omniture

Absen Lakukan Penampilan Sulungnya di Pameran Canton 2020

Absen.com
2020-06-16 06:25 577

SHENZHEN, China, 16 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Pengeluar paparan LED global yang terkemuka, Absen (SZSE: 300389), mengumumkan penyertaannya dalam Pameran Import dan Eksport China ke-127 (turut dikenali sebagai "Pameran Canton") yang diadakan secara dalam talian mulai 15 hingga 24 Jun 2020. Syarikat ini menawarkan pakej sorotan utama yang menarik untuk pengunjung dalam taliannya, termasuk pelbagai jenis produk LED canggih, jelajah maya ke ibu pejabat dan kilangnya serta beberapa siar web.

Diadakan pada musim bunga dan musim luruh setiap tahun sejak musim bunga tahun 1957 di Guangzhou, China, Pameran Canton ialah pameran perdagangan yang tertua, terbesar dan paling banyak mempunyai wakil di China. Ekoran daripada pandemik COVID-19, bazar perdagangan global telah beralih ke dalam talian, sebagai ganti pameran fizikal.

Di acara Pameran Canton pertamanya, Absen mempamerkan pelbagai jenis produk LED yang meliputi paparan komersial, DOOH, visualisasi data dan sewaan & pementasan bagi memenuhi pelbagai keperluan pengunjung dalam talian daripada industri-industri berbeza.

RANGKAIAN LED TERKEMUKA yang dipamerkan termasuk siri A27 Plus Absen, penyelesaian alternatif yang sempurna untuk aplikasi LCD atau projektor, Absenicon, produk bilik mesyuarat yang direka untuk sebarang bilik acara, siri HC, paparan MiniLED 0.9mm untuk pasaran bilik kawalan canggih dan siri VN, pemenang Red Dot Product Design Award 2020 untuk inovasinya yang melakar kejayaan dalam penjelajahan. Lebih banyak paparan LED berkepakaran yang lain, seperti produk DOOH baharu Absen, siri AW untuk pelbagai aplikasi luar seperti kotak cahaya dan tiang lampu, turut dipamerkan di acara maya berkenaan.

Sepanjang 15-24 Jun, pengunjung global ke Pameran Canton dalam talian turut berpeluang untuk mengalami ibu pejabat global Absen dan kilang canggihnya melalui JELAJAH MAYA.

Beribu pejabat di Shenzhen, sebuah metropolis moden yang menghubungkan Hong Kong ke tanah besar China, Absen mempunyai kehadiran global dengan 14 syarikat domestik dan luar negara di seluruh dunia. Kilang-kilangnya di Huizhou berupaya untuk menyediakan produk LED yang terbaik dalam kelas yang boleh diaplikasikan untuk pelbagai senario, dengan kapasiti produk tahunan mencecah sehingga 300,000 meter persegi.

Di samping itu, Absen membawakan siri SIAR WEB LANGSUNG untuk pengunjung dalam talian. Dengan topik-topik bermula daripada pengetahuan asas mengenai LED kepada penyelesaian dinding video profesional untuk aplikasi berbeza, siar web ini menyediakan hadirin dengan pemahaman yang komprehensif mengenai teknologi LED termaju, selain Absen dan perniagaannya. Tambahan pula, semasa berlangsungnya acara ini, wakil-wakil syarikat Absen tersedia selama 24 jam untuk menjawab pertanyaan daripada para hadirin dari seluruh pelosok dunia.

www.absen.com

 

Source: Absen.com
Related Stocks:
Shenzhen:300389
Related Links:
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services