yang lebih ringkas dan lebih pantas. Saluran pengimejan dan infrastruktur penyampaian Planet telah dibina dalam infrastruktur awan dan kedua-dua Papan Pemuka Tugasan serta API merupakan hasil terkini daripada asas berkenaan. Papan Pemuka Tugasan merupakan antara muka pengguna baharu yang membolehkan pelanggan untuk meminta koleksi SkySat, manakala API baharu kami menyediakan akses yang cekap dan automatik. Daripada menghabiskan masa yang berharga berulang alik dengan wakil manusia, dengan Papan Pemuka Tugasan serta API, pelanggan mempunyai autonomi untuk menghantar, mengubah suai dan membatalkan permintaan imejan SkySat. Ini memberi keterlihatan terhadap pengalaman hujung-ke-hujung, bermula daripada pesanan kepada pencapaian, agar jangkaan dapat dikendalikan bersama penganalisis dan pasukan.

Kunjungan Semula Pantas: Sehingga 12x keupayaan kunjungan semula. Sementara Planet menerajui pasaran dengan kunjungan semula sub-harian yang dijamin, pelancaran enam SkySats baharu pada masa akan datang akan membolehkan Planet untuk menghasilkan imej kepada lokasi tertentu sehingga 12 kali sehari dan purata global 7 kali sehari. Keupayaan yang belum pernah terjadi sebelum ini akan menyediakan respons yang lebih pantas kepada peristiwa global dan membolehkan pengimejan dibuat pada waktu-waktu yang sebelum ini tidak dapat dilihat oleh satelit.

Planet terus mengaplikasikan pendekatan aeroangkasa yang tangkas kepada penawaran SkySat mereka bagi menyokong kumpulan pelanggan mereka yang semakin berkembang, bermula daripada kerajaan persekutuan dan awam, perhutanan komersial, tenaga dan banyak lagi. Kemajuan produk ini merupakan komponen penting dalam misi keseluruhan kami untuk mendemokrasikan akses kepada imejan satelit, lalu menyediakan kecerdasan yang kritikal kepada pelanggan dan organisasi apabila mereka amat memerlukannya.

Terokai lebih lagi mengenai penawaran SkySat baharu Planet dan berhubung dengan pasukan di sini.

Latar Belakang Planet:
Planet ialah penyedia yang terkemuka bagi data dan pemahaman imejan satelit global hampir setiap hari. Planet dipacu oleh misi untuk menghasilkan imej semua jisim Bumi setiap hari dan menjadikan perubahan global boleh dilihat, boleh diakses dan boleh diambil tindakan. Ditubuhkan pada tahun 2010 oleh tiga saintis NASA, Planet mereka bentuk, membina dan mengendalikan kumpulan satelit pemerhatian bumi yang terbesar dan menyediakan perisian, alatan dan analitik dalam talian yang diperlukan untuk menyampaikan data kepada pengguna. Untuk mengetahui lebih lanjut kunjungi www.planet.com dan ikuti kami di Twitter melalui @planetlabs.

HUBUNGI: Planet, press@planet.com, 904-228-1801

Source: Planet
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Computer Software Computer/Electronics New products/services Data Analytics