omniture

NCCN Berusaha Tingkatkan Penjagaan Kanser Global untuk Kanak-kanak dengan Cadangan yang Baru Diterjemah

National Comprehensive Cancer Network
2020-06-17 08:35 288

NCCN Guidelines untuk Leukemia Limfoblastik Akut Pediatrik dalam Bahasa Cina, Bahasa Jepun, Bahasa Perancis, Bahasa Sepanyol dan Bahasa Portugis kini tersedia secara percuma di NCCN.org

PLYMOUTH MEETING, Pennsylvania, 17 Jun 2020 /PRNewswire/ -- National Comprehensive Cancer Network® (NCCN®)—sebuah perikatan pusat-pusat kanser yang terkemuka di Amerika Syarikat—mengumumkan penerbitan versi terjemahan NCCN Guidelines® untuk Leukemia Limfoblastik Akut Pediatrik (ALL) ke dalam Bahasa Cina, Bahasa Perancis, Bahasa Jepun, Bahasa Portugis dan Bahasa Sepanyol. ALL pediatrik merupakan sejenis kanser yang paling biasa dalam kalangan kanak-kanak, namun amat boleh disembuhkan apabila dirawat dengan pendekatan kontemporari dan berasaskan bukti. 1 NCCN Guidelines ditulis dan dikemas kini oleh pakar-pakar yang terkemuka daripada pelbagai bidang kesihatan. Ia melibatkan cadangan yang paling komprehensif dan terkini untuk merawat pesakit, termasuk kanak-kanak, yang menghidap kanser di luar persekitaran percubaan klinikal.

NCCN Guidelines for Pediatric Acute Lymphoblastic Leukemia translations in Chinese, French, Japanese, Portuguese, and Spanish
NCCN Guidelines for Pediatric Acute Lymphoblastic Leukemia translations in Chinese, French, Japanese, Portuguese, and Spanish

"Lebih banyak nyawa yang masih muda dapat diselamatkan melalui aplikasi rawatan berasaskan bukti yang tersedia secara meluas," kata Robert W. Carlson, MD, Ketua Pegawai Eksekutif, NCCN. "Kemajuan dalam memerangi ALL pediatrik amat luar biasa sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kami dapat meningkatkan kadar penyembuhan lebih tinggi lagi dengan memastikan amalan terbaik menjangkau setiap pelosok dunia. Kami semakin hampir untuk mencapai matlamat ini dengan menjadikan NCCN Guidelines dipacu konsensus pakar yang berasaskan bukti lebih mudah diakses oleh penutur bukan berbahasa Inggeris."

Versi Berbahasa Inggeris untuk NCCN Guidelines untuk ALL Pediatric mula diterbitkan pada Mei 2019. Cadangan ini merangkumi algoritma rawatan tipikal, seperti regimen kemoterapi berbilang agen, serta inovasi baru muncul dalam terapi bersasaran dan terapi sel-T reseptor antigen kimerik (CAR), iaitu sejenis imunoterapi. Garis panduan ini bertujuan untuk pengurusan pesakit sejak lahir hinggalah remaja dan menuju dewasa muda.

"NCCN Guidelines melibatkan tumpuan yang kukuh pada penjagaan sokongan bagi mengurangkan kesan sampingan berpotensi berbahaya untuk kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan," jelas Dr. Carlson. "Mereka juga membantu mengenal pasti populasi yang lebih berisiko, seperti bayi atau pesakit yang menghidap sindrom Down dan menyediakan cadangan khusus bagi memastikan mereka selamat sebaik mungkin, dalam tempoh jangka pendek mahupun jangka panjang."

Panduan yang diterjemahkan disediakan secara percuma untuk kegunaan bukan komersial di NCCN.org/global atau melalui Aplikasi Virtual Library of NCCN Guidelines®.

NCCN Global Department sentiasa mengemas kini dan memperluaskan penyesuaian dan terjemahan NCCN Guidelines untuk semua jenis kanser utama berserta penjagaan sokongan dan pencegahan. Lebih daripada 40 terjemahan baharu telah diterbitkan pada tahun ini sahaja, termasuk garis panduan klinikal dan versi mesra pesakit. NCCN turut menyediakan NCCN Framework for Resource Stratification of NCCN Guidelines (NCCN Framework™) dan NCCN Harmonized Guidelines™ dengan cadangan optimum di samping pendekatan pragmatik untuk menyesuaikan rawatan dalam persekitaran yang mengalami kekurangan sumber, seperti negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana. Kunjungi AlliedAgainstCancer.org untuk mengetahui mengenai kerja-kerja berterusan NCCN di Sub-Sahara Afrika bersama African Cancer Coalition, American Cancer Society, Clinton Health Access Initiative dan IBM.

Cadangan percuma untuk penjagaan diri dan pengurusan tekanan buat pesakit kanser, pengasuh dan penyedia semasa pandemik COVID-19 kini disediakan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Sepanyol di NCCN.org/covid-19.

Kunjungi NCCN.org/global untuk maklumat lanjut mengenai segala-gala yang dilakukan oleh organisasi berkenaan bagi meningkatkan penjagaan kanser di seluruh dunia dan sertai perbualan dalam talian dengan tagar #NCCNGlobal.

Latar Belakang National Comprehensive Cancer Network
National Comprehensive Cancer Network® (NCCN®) ialah sebuah perikatan bukan berasaskan keuntungan yang terdiri daripada pusat-pusat kanser terkemuka yang mengkhusus kepada penjagaan pesakit, penyelidikan dan pendidikan. NCCN berdedikasi untuk meningkatkan dan memudahkan penjagaan kanser yang berkualiti, berkesan, cekap dan boleh diakses agar pesakit dapat menjalani kehidupan yang lebih baik. NCCN Clinical Practice Guidelines in Oncology (NCCN Guidelines®) menyediakan cadangan konsensus pakar yang telus dan berasaskan bukti untuk rawatan kanser, pencegahan dan perkhidmatan sokongan; ia merupakan standard yang diiktiraf untuk hala tuju dan dasar klinikal dalam pengurusan kanser serta garis panduan amalan klinikal yang paling teliti dan kerap dikemas kini yang disediakan dalam sebarang bidang perubatan. NCCN Guidelines for Patients® menyediakan maklumat rawatan kanser pakar untuk memaklumkan dan memperkasa pesakit serta pengasuh, melalui sokongan daripada NCCN Foundation®. NCCN turut memajukan pendidikan lanjutan, inisiatif global, dasar dan kolaborasi penyelidikan serta penerbitan dalam bidang onkologi. Kunjungi NCCN.org untuk maklumat lanjut dan ikuti NCCN di Facebook @NCCNorg, Instagram @NCCNorg dan Twitter @NCCN

1 Esparza SD, Sakamoto KM, Topics in pediatric leukemia-acute lymphoblastic leukemia. MedGenMed 2005;7:23. Disediakan di: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16369328. Ma H, Sun H Sun X. Survival improvement by decade of patients aged 0-14 years with acute lymphoblastic leukemia: a SEER analysis. Sci Rep 2014;4:4227. Disediakan di: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/24572378.

Hubungan Media:
Rachel Darwin
267-622-6624
darwin@nccn.org  

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1180364/NCCN_Pediatric_Acute_Lymphoblastic_Leukemia_translations.jpg

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/441768/NCCN_Logo.jpg

Source: National Comprehensive Cancer Network
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals New products/services Not for profit Survey, Polls & Research Public Interest