omniture

50 Best Lancar Lelongan 'Bidaan untuk Pemulihan' Pengalaman Gastronomi yang Luar Biasa Hebat Bersama Cef-cef Ternama Dunia

50 Best
2020-06-17 18:50 408

LONDON, 17 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Organisasi di sebalik The World's 50 Best Restaurants mengumumkan bahawa 'Bid for Recovery' Auction (Lelongan 'Bidaan untuk Pemulihan') akan diperkenalkan buat julung kalinya pada 3 Julai, menawarkan peminat makanan dan pelancongan dengan peluang untuk membida pengalaman sekali seumur hidup bersama cef-cef yang terbaik di dunia. Lebih daripada 100 lot yang luar biasa telah disumbangkan oleh restoran-restoran dan cef-cef yang ditampilkan dalam senarai World's 50 Best Restaurants baru-baru ini, berserta rakan kongsi jenama, bagi mengadakan lelongan gastronomi yang terbesar di dunia.

50 Best for Recovery
50 Best for Recovery

Pembida akan berpeluang untuk memilih daripada pelbagai pengalaman makanan dan minuman luar biasa di seluruh dunia selain barangan yang sukar ditemui. Antara sorotan lot lelongan tempahan khas termasuk:

  • Pengalaman gastronomi imersif sepanjang hari bersama Mauro Colagreco, cef di The World's Best Restaurant, Mirazur, di Menton, Perancis
  • Kelas master makanan dan wain, sehari di ladang beliau dan pelbagai hidangan makanan yang dihoskan oleh Cef Dominique Crenn di San Francisco, AS
  • Jelajah gastronomi empat hari di Singapura termasuk makan malam di Odette and Burnt Ends
  • Berserta banyak lagi pengalaman luar biasa bersama cef-cef terkemuka di dunia termasuk kelas memasak peribadi, lawatan wain, percutian hotel mewah, pencarian makanan, percutian pelayaran, cicipan eksklusif dan pesta tempahan khas

Lelongan ini akan dijalankan secara dalam talian di 50BestForRecovery.com. Pembida berpotensi boleh melihat seleksi penuh lot mulai 29 Jun, dengan lelongan berjalan mulai 3-12 Julai.

Dana yang dikumpul akan disumbangkan untuk menyediakan bantuan kewangan langsung dan ketara kepada restoran-restoran di seluruh dunia tatkala restoran-restoran ini muncul daripada pandemik Covid-19 sebagai sebahagian daripada program 50 Best for Recovery, dengan kerjasama penderma pengasas S.Pellegrino & Acqua Panna. Restoran-restoran dan bar-bar bebas di seluruh dunia akan berpeluang untuk memohon geran langsung pada Julai ini. Sumbangan tambahan akan dibuat kepada pertubuhan-pertubuhan bukan untung: Lee Initiative's Restaurant Reboot Relief Program dan Black Urban Growers (AS); Nosso Prato (Brazil); Eat Out Restaurant Relief Fund (Afrika Selatan); Feed the Needy (India); Horeca Next (Belgium); Ambasciatori del Gusto (Itali); Chefs for Spain dan Gerakan Gastronomi Sosial seluruh dunia.

50 Best komited untuk menggunakan platformnya bagi membantu memperjuangkan kesaksamaan dan keterangkuman dalam sektor hospitaliti. Komuniti Berkulit Gelap yang teruk dilanda wabak coronavirus dengan peratusan yang besar; hakikat ini akan terus membantu membentuk pengagihan dana dalam kempen 50 Best for Recovery.

Semua butiran lelongan ini akan disediakan di laman sesawang 50 Best for Recovery, serta melalui Instagram @TheWorlds50Best dan Facebook @50BestRestaurants.

Latar Belakang The World's 50 Best Restaurants 

Sejak tahun 2002, The World's 50 Best Restaurants telah mencerminkan kepelbagaian dalam landskap kulinari dunia. Senarai tahunan restoran-restoran terbaik dunia memberi gambaran ringkas mengenai beberapa destinasi terbaik untuk pengalaman kulinari yang unik, di samping menjadi barometer untuk trend gastronomi global. Pada tahun 2020, senarai The World's 50 Best Restaurants tidak akan diterbitkan; sebaliknya organisasi ini telah mengubah fikiran untuk menumpukan tenaga dan sumbernya bagi menyokong komuniti hospitaliti melalui program 50 Best for Recovery.

Rangkaian 50 Best turut melibatkan Latin America's 50 Best Restaurants, Asia's 50 Best Restaurants, The World's 50 Best Bars, Asia's 50 Best Bars dan #50BestTalks serta siri 50 Best Explores, kesemuanya dimiliki dan dikendalikan oleh William Reed Business Media. 50 Best bertujuan untuk menghimpunkan komuniti dalam seluruh sektor hospitaliti untuk mendorong kolaborasi, keterangkuman, kepelbagaian dan penemuan serta membantu mendorong perubahan yang positif.

Latar belakang penaja utama dan penderma pengasas: S.Pellegrino & Acqua Panna 

S.Pellegrino and Acqua Panna ialah rakan kongsi utama The World's 50 Best Restaurants dan 50 Best for Recovery, serta penderma pengasas 50 Best Recovery Fund. S.Pellegrino and Acqua Panna ialah air mineral semula jadi yang terkemuka dalam dunia hidangan mewah. Mereka bersama-sama menafsirkan gaya Itali seluruh dunia sebagai sintesis kecemerlangan, kesenangan dan kesejahteraan.

Rakan-rakan kongsi lain

  • American Express - Rakan Kongsi Kad Kredit Rasmi
  • Gin Mare - Rakan Kongsi Gin Rasmi
  • Flor de Caña - Rakan Kongsi Rum Rasmi
  • Nude - Rakan Kongsi Barangan Kaca Rasmi
  • illycaffè – Rakan Kongsi Kopi Rasmi 
  • Beronia - Rakan Kongsi Wain Rasmi
  • Huitres Amelie - Rakan Kongsi Tiram Rasmi
  • Estrella Damm - Rakan Kongsi Bir Rasmi
  • Cinco Jotas – Rakan Kongsi Daging Ham Ibérico Rasmi

Untuk pendaftaran dan akses pusat media, sila kunjungi https://www.theworlds50best.com/mediacentre/media-contacts 

Hubungan Akhbar

Susie Dempsey (AS) / Jamie Ley (UK) 
Worlds50best@relevanceinternational.com 
AS: +1 212-257-1500, UK: +44-20-3868-8700

Source: 50 Best
Keywords: Entertainment Food/Beverages Restaurants Retail Travel Black-oriented news Corporate Social Responsibility New products/services Not for profit Survey, Polls & Research