omniture

Kertas Putih oleh Huawei dan Firma Penyelidikan dan Nasihat IT Global: Industri Perbankan Bangkit di Jalan Pemulihan ke arah Kebiasaan Baharu

Huawei
2020-06-17 04:24 488

SHENZHEN, China, 17 Jun 2020  /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Huawei dan International Data Corporation (IDC) bersama-sama membuat prapelancaran kertas putih mereka mengenai pembentukan semula perbankan untuk era pemulihan bagi tahun 2020 semasa Sidang Kemuncak Industri Perkhidmatan Kewangan Global Huawei 2020. Kertas Putih ini dijadualkan untuk diterbitkan ke seluruh dunia pada Ogos ini. IDC percaya bahawa akan terdapat lima tahap pemulihan utama dan pada setiap tahap akan adanya peluang untuk mengoptimumkan pertumbuhan baharu. Secara keseluruhan, industri perbankan berada di kedudukan mantap untuk mengatasi tekanan bagi tahun 2020 dan ia seharusnya memanfaatkan waktu ini untuk memperkukuhkan keupayaan keseluruhannya dan menilai semula keutamaan dari segi transformasi digital.

Perbankan akan menggunakan teknologi bagi mempercepatkan pemulihan 

Tahun 2020 telah menyaksikan kejutan sistemik yang belum pernah terjadi sebelum ini yang dicetuskan oleh COVID-19, namun begitu seperti mana semua krisis yang lain, cabaran mahupun peluang hadir bersama-sama. Kertas putih ini akan menganalisis respons bank-bank terhadap dugaan keadaan perniagaan semasa, membedah jawapan terbaik dari seluruh dunia dari segi respons taktikal dan strategik serta mewujudkan kerangka pemulihan kukuh yang boleh diterima pakai oleh bank-bank dan institusi-institusi kewangan yang lain bagi meletakkan kedudukan mereka untuk menjangkau dan memenuhi dengan lebih baik keperluan pelanggan mereka untuk fasa pemulihan akan datang.

IDC percaya bahwa industri perbankan berada di kedudukan kukuh bagi mengatasi tekanan tahun 2020 dan dengan memanfaatkan tempoh ini untuk terus membina keupayaan dan infrastruktur dalam digital dan data akan membolehkan mereka menghasilkan perkhidmatan dan produk yang lebih relevan yang bukan sahaja diurus dan disediakan secara digital, tetapi telah diwujudkan dan dimulakan dari akar umbi digital.

Memahami lima tahap pemulihan utama bagi mengoptimumkan pertumbuhan baharu 

Kertas putih IDC dan Huawei akan memaparkan lima tahap pemulihan utama berdasarkan pemerhatian IDC, mencakupi tahap-tahap dalam krisis COVID, kelembapan ekonomi, kemelesetan, kembali mengalami pertumbuhan dan kebiasaan seterusnya. Bagi setiap tahap ini, IDC akan memaparkan kesan dan ciri-ciri setiap tahap serta hala tuju dan strategi yang disyorkan oleh IDC yang harus dilaksanakan oleh bank-bank bagi memaksimumkan faedah-faedah berpotensi yang dapat diperoleh.

Bank-bank yang bertindak balas terhadap krisis COVID dan fasa kelembapan ekonomi telahpun memperkenalkan pelbagai strategi termasuk tumpuan pada kecekapan dan ciri-ciri aplikasi mudah alih, analitik tingkah laku bagi merekodkan aktiviti pelanggan baharu dan tingkah laku semasa waktu luar biasa bagi membina semula model dan memperluaskan transformasi untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan dengan ketiadaan lokasi fizikal dalam aspek-aspek seperti pemberian pinjaman, lantas mempercepatkan lagi transformasi ke arah produk perbankan dalam talian sepenuhnya.

Keupayaan dan keutamaan baharu telahpun jelas kelihatan dalam industri 

Keupayaan baharu yang telah dilengkapi oleh bank-bank adalah dalam konteks ciri-ciri unik kemerosotan 2020 ini, tetapi juga terhasil oleh keupayaan teknologi dan digital baharu pada zaman kita.

Umpamanya, pada tahap-tahap pemulihan lebih awal, penilaian kesan sebenar krisis ini diperlukan. Bank memerlukan keupayaan untuk memahami permodalan sebenar, kecairan & kedudukan kredit melalui pelbagai senario yang mungkin wujud. Ujian tekanan perlu dicetuskan hingga ke tahap tinggi, mensimulasikan senarai berdasarkan data daripada krisis vintaj baru-baru ini. Akhirnya, bank-bank akan berusaha ke arah ketelusan kedudukan kecairan masa sebenar — papan pemuka intrahari, umpamanya, kini amat bernilai untuk membawa kecerdasan sedemikian. Ia memberi bank-bank dengan keupayaan untuk mengatasinya dengan cepat dan tegas: membatalkan transaksi, mengurangkan kontrak tertunggak atau menyelesaikan lebih awal.

Seterusnya, bank-bank perlu mengemas kini rancangan luar jangka mereka terutamanya untuk penglibatan pelanggan. Mereka perlu berupaya untuk beralih kepada kaedah bekerja baharu dan kaedah penglibatan pelanggan baharu melalui teknologi digital seperti aplikasi mudah alih, pelayaran bersama untuk khidmat nasihat, malah perkhidmatan robot sembang (chatbot).

Menghimpunkan kesemua keupayaan ini ketika bank-bank berjuang untuk bahagian pasaran, mereka perlu berupaya untuk menonjol melalui penglibatan pelanggan diterajui data atau untuk menggunakan keupayaan Tangkas bagi melelar produk dan perkhidmatan baharu yang membolehkan mereka untuk menjadi lebih responsif terhadap dinamik baharu pasca-COVID 19.

Bacaan penting untuk eksekutif bank bagi merancang perjalanan untuk tahun 2020 dan selanjutnya

Bagi memperluaskan lagi isu-isu ini, kertas putih ini akan meninjau tahap pemulihan masa depan dan memaparkan apa yang tidak diketahui yang menanti di hadapan industri melalui kelembapan ekonomi hingga fasa kebiasaan seterusnya. Kerangka panduan baharu ini akan menggunakan Resiliency Index (Indeks Ketahanan) kami yang memberi skor kepada industri-industri perbankan pada peringkat serantau dari segi kebolehannya untuk mengatasi dan pulih daripada kesan-kesan pandemik menggunakan kategori-kategori seperti 'saluran', 'data dan analitik' dan 'pemprosesan aliran kerja' bagi mengukur amalan terbaik dari seluruh dunia selain kesan perniagaan mereka. Kertas putih ini akan terbukti menjadi bahan bacaan penting untuk eksekutif-eksekutif global di bank-bank ketika mereka berusaha untuk memahami apa yang dapat dilakukan dan apa yang akan memberi impak yang paling besar tatkala mereka merancang perjalanan mereka ke wilayah baharu.

Sehingga kini, Huawei telah menawarkan perkhidmatan kepada lebih 1,600 pelanggan kewangan di seluruh dunia, termasuk 45 daripada 100 bank yang terkemuka di dunia. Huawei juga telah memeterai perkongsian strategik yang komprehensif dengan lebih 20 bank berskala besar, syarikat insurans dan syarikat sekuriti di seluruh dunia. Huawei menjadi rakan kongsi strategik yang dipercayai untuk transformasi digital pelanggan.

Sidang Kemuncak FSI Global tahunan Huawei ialah sebuah acara ICT global yang dianjurkan oleh Huawei yang memberi tumpuan pada perkongsian dan trend dengan industri perkhidmatan kewangan. Ia diwujudkan pada tahun 2013 dan menampilkan pemimpin pemikiran, perunding dan pakar daripada industri. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://e.huawei.com/topic/finance2020/en/

 

 

Source: Huawei
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Survey, Polls & Research