omniture

Kajian Rapyd Kenal Pasti Pemenang Pembayaran Digital Semakin Meningkat Naik di Seluruh Asia Pasifik

Rapyd
2020-06-13 02:47 732

Kajian eDagang dan Pembayaran Asia Pasifik 2020 Rapyd dijalankan pada Mac dan April merentas tujuh negara di APAC mendedahkan kaedah bayaran yang paling kerap digunakan dan disukai oleh 3,500 pengguna

SINGAPURA, 11 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Rapyd, sebuah syarikat Teknologi Kewangan (Fintech) sebagai satu Perkhidmatan bertaraf global, telah mengeluarkan 2020 Asia Pacific eCommerce and Payment Study (Kajian eDagang dan Pembayaran Asia Pasifik 2020). Kajian ini menganalisis tabiat kewangan, kaedah bayaran, pertimbangan dan pilihan pengguna di tujuh negara Asia Pasifik, membongkar bagaimana jangkaan dan tingkah laku pembelian pengguna berkembang dalam dunia yang semakin berciri digital.

Kajian ini, dijalankan pada Mac dan April 2020, menyoal selidik 3,500 pengguna dalam talian – 500 responden setiap negara di India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Singapura, Taiwan dan Thailand. Keputusannya mengetengahkan peningkatan pantas teknologi pembayaran baharu yang muncul sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan mencapai penerimaan dan populariti yang pantas dengan menawarkan pengalaman pembayaran yang mudah, beradaptasi kepada konteks tempatan dan menyediakan akses kepada pembayaran digital untuk masyarakat yang kurang mendapat perkhidmatan bank secara tradisinya.

Kajian ini membantu perniagaan memperoleh pemahaman mengenai tabiat membeli pengguna dan kepelbagaian pembayaran di Asia, membantu perniagaan eDagang dan mDagang meningkatkan audiens boleh alamat mereka dan memasukkan segmen-segmen pelanggan baharu ke dalam ekonomi Internet dengan menerima pakai pilihan pembayaran digital yang paling relevan, memandangkan pembeli semakin memilih tanpa tunai semasa krisis kesihatan masa kini.

E-dagang dan mudah alih-dagang dalam tujuh negara bernilai kira-kira $355 bilion, sebagaimana yang ditunjukkan dalam kajian ini. Ekonomi internet Asia Tenggara mencecah $100 bilion pada tahun 2019 dan dijangka berkembang kepada $300 bilion menjelang tahun 2025.

Joel Yarbrough, Naib Presiden untuk Asia Pasifik, Rapyd berkata: "Sejak bermulanya pandemik global ini, peralihan ke arah digital bukan lagi satu pilihan. eDagang kini merupakan garis dasar baharu. Di seluruh Asia, kami dapat melihat pertumbuhan yang sangat tinggi dalam kaedah pembayaran digital, dengan pola tempatan dan pemenang tempatan di setiap negara. Menerusi laporan ini, Rapyd dapat menyediakan perniagaan dengan pandangan pasaran tempatan mengenai tingkah laku pembayaran, jenama-jenama pilihan serta teknologi-teknologi yang amat penting dalam mencipta pengalaman semak keluar yang relevan buat pengguna hari ini."

Cabaran untuk Pedagang Kad-Sahaja

Meskipun kad dan dompet mudah alih yang dikuasakan oleh kad dominan di Jepun (61%) dan Taiwan (51%), dalam seluruh pasaran, terdapat penggunaan eDompet dan pindahan bank yang dramatik sebagai kaedah pilihan untuk membuat bayaran.

Apabila dilihat bersama-sama, eDompet dan pindahan bank menunjukkan gelombang pembayaran baru muncul - khususnya di mana ia ditingkatkan oleh sistem Pembayaran Masa Sebenar (RTP) saling beroperasi seperti India dengan UPI (64%) dan Thailand dengan PromptPay (62%). Walaupun dalam pasaran-pasaran yang memilih kad seperti Singapura, kedua-dua eDompet dan pindahan bank, termasuk PayNow, menjadi pilihan oleh 42% responden, melambung hingga 78% di Indonesia.

Rapyd 2020 Asia Pacific eCommerce and Payment Study: Payment Preference by Country
Rapyd 2020 Asia Pacific eCommerce and Payment Study: Payment Preference by Country

Dapatan penting untuk setiap negara termasuk:

Singapura

  • Pembayaran bank masa sebenar semakin meningkat: Pindahan bank PayNow dan FAST menjadi semakin penting memandangkan kebimbangan mengenai coronavirus bergabung dengan pelaburan kerajaan selama beberapa tahun.
  • PayNow berada di tempat #2 antara kaedah bayaran utama dengan 70% responden menggunakannya bulan lalu.
  • GrabPay ialah kaedah bayaran ketiga paling popular selepas Kad Kredit dan PayNow.

Indonesia

  • OVO Wallet ialah kaedah bayaran #1 yang paling kerap digunakan dengan 69% responden mengakui telah menggunakannya pada bulan lalu dan merupakan kaedah yang paling digemari di negara ini dengan 17.8% responden memilihnya antara semua jenama pembayaran.
  • Pengguna Indonesia lebih memilih edompet berbanding kad dan tunai dengan 33.8% memilih satu daripada tiga eDompet (OVO, Go-Pay atau Dana) sebagai kaedah pilihan mereka untuk membuat bayaran.
  • Pindahan bank masa sebenar termasuk akaun maya dan ubah hala bank terdahulu lebih disukai 44% daripada waktu berada di kepulauan tersebut.

Malaysia

  • Pindahan bank oleh Maybank2U, dimiliki oleh Maybank, bank yang terbesar di negara ini, merupakan kaedah bayaran dalam talian yang paling popular berdasarkan penggunaan (65%) dan pilihan (21.4%).
  • eDompet termasuk Touch N Go, Boost, PayPal dan GrabPay kesemuanya semakin penting dengan 22% responden memilihnya sebagai kaedah bayaran pilihan mereka.
  • Tunai semasa Hantar kekal relevan dengan 65% pengguna mengakui telah melakukannya pada bulan lalu, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

India

  • 85% responden India menggunakan Paytm pada bulan lalu.
  • Dengan pertumbuhan skim pembayaran UPI India, eDompet (termasuk Paytm, Google Pay, Amazon Pay) disukai oleh 51.2% pengguna manakala pindahan bank oleh 11.9% pengguna.
  • Kad debit dan kredit bersama-sama didahului oleh 28% responden.
  • 49% responden membuat pembelian dalam talian setiap hari (tertinggi antara semua negara yang disoal selidik).

Jepun

  • Kebanyakan pengguna masih memilih kad kredit dan tunai di kaunter.
  • Antara kaedah-kaedah bayaran mudah alih, PayPay eWallet menjadi semakin popular dengan 41% pengguna mengakui telah menggunakannya pada bulan lalu manakala 9.6% memilihnya berbanding semua kaedah bayaran yang lain. 

Taiwan

  • Kad kredit terus menjadi kaedah bayaran utama di Taiwan baik dari segi penggunaan mahupun pilihan.
  • Pengguna dilihat menggunakan pelbagai jenis bayaran bergantung pada keadaan penggunaan, dengan pilihan keutamaan dibahagi hampir sama rata antara kad kredit, bayar-semasa-ambil di kedai serbaneka, pindahan bank, Easycard tempatan dan eDompet.

Thailand

  • TrueMoney eWallet ialah kaedah bayaran utama dengan 66% responden menggunakannya dengan kerap manakala 16.8% memilihnya berbanding mana-mana kaedah bayaran yang lain.
  • eDompet dan pindahan bank bersama-sama membentuk kaedah bayaran yang paling popular yang dipilih oleh 62.2% pengguna - trend yang dipercepatkan oleh skim pembayaran PromptPay saling beroperasi
  • Tunai masih menjadi pilihan di Thailand yang amat berciri digital oleh 19.4% responden. 

Pengguna di rantau ini dan keadaan semasa terus mendorong perniagaan ke arah pendigitalisan dan tatkala penerimaan digital dipercepatkan, penting untuk perniagaan melabur dalam teknologi yang tepat bagi membina kehadiran dalam talian yang kukuh yang menyokong trend perdagangan mudah alih dan sosial yang dapat menampung keperluan setiap pasaran. Penyetempatan ini merupakan kunci untuk mengekalkan perniagaan pada waktu krisis COVID-19 ini dan demi pemulihan yang lebih pantas serta pertumbuhan jangka panjang yang selanjutnya.

Akses kepada kajian eDagang dan Pembayaran 2020 Asia Pasifik Rapyd di sini.

Latar Belakang Rapyd

Rapyd berusaha untuk teknologi kewangan sebagaimana yang dapat dilakukan oleh awan untuk IT. Ia telah membina rangkaian pembayaran tempatan yang terbesar di dunia untuk memberi kuasa kepada perdagangan global yang lancar. Syarikat-syarikat edagang inovatif, firma-firma teknologi dan pasaran-pasaran menggunakan platform Teknologi Kewangan sebagai satu Perkhidmatan mereka: Kumpul, Lunas, Dompet dan Pengeluaran untuk mengintegrasikan keupayaan pembayaran dengan lancar ke dalam aplikasi mereka. Rangkaian Pembayaran Global Rapyd meliputi lebih 900 kaedah bayaran pilihan tempatan, termasuk pindahan bank, e-dompet dan tunai di lebih 100 negara. Kini, perniagaan boleh membuka pasaran baharu, mencipta aplikasi teknologi kewangan baharu dan mendekati empat bilion pengguna di seluruh dunia tanpa perlu memikirkan tentang infrastruktur atau peraturan. Pelabur-pelabur terdiri daripada Stripe, General Catalyst, Oak FT, Tiger Global, Durable Capital, Target Global dan TaL Capital. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.rapyd.net, baca blog kami atau ikuti kami di LinkedIn dan Twitter.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1178808/Rapyd_Payment_Study_Chart.jpg

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1159741/Rapyd_Logo.jpg  

Source: Rapyd
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Retail Survey, Polls & Research