omniture

4900 doktor sertai Konvensyen Penjagaan Kesihatan Maya Pertama dan Terbesar Asia Tenggara anjuran Docquity

The Philippine College of Surgeons & Docquity - rangkaian profesional terbesar Asia Tenggara untuk Doktor mengadakan Konvensyen Dalam Talian Pertama dan Terbesar Untuk Pakar Bedah di Asia Tenggara.
Docquity
2020-06-18 03:47 778

MANILA, Filipina, 18 Jun 2020 /PRNewswire/ - Docquity, platform "kolaborasi dan pembelajaran" perintis untuk golongan profesional perubatan dan The Philippine College of Surgeons PCS, menganjurkan konvensyen maya pertama rantau Asia Tenggara untuk pakar bedah am pada bulan ini, menarik minat 4,900 doktor daripada pelbagai pengkhususan & pelbagai bandar, dalam usaha menuju pembelajaran bersama dan kolaborasi.

PCS Interconnection. KONVENSYEN DALAM TALIAN PERTAMA dihadiri oleh doktor-doktor dari 7100 pulau di Filipina dikuasakan oleh Docquity.
PCS Interconnection. KONVENSYEN DALAM TALIAN PERTAMA dihadiri oleh doktor-doktor dari 7100 pulau di Filipina dikuasakan oleh Docquity.

Konvensyen Dalam Talian Pertama & Terbesar Filipina untuk doktor-doktor

Pandemik COVID-19 telah mengubah cara banyak industri beroperasi dan telah melonjakkan kadar pendigitan dengan pesat memandangkan komuniti di seluruh dunia beralih kepada maya. Bahkan industri penjagaan kesihatan, yang secara tradisinya dilihat perlahan dalam menerima pakai amalan digital, bergerak pantas menerusi peralihan ke arah telekesihatan.

Lonjakan dalam penjagaan kesihatan maya ini turut mendorong pakar perubatan di seluruh dunia untuk melibatkan diri dengan satu sama lain dan saling berkongsi kepakaran perubatan mereka.

Diadakan selama dua hari, Konvensyen Pertengahan Tahun ke-46 yang diberi tajuk "Hala Tuju Semasa dalam Pembedahan" mengalu-alukan hampir 4,900 unik – doktor daripada pelbagai bidang pengkhususan dan sub-kepakaran tatkala mereka turut serta secara jarak jauh dari rumah untuk berbincang mengenai pelbagai topik bermula daripada kajian saintifik mengenai Pengimejan Lanjutan dan Pengurusan Trauma kepada bagaimana bidang-bidang tertentu beradaptasi terhadap pendemik COVID seperti – Pencegahan jangkitan pembedahan, Penjagaan Kanser, Pembedahan dan Onkologi.

Bercakap semasa berlangsungnya majlis konvensyen dalam talian pertama rantau ini untuk pakar bedah, Dr Rex Go, (Lembaga Pemangku Raja PCS), berkata: "Acara ini merupakan satu acara yang memecah rekod. Sejarah telah dilakar, bukan sahaja di Filipina, tetapi juga di rantau ini. Saya berharap agar usaha ini dapat membuka pintu kepada lebih banyak peluang untuk Docquity. Terima kasih kerana bekerjasama dengan PCS."

Rowena Belgica, ketua negara bagi Docquity, berkata, "Meskipun berlakunya pandemik ini, PCS masih dapat berhubung dengan ahli-ahlinya dan memastikan amalan yang terbaik dan paling terkini dikongsikan, yang akan membawa perubahan kepada pesakit sebagai pihak yang menerima rawatan mereka. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PCS kerana mempercayai platform kami dalam memajukan pengetahuan melalui pendidikan perubatan berterusan."

Platform pembelajaran berterusan terbesar Asia Tenggara untuk Doktor  

Docquity ialah rangkaian pembelajaran berterusan & kolaborasi yang ditentusahkan dan selamat untuk pengamal perubatan, ditubuhkan bagi membantu komuniti perubatan bertukar-tukar kepakaran yang dapat meningkatkan pembelajaran mereka demi manfaat pesakit mereka. Sebagaimana yang ditunjukkan oleh COVID-19, aliran maklumat yang tepat pada masanya dapat membantu menyelamatkan banyak nyawa.

"Setiap orang doktor membawa kepakaran dan pengalaman mereka yang tersendiri, fikirkan mengenai potensi apabila pengalaman ini dikongsi dan dipelajari daripada semua doktor – Doktor-doktor belajar daripada pengalaman satu sama lain untuk mendorong manfaat buat pesakit – Itulah apa yang berusaha dilakukan oleh Docquity," kongsi Indranil, Pengasas Bersama Docquity.

Dalam laporan tinjauan penjagaan kesihatan global 2020 Deloitte, didapati bahawa akses kepada penyelidikan perubatan yang mencukupi dan berkualiti tinggi sering menjadi faktor penyumbang utama kepada atrisi pakar perubatan. "Pendidikan dan latihan tenaga kerja sedia ada, berserta persiapan saluran kakitangan masa depan berbakat yang sesuai, akan menjadi kunci kejayaan sebarang program perubahan," menurut laporan ini.

Selain daripada pembelajaran bersama dan perkongsian, Docquity juga merupakan cara yang paling mudah untuk golongan profesional perubatan untuk melanjutkan kelayakan mereka dengan memperoleh mata Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) dan Pendidikan Perubatan Berterusan (CME) daripada keselesaan rumah atau klinik mereka sendiri.

Amit Vithal, Pengasas Bersama Docquity, Berkata, "Doktor-doktor merupakan wira kita & Docquity telah dibangunkan untuk doktor-doktor. Kami komited untuk memanfaatkan teknologi dan memudahkan pertukaran idea, buah fikiran dan pengalaman antara ahli-ahli profesional perubatan. Bersaiz bait – Pembelajaran bersama yang berterusan."

Ketika pembelajaran digital melonjak bagi menyediakan akses mudah kepada kepakaran pakar perubatan yang bertaraf dunia, Docquity berusaha untuk menjadi platform untuk pertukaran bernilai tambah ini dan bagi membolehkan perbincangan pada masa sebenar yang interaktif dan perkongsian amalan terbaik dilakukan.

Untuk perkembangan terkini mengenai acara-acara di wilayah-wilayah masing-masing, sila kunjungi https://docquity.com/#/

Latar Belakang Docquity

Docquity ditubuhkan pada tahun 2015 untuk memperluaskan kerjasama dan pertukaran pengetahuan dalam industri penjagaan kesihatan. Bekerjasama secara eksklusif dengan Institusi Perubatan serta Persatuan Perubatan Kebangsaan, rangkaian doktor sahaja daripada Docquity membolehkan doktor-doktor berunding dan berkolaborasi dengan satu sama lain sekaligus menyediakan Pendidikan Perubatan Berterusan & persidangan perubatan terus ke peranti mudah alih doktor-doktor.

Sehingga kini, Docquity mempunyai lebih 190,000 doktor yang disahkan di 5 negara di Asia Tenggara dan merupakan rangkaian profesional doktor-doktor yang terbesar di Asia Tenggara. Docquity disokong oleh pelaburan daripada kedua-dua pelabur korporat seperti Itochu Corp Japan dan modal usaha niaga (VC) kewangan termasuk Singapore Press Holdings, Genesia Ventures Japan, Spiral Ventures Japan & Purvi Capital dari Amerika Syarikat. Beribu pejabat di Singapura, Docquity mempunyai pasukan 127 ahli yang berpangkalan di Singapura, India, Indonesia, Malaysia, Filipina dan juga Thailand.

Laman sesawang: https://docquity.com/#/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200616/2832095-1?lang=0

 

Source: Docquity
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Trade show news