MENLO PARK, California, 19 Jun 2020 /PRNewswire/ -- IONpath, Inc. peneraju bagi pengimejan dan analisis tisu ruang multipleks, hari ini mengumumkan pelantikan Brad Nelson untuk jawatan Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Strategi Korporat. En. Nelson akan memimpin fungsi pemasaran, pengurusan produk dan aplikasi bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk pandangan perubatan translasi yang hanya dapat dicapai dengan Multiplexed Ion Beam Imaging (MIBI™).
Pertumbuhan pesat dalam pasaran imuno-onkologi dan pasaran berdekatan memerlukan pendekatan pengesanan dan pengukuran sensitif ekspresi berbilang penanda bio sambil menyimpan maklumat ruang. IONpath mempunyai keupayaan unik untuk memenuhi keperluan pasaran ini dan berkedudukan untuk mengalami pertumbuhan komersial yang pesat menerusi instrumen MIBIScope™ mereka mahupun penawaran Perkhidmatan Penyelidikan komprehensif mereka. En. Nelson akan memberi kepimpinan komersial ketika IONpath memenuhi permintaan yang semakin meningkat ini daripada pelanggan farmaseutikal, bioteknologi dan akademik.
"Brad membawa kombinasi unik pengalaman pemasaran dan pembangunan korporat yang luas serta latar belakang teknikal yang mendalam," kata Dr. Harris Fienberg, Ketua Pegawai Eksekutif IONpath. "Seluruh pasukan kami gembira untuk menerima Brad ke dalam syarikat bagi membimbing strategi imuno-onkologi dan meluaskan penawaran kami ke dalam pasaran baharu."
En. Nelson mempunyai pengalaman selama lebih dua puluh tahun dalam memimpin organisasi sains hayat dan peralatan perubatan yang mengalami pertumbuhan pesat. Beliau memegang rekod kejayaan terbukti di syarikat-syarikat tahap awal dalam membawa teknologi dan aplikasi baharu ke pasaran, memacu pertumbuhan pesat daripada permulaan produk kepada penggunaan berskala besar. Baru-baru ini, beliau berkhidmat sebagai Naib Presiden Pemasaran di Magnolia Medical Technologies bagi memimpin jenama ini dan pembangunan portfolio produk untuk teknologi Steripath syairkat yang mengalami penggunaan pesat dan pertumbuhan pendapatan tahunan sebanyak lebih 70 peratus.
Sebelum Magnolia Medical, En. Nelson berkhidmat sebagai Ketua Pemasaran dan Pengarah Pembangunan Korporat di Labcyte Inc., memimpin pembangunan pasaran global baharu dan kolaborasi yang membawa pertumbuhan pendapatan yang berterusan dan pemerolehan oleh Danaher Corporation. Terdahulu, beliau memimpin organisasi pemasaran di Velocity11 Inc., membina jenama yang amat berbeza dan portfolio produk robotik yang membawa kepada pertumbuhan yang utama dalam industri dan pemerolehan oleh Agilent Technologies.
"Saya teruja untuk menyertai pasukan yang bertaraf dunia di IONpath," kata Nelson. "IONpath mempunyai kombinasi teknologi perintis yang jarang didapati yang disokong oleh pasukan saintis dan jurutera yang dapat menukarkan data menjadi pandangan. Dengan menjalin kerjasama erat bersama rakan kongsi farmaseutikal, bioteknologi dan akademik kami, kami akan menunaikan janji perubatan jitu untuk pasaran onkologi, imunologi, neurosains dan penyakit berjangkit bagi mendayakan penemuan baharu yang dapat meningkatkan penjagaan pesakit."
Latar Belakang IONpath, Inc. dan IONpath Research Services
IONpath, Inc. merevolusikan pengimejan tisu bagi mempercepatkan penemuan perubatan dan meningkatkan kesihatan manusia. Sistem MIBIscope™ syarikat yang menggunakan teknologi Multiplexed Ion Beam Imaging (MIBI™), yang dibangunkan di Stanford University dan menunjukkan langkah transformatif dalam pengimejan tisu dengan memultiplekskan secara serentak lebih 40 penanda dengan kekhususan sehingga ke sel tunggal. Institut-institut penyelidikan terkemuka serta syarikat-syarikat bioteknologi dan farmaseutikal menggunakan MIBIscope dalam penyelidikan imuno-onkologi, imunologi dan neurosains yang mana data pengimejan termultipleks dengan fideliti tinggi diperlukan. Selain daripada Sistem MIBIscope™ yang ditingkatkan dengan MIBItracker™, IONpath memperkasa inisiatif-inisiatif penyelidikan dan pembangunan rakan-rakan kongsi akademik, bioteknologi dan farmaseutikal melalui bahagian Perkhidmatan Penyelidikannya yang komprehensif.
Kunjungi www.ionpath.com untuk mengetahui lebih lanjut.
©2020 IONpath, Inc. Hak cipta terpelihara. IONpath® ialah tanda dagangan berdaftar dan MIBI™ & MIBIscope™ ialah tanda dagangan IONpath INC. Untuk Kegunaan Penyelidikan Sahaja. Bukan untuk kegunaan diagnostik.
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1088947/IONpath_Logo.jpg