omniture

P&G dan Shopee memacu rekod penjualan dengan inisiatif atas talian berpengalaman yang pertama, Show Me My Home, dengan peningkatan pesanan lebih daripada 15x

Show Me My Home merupakan inisiatif utama di bawah Rancangan Perniagaan Bersama yang ditandatangani baru-baru ini antara P&G dan Shopee
Procter & Gamble
2020-06-19 14:42 479

KUALA LUMPUR, Malaysia, June 12, 2020 /PRNewswire/ -- Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, dan Procter & Gamble (NYSE: PG), sebuah syarikat barangan pengguna bergerak pantas (FMCG), mencapai prestasi kukuh untuk inisiatif atas talian berpengalaman mereka yang pertama, Show Me My Home. Inisiatif ini mencatatkan peningkatan jualan lebih daripada 15x pada hari puncak[1], dan ini merupakan pengaktifan utama di bawah Rancangan Perniagaan Bersama atau Joint Business Plan (JBP) serantau yang ditandatangani baru-baru ini antara Shopee dan P&G. JBP menandakan komitmen bersama antara Shopee dan P&G bagi menambah baik pengalaman membeli-belah atas talian untuk pengguna di seluruh rantau ini, dan bagi menyediakan akses mudah kepada produk FMCG yang berkualiti di Shopee.

Shankar Viswanathan, Naib Presiden, P&G Malaysia, Singapura, Vietnam dan E-Dagang, P&G Asia Pasifik, Timur Tengah & Afrika (kiri), dan Chris Feng, Ketua Pegawai Eksekutif, Shopee (kanan), di majlis tandatangan rasmi Rancangan Perniagaan Bersama [Gambar diambil sebelum pemutus litar]
Shankar Viswanathan, Naib Presiden, P&G Malaysia, Singapura, Vietnam dan E-Dagang, P&G Asia Pasifik, Timur Tengah & Afrika (kiri), dan Chris Feng, Ketua Pegawai Eksekutif, Shopee (kanan), di majlis tandatangan rasmi Rancangan Perniagaan Bersama [Gambar diambil sebelum pemutus litar]

Chris Feng, Ketua Pegawai Eksekutif di Shopee, berkata, "Ketika kita berubah kepada kebiasaan baharu, e-dagang menjadi lebih penting dalam kehidupan orang ramai. Pengguna semakin kerap berada atas talian untuk memenuhi keperluan harian mereka, dan adalah penting bagi perniagaan untuk terus bersifat tangkas dan cepat menyesuaikan diri. Kejayaan debut atas talian bagi inisiatif Show Me My Home P&G di Shopee adalah bukti untuk perkara tersebut. Dengan menggabungkan portfolio jenama FMCG terkemuka P&G dan kepakaran Shopee mengenai tingkah laku dan pilihan pembeli atas talian, ini membolehkan kami memberikan pengalaman membeli-belah atas talian dari rumah yang baharu dan bersifat berpengalaman untuk pengguna di seluruh rantau ini. Kejayaan ini telah memberi inspirasi kepada kami untuk terus berinovasi bagi memberikan yang terbaik untuk pengguna kami, dan kami berasa teruja dapat bekerjasama secara rapat dengan P&G."

Pembeli dapat menikmati lebih kemudahan dengan Show Me My Home

Inisiatif Show Me My Home pada mulanya ialah konsep luar talian yang diterima dengan baik di kalangan pengguna dan peruncit. Dengan visi bersama untuk berkhidmat kepada pengguna digital di rantau ini yang semakin celik, P&G memanfaatkan kepakaran teknologi dan pengetahuan Shopee mengenai pembeli atas talian untuk mengoptimumkan dan meningkatkan pengalaman atas talian. Melalui kerjasama ini, P&G dan Shopee berjaya melaksanakan Show Me My Home versi atas talian, mencatatkan peningkatan jualan lebih daripada 15x pada hari puncak. Inisiatif Show Me My Home menawarkan lebih kemudahan kerana pembeli boleh mendapatkan apa yang mereka perlukan dengan mudah kerana laman mikro mensimulasikan persekitaran rumah. Cara membeli-belah atas talian yang baharu ini berjaya menarik perhatian pembeli dengan peningkatan keseluruhan bagi trafik untuk P&G.

Memupuk hubungan yang bermakna dengan ciri yang menggalakkan penglibatan pengguna dalam aplikasi Shopee

Memandangkan orang ramai menghabiskan lebih banyak masa atas talian, jenama-jenama juga semakin mencari cara baharu untuk berinteraksi dan mendekati pengguna mereka. Sebagai sebahagian daripada inisiatif Show Me My Home, P&G memanfaatkan ciri yang menggalakkan penglibatan pengguna yang terdapat di Shopee demi menjalin hubungan yang lebih mendalam dan bermakna dengan pengguna mereka.

  • Shopee Live: P&G meneroka Shopee Live untuk mendekati pengguna dengan siri penstriman langsung khas yang menampilkan selebriti tempatan popular. Bintang-bintang ternama, termasuk Yuna, Iman Azman dan Preston Kaw berkongsi dengan peminat dan pengguna Shopee mengenai produk P&G kegemaran mereka, serta memberikan tips mengenai cara menggunakannya.
  • Shopee Throw: Pengguna mengunjungi Shopee setiap hari untuk bermain Shopee Throw, permainan dalam aplikasi di mana pengguna boleh memenangi baucar dan hadiah eksklusif P&G dengan melemparkan anak panah ke sasaran di aplikasi Shopee. Permainan ini dimainkan lebih daripada 600,000 kali dalam masa 5 hari, menawarkan hiburan dan nilai tambahan kepada pengguna semasa mereka membeli jenama P&G kegemaran mereka.  

Show Me My Home menandakan inisiatif pertama di bawah JBP serantau yang ditandatangani baru-baru ini antara Shopee dan P&G. JBP ini bertujuan untuk memberi layanan dan menarik hati pembeli atas talian dengan lebih baik di rantau ini dengan menyediakan akses lancar kepada pelbagai jenama dan produk terkemuka P&G. Perjanjian ini akan menyaksikan P&G memperluas tawaran portfolio pelbagai jenama di Shopee dan memanfaatkan keupayaan analisis data besar Shopee bagi menyediakan perjalanan pelanggan yang diperibadikan melalui pemasaran yang tepat. Sebagai tambahan, P&G akan memanfaatkan Shopee Brands Suite, sebuah set alat sokongan yang komprehensif, seperti Shopee Live, demi membantu rakan jenama menjangkau dan berhubung dengan pengguna secara lebih baik.

"Di P&G, kami terus berusaha mencuba cara baharu untuk memperibadikan dan mendekati pengguna kami di luar talian mahupun atas talian. Hasil memberangsangkan yang kami capai daripada kempen ini membuktikan kerjasama dengan Shopee sangat berjaya kerana kami mampu berinteraksi bersama pengguna dengan lebih bermakna di platform digital. Kami berharap dapat berkembang dengan pelanggan ketika kami bekerjasama secara rapat dengan Shopee untuk melaksanakan inovasi masa hadapan secara atas talian, berkhidmat kepada lebih banyak lokasi dan menambah nilai kepada transaksi digital," tambah Shankar Viswanathan, Naib Presiden, E-Dagang, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika.

Dengan kejayaan inisiatif Show Me My Home, P&G dan Shopee akan membawanya kembali pada 15 Jun 2020, dengan sekali lagi menampilkan tawaran dan promosi eksklusif daripada jenama P&G popular termasuk Olay, Pantene, dan Ambi Pur.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, layari laman web ini.

[1] Berbanding hari biasa pada 2020

Apendiks 

Untuk produk P&G yang terdapat di Shopee Show Me My Home, sila lawati laman web ini

About Procter & Gamble

P&G melayani pengguna di seluruh dunia dengan salah satu portfolio jenama kepimpinan yang terkuat, berkualiti serta dipercayai, termasuk Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks® , dan Whisper®. Komuniti P&G
merangkumi operasi di sekitar 70 negara di seluruh dunia. Sila kunjungi http://www.pg.com untuk berita dan maklumat terkini mengenai P&G dan jenamanya.

About Shopee

Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee dilancarkan di 7 pasaran pada tahun 2015 untuk menghubungkan pengguna, penjual, dan perniagaan di rantau ini.

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Ia menawarkan pilihan produk yang luas, disokong oleh pembayaran dan logistik bersepadu, serta ciri-ciri hiburan popular yang disesuaikan untuk setiap pasaran. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan berjaya dalam e-dagang.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE:SE), sebuah syarikat internet pengguna global terkemuka. Selain daripada Shopee, perniagaan teras Sea termasuk bahagian hiburan digital, Garena, dan bahagian perkhidmatan kewangan digital, SeaMoney. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi.

Untuk produk P&G yang terdapat di Shopee Show Me My Home, sila lawati (Appendix).

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200610/2826392-1?lang=0

Source: Procter & Gamble
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Sales reports