omniture

JA Solar Bekalkan Modul PERC Berkecekapan Tinggi untuk Loji Janakuasa Solar Apungan Terbesar Thailand

JA Solar Technology Co., Ltd
2020-06-18 03:03 345

BEIJING, 18 Jun 2020 /PRNewswire/ -- JA Solar ("Syarikat"), pengeluar yang terkemuka bagi produk fotovolta berprestasi tinggi, mengumumkan bahawa loji janakuasa apungan 12.5MW Thailand, yang menggunakan modul PERC berkecekapan tingginya, berjaya dihubungkan ke grid. Sebagai loji janakuasa fotovolta apungan berskala besar yang pertama di Thailand, penyiapan projek ini adalah amat penting kepada pembangunan tenaga boleh diperbaharui tempatan.

Loji janakuasa ini dibina di atas takungan perindustrian dan tenaga elektrik yang dijana dihantar ke tapak pembuatan pelanggan melalui kabel bawah tanah. Loji janakuasa ini akan menjadi pembukaan taman solar kepada orang awam dan pengunjung dengan tumpuan untuk menggalakkan pembangunan tenaga boleh diperbaharui tempatan selepas memulakan operasi.

Berbanding dengan loji janakuasa PV tradisional, loji janakuasa PV apungan berupaya untuk meningkatkan dengan berkesan kecekapan penjanaan kuasa dan mencegah degradasi dengan mengurangkan penggunaan tanah, meningkatkan pendedahan terhadap sinaran matahari tanpa halangan dan menurunkan suhu modul serta kabel. Modul dwikaca dwimuka PERC berkecekapan tinggi daripada JA Solar telah melepasi ujian keandalan jangka panjang dan kebolehsuaian alam sekitar yang ketat dengan membuktikan kerintangan yang sangat baik terhadap pengecilan PID, kakisan garam dan beban angin. Di samping itu, modul-modul ini berupaya untuk mengekalkan prestasi berkecekapan tinggi dan output kuasa yang stabil, memberi jaminan kukuh untuk mengoptimumkan kapasiti penjanaan kuasa sistem ini.

Jin Baofang, Pengerusi Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif JA Solar, mengulas, "JA Solar akan terus memberi tumpuan pada inovasi teknologi serta kualiti produk dan dalam masa yang sama memenuhi pelbagai keperluan daripada pelanggan global kami serta menggalakkan pembangunan tenaga boleh diperbaharui pada skala global."

 

Source: JA Solar Technology Co., Ltd
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Maritime/Shipbuilding Oil/Energy Transportation Utilities New products/services