omniture

Turbin Angin Luar Pesisir 8MW Pertama China, Dipasang oleh Shanghai Electric, Mulakan Operasi Beban Penuh

Shanghai Electric
2020-06-18 03:41 296

SHANGHAI, 18 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric, pengeluar dan pembekal yang terkemuka di dunia bagi penjanaan kuasa dan peralatan perindustrian, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memasang turbin angin luar pesisir 8MW pertama China, yang kini memulakan operasinya. Pelancaran turbin ini, yang membawakan teknologi "permulaan gelap" ("black start"), menunjukkan bahawa syarikat ini kini dapat melaksanakan pesanan pukal dalam pasaran untuk turbin angin luar pesisir 8MW. Syarikat ini turut mendedahkan rancangannya untuk meneroka lebih lanjut penyelesaian dengan sistem tenaga bersepadu berasaskan tenaga boleh diperbaharui—menggabungkan sistem angin, kuasa solar dan penyimpanan tenaga, digandingkan dengan internet pelbagai benda perindustrian 5G+.

Turbin luar pesisir 8MW-167 ialah turbin angin yang beroperasi dengan kapasiti tertinggi di China. Dibandingkan dengan turbin angin 7MW-154, turbin D8 menghasilkan 20% lebih banyak tenaga elektrik dan mengurangkan Kos Elektrik Teraras (LCOE) kira-kira sebanyak 11%. Turbin 8MW merupakan hasil daripada satu perjanjian yang dimeterai pada Mac 2018 dengan Siemens Gamesa Renewable Energy (SGRE), yang memberi lesen kepada syarikat ini untuk mengeluarkan dan menjual mesin luar pesisir 8.0-167DD SGRE dalam pasaran Cina.

Kini, Shanghai Electric berkedudukan utama untuk memanfaatkan pasaran turbin luar pesisir Cina yang semakin berkembang, yang mana sehingga 26GW boleh dihubungkan ke grid menjelang penghujung tahun 2025. Syarikat ini berhasrat untuk mencipta penyelesaian tenaga bersih bersepadu yang melangkaui hadnya bagi menyerlahkan potensi kuasa solar dan angin.

Turbin angin luar pesisir 8MW mempunyai bilah 81.4-meter, menghasilkan diameter rotor 167 meter dan luas sapuan 21,900 meter persegi. Ia diuji di darat iaitu di taman perindustrian luar pesisir Shantou Haojiang. Projek demonstrasi untuk penyelesaian tenaga bersih bersepadu turut membawakan turbin angin luar pesisir 4MW dan fotovolta atas bumbung 2.42MW. Ia turut menggabungkan simpanan tenaga, peralatan stesen pengecasan dengan kapasiti 2MWj, satu set sistem kawalan persekitaran bangunan pintar, internet pelbagai benda perindustrian 5G+, pusat kawalan grid mikro dan sistem pengurusan tenaga, antara semua unsur lain.

Penyelesaian ini telah diubah suai bagi mengatasi keadaan di seluruh rantau Asia Pasifik seperti taufan dan ribut tropika, yang boleh merosakkan dengan serius infrastruktur grid, malah mengakibatkan bekalan elektrik terputus di kawasan ini. Oleh itu, pemulihan grid mikro daripada keadaan permulaan gelap adalah penting untuk pengendali grid mikro. Dengan "permulaan gelap", projek tenaga pintar memberi jaminan kukuh untuk operasi taman perindustrian yang stabil.

Pasukan Projek Shanghai Electric menggunakan bateri litium sebagai sumber kuasa sokongan, agar Sistem Penukaran Kuasa dapat mengawal voltan dan frekuensi mengikut nilai rujukan. Apabila turbin 8MW berada dalam keadaan tidak aktif yang menyegerakkan dan berhubung ke voltan bas grid mikro dan angin mencapai titik kelajuan, turbin angin ini memulakan secara rasmi penjanaan kuasa, kemudiannya pasukan ini dapat meningkatkan beban sambil mengekalkan frekuensi sistem, sehingga grid mikro dapat beroperasi dalam mod beban penuh. Hasil daripada keramahan-grid turbin 8MW yang cemerlang serta MGCC yang berkuasa, seluruh proses disambungkan ke grid dengan kesan sifar.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200424/2786026-1-LOGO?lang=0

 

Source: Shanghai Electric
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities New products/services