omniture

QS World University Rankings 2021

QS Quacquarelli Symonds
2020-06-10 23:42 472

Asia semakin mendaki kedudukan, Amerika semakin merosot  

LONDON, 10 Jun 2020 /PRNewswire/ -- QS Quacquarelli Symonds, penganalisis pengajian tinggi global, mengeluarkan edisi ketujuh belas QS World University Rankings - sumber maklumat perbandingan yang paling banyak dirujuk, paling banyak disebut di dunia mengenai prestasi universiti.[1] 26 universiti Asia tersenarai antara 100 kedudukan teratas global, iaitu jumlah yang tertinggi seumpamanya.

 

 

  • Massachusetts Institute of Technology dinamakan sebagai universiti terbaik dunia bagi tahun kesembilan berturut-turut yang memecah rekod;
  • Tiga universiti teratas kekal dengan universiti Amerika: MIT diikuti dengan Stanford University (ke-2) dan Harvard University (ke-3);
  • Institusi terkemuka Britain ialah University of Oxford, yang jatuh ke tempat kelima. Pesaing senegaranya, University of Cambridge, kekal di tempat ke-7;
  • 112 daripada 153 universiti Amerika yang tersenarai jatuh kedudukannya, dengan hanya 34 universiti mencatatkan peningkatan. Hal ini sebahagian besarnya ekoran penurunan relatif kolektif pengukuran QS terhadap kedudukan akademik dan kesan penyelidikan;
  • Universiti terbaik Benua Eropah ialah ETH Zurich (tiada perubahan iaitu tempat ke-6);
  • Universiti terkemuka Asia ialah National University of Singapore (ke-11); 
  • Tsinghua University China mencapai kedudukan paling tinggi yang baharu (ke-15);
  • Peneraju bagi Amerika Latin ialah Universidad de Buenos Aires (ke-66, naik 8 kedudukan). Universidad Nacional Autónoma de México (ke-100) menjadi universiti Mexico pertama seumpamanya yang mencapai kedudukan 100 teratas;
  • Universiti-universiti di Rusia dan Malaysia terus meningkat kedudukannya: Lomonosov Moscow State University (ke-74) dan Universiti Malaya (ke-59) mencapai kedudukan tertinggi yang mencatat rekod.

Ben Sowter, Pengarah Penyelidikan QS, berkata: "Hegemoni pengajian tinggi Amerika terus berkurangan dalam menghadapi daya saing yang semakin meningkat dari seluruh dunia: daya saing yang didorong oleh pendanaan strategik, usaha pengantarabangsaan dan hubungan yang kukuh antara pendidikan dan industri."

QS World University Rankings 2021: 20 Teratas Global

2021

2020



1

1

Massachusetts Institute of Technology

AS

2

2

Stanford University

AS

3

3

Harvard University

AS

4

5

California Institute of Technology

AS

5

4

University of Oxford

UK

6

6

ETH Zurich

Switzerland

7

7

University of Cambridge

UK

8

9

Imperial College London

UK

9

10

University of Chicago

AS

10

8

University College London

UK

11

 11=

National University of Singapore

Singapura

12

13

Princeton University

AS

13

 11=

Nanyang Technological University (NTU)

Singapura

14

 18=

Ecole Polytechnique Fédérale de Lausanne (EPFL)

Switzerland

15

16

Tsinghua University

China (Tanah Besar)

16

15

University of Pennsylvania

AS

17

17

Yale University

AS

18

14

Cornell University

AS

19

 18=

Columbia University

AS

20

20

University of Edinburgh

UK

© QS Quacquarelli Symonds   www.TopUniversities.com 

Butiran metodologi boleh ditemui di sini. Untuk melihat senarai kedudukan penuh: www.TopUniversities.com

[1] 'Paling banyak dirujuk berdasarkan data daripada platform pemantauan bebas, termasuk Google Analytics, SimilarWeb, Meltwater dan Alexa.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1099097/QS_Quacquarelli_Symonds_Logo.jpg

 

 

Source: QS Quacquarelli Symonds
Related Links:
Keywords: Education Survey, Polls & Research