Laporan pertama seumpamanya takrifkan ciri-ciri unik yang dimiliki oleh pemimpin perniagaan yang mampan dan menggesa pemikiran semula yang radikal bagaimana pemimpin peringkat-C dan pemimpin lembaga dipilih
NEW YORK, 15 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini United Nations Global Compact melancarkan laporan "Leadership for the Decade of Action" ("Kepimpinan untuk Dekad Tindakan") dengan kerjasama Russell Reynolds Associates, sebuah firma khidmat nasihat dan pencarian kepimpinan yang terkemuka.
Laporan ini bertujuan untuk mengetahui apa yang dapat dipelajari daripada pemimpin perniagaan yang mengintegrasikan kemampanan dalam strategi, operasi dan penglibatan pemegang kepentingan dan apa ertinya hal ini dari segi bagaimana pemimpin lembaga dan pemimpin peringkat-C dipilih. Ia mendedahkan satu keperluan segera untuk pemimpin perniagaan yang membawa transformasi yang melihat melangkaui keuntungan jangka pendek untuk menjadikan kepimpinan dan ketahanan jangka panjang dunia kita sebagai satu keutamaan perniagaan yang utama—di dalam dan melangkaui firma serta ekosistem mereka yang lebih luas.
Laporan ini akan dibentangkan oleh Lise Kingo, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif, United Nations Global Compact dan Clarke Murphy, Ketua Pegawai Eksekutif, Russell Reynolds Associates, di Sidang Kemuncak Pemimpin-pemimpin Ulang Tahun ke-20 UN Global Compact pada 15 Jun ini. Pembentangan mereka akan disusuli dengan satu perbincangan panel bersama Jim Hagemann Snabe, Pengerusi, Maersk dan Siemens serta Ilian Mihov, Dekan, INSEAD. Butiran lanjut boleh ditemui di sini.
Dunia tidak berada di atas landasan untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan menjelang tahun 2030 dan pandemik COVID-19 mendedahkan lagi kelemahan asas dalam sistem global kita. Kini, terdapat peluang yang signifikan untuk pemimpin lembaga dan pemimpin peringkat-C meletakkan kemampanan sebagai tumpuan dalam tujuan dan strategi korporat. Walau bagaimanapun, analisis yang dijalankan oleh Russell Reynolds Associates mendedahkan bahawa pengalaman atau penetapan pemikiran kemampanan merupakan satu keperluan dalam hanya 4 peratus daripada pelantikan bukan eksekutif dan eksekutif kanan pada masa kini.
Lise Kingo, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif UN Global Compact, berkata: "Usaha mentransformasikan dunia kita adalah segala-galanya mengenai kepimpinan. Tatkala kami berusaha untuk pulih dengan lebih baik daripada COVID-19, sifat rapuh kemajuan kami untuk memenuhi tarikh akhir tahun 2030 untuk mentransformasikan dunia kita bererti penggabungan kemampanan dalam strategi dan operasi perniagaan bukan sahaja merupakan satu perkara yang patut dilaksanakan, ia merupakan hal yang bijak untuk dilakukan. Ketua Pegawai Eksekutif dan ahli lembaga yang bijak tahu bahawa untuk berjaya anda perlu memiliki ciri mampan. Kami memerlukan pemimpin di merata tempat untuk meningkatkan cita-cita mereka dan menjadi ejen perubahan yang mampan. Inilah masanya bahagian pengurusan utama dan lembaga untuk memastikan agar kecekapan yang kritikal ini diwakili dan dibangunkan dalam organisasi."
Clarke Murphy, Ketua Pegawai Eksekutif Russell Reynolds Associates, berkata: "Kepimpinan yang mampan bukanlah sesuatu yang 'senang untuk dimiliki'. Ia merupakan satu kemestian perniagaan yang kritikal, semakin diiktiraf oleh semua pihak berkepentingan di seluruh dunia, termasuk pemegang saham, pengguna, pekerja, kerajaan dan komuniti. Memandangkan krisis COVID-19 telahpun diketahui umum, dunia perniagaan mempunyai peranan kritikal untuk dimainkan bagi menangani cabaran berterusan dalam masyarakat dan ekonomi kita. Kami menyeru kumpulan pemimpin perniagaan yang baharu—seseorang yang dapat mendorong pertumbuhan dalam tempoh jangka panjang dengan mengintegrasikan kemampanan ke dalam strategi perniagaan. Russell Reynolds Associates akan bekerjasama dengan organisasi-organisasi untuk menjadikan kemampanan sebahagian daripada ciri utama dalam pasukan kepimpinan mereka."
Bagi mengenal pasti bagaimana organisasi-organisasi dapat menjadikan kemampanan sebagai tumpuan dalam budaya organisasi serta kepimpinan mereka, Russell Reynolds Associates dan UN Global Compact menjalankan wawancara yang mendalam serta analisis latar belakang terhadap sebuah kumpulan yang terdiri daripada hampir 60 perintis kemampanan—Ketua Pegawai Eksekutif dan ahli lembaga dari seluruh benua dan industri dengan rekod prestasi terbukti dalam memberi tumpuan dan melakar kemajuan ke arah mencapai matlamat kemampanan selari dengan hasil komersial.
Analisis ini menakrifkan ciri-ciri, tindakan-tindakan dan sifat-sifat kepimpinan berbeza yang mendorong kejayaan pemimpin yang mampan. Mereka menggabungkan penetapan pemikiran yang mampan dengan himpunan sifat kepimpinan yang berbeza.
Latar Belakang United Nations Global Compact Sebagai satu inisiatif khas Setiausaha Agung PBB, United Nations Global Compact merupakan satu seruan kepada syarikat-syarikat di merata tempat untuk menyelaraskan operasi dan strategi mereka dengan sepuluh prinsip sejagat dalam bidang hak asasi manusia, buruh, alam sekitar dan antirasuah. Dilancarkan pada tahun 2000, UN Global Compact membimbing dan menyokong komuniti perniagaan global dalam memajukan matlamat dan nilai PBB melalui amalan korporat yang bertanggungjawab. Dengan lebih 10,000 syarikat dan 3,000 penandatangan bukan perniagaan yang berpangkalan di lebih 160 negara serta 68 Rangkaian Tempatan, ia merupakan inisiatif kemampanan korporat yang terbesar di dunia. Untuk maklumat lanjut, ikuti @globalcompact di media sosial dan kunjungi laman sesawang kami di unglobalcompact.org
Latar Belakang Russell Reynolds Associates Russell Reynolds Associates ialah sebuah firma khidmat nasihat dan pencarian kepimpinan global. Seramai lebih 470 perunding kami di 46 pejabat bekerjasama dengan pertubuhan awam, swasta dan bukan untung dalam seluruh industri dan wilayah. Kami membantu pelanggan kami membina pasukan yang terdiri daripada pemimpin yang membawa transformasi yang dapat menangani cabaran masa kini dan meramalkan trend digital, ekonomi serta politik yang membentuk semula persekitaran perniagaan global. Bermula dengan membantu pihak lembaga dengan struktur, budaya dan keberkesanan mereka kepada mengenal pasti, menilai dan menentukan kepimpinan yang terbaik untuk organisasi, pasukan kami membawa kepakaran mereka selama berdekad-dekad untuk membantu pelanggan menangani isu-isu kepimpinan mereka yang paling rumit. Kami wujud untuk memperbaiki cara dunia diterajui. www.russellreynolds.com
Hubungan |
|
Russell Reynolds |
|
Amy Scissons Russell |
|
UN Global |
|
Alex Gee +44 7887 804594 |
|
Dan Thomas UN Global |
PDF - https://mma.prnewswire.com/media/1180374/Leadership_for_the_Decade_of_Action_2020.pdf
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/491408/Russell_Reynolds_Associates_Logo.jpg