omniture

Venture Global Umum Ketibaan Alat Pencecairan Pertama di Kemudahan Eksport Calcasieu Pass LNG

Venture Global LNG
2020-06-20 20:29 325

ARLINGTON, Virginia, 20 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Venture Global LNG, Inc. dengan bangganya mengumumkan bahawa Calcasieu Pass LNG telah mula memasang alat pertama untuk mencecairkan gas asli di kemudahan eksportnya yang sedang dibina di Cameron Parish, Louisiana. Semalam, syarikat ini menerima dan mula menempatkan dua penukar haba pateri aluminium Chart Industries, Inc. (GTLS), yang turut dikenali sebagai kotak sejuk, merupakan yang pertama daripada lapan belas kotak sejuk yang akan menjadi sebahagian daripada sistem proses pencecairan Calcasieu Pass LNG. Kotak sejuk ini, yang dibuat di AS, dihantar lebih empat bulan lebih awal daripada jadual dan hanya sepuluh bulan selepas keputusan pelaburan akhir (FID) projek ini.

Chart cold boxes arriving, June 18th
Chart cold boxes arriving, June 18th

Pemasangan modul pertama sistem proses ini merupakan satu pencapaian penting untuk projek ini, yang terdiri daripada lapan belas rangkaian pencecairan modular berskala pertengahan, yang dipasang siap di kilang Itali oleh Baker Hughes. Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Bob Pender dan Mike Sabel bersama-sama menyatakan, "Kami berasa amat kagum dengan penghantaran dan pelaksanaan awal oleh Chart Industries dan menghargai jalinan kerjasama kami bersama mereka."

Latar Belakang Venture Global LNG

Venture Global LNG ialah penyedia LNG berkos rendah untuk jangka panjang yang akan dibekalkan dari lembangan gas asli Amerika Utara yang kaya sumber dan kini sedang membina atau membangunkan kapasiti pengeluaran 50 MTPA di Louisiana. Kemudahan Venture Global Calcasieu Pass 10 MTPA sedang dibina di persimpangan Laluan Kapal Calcasieu dan Teluk Mexico. Kemudahan Venture Global Plaquemines LNG 20 MTPA dijangka memulakan kerja-kerja pembinaan pada tahun ini dan terletak di bahagian selatan New Orleans di Sungai Mississippi. Venture Global LNG turut membangunkan kemudahan Venture Global Delta LNG 20 MTPA, yang bersebelahan dengan Plaquemines. Maklumat lanjut boleh ditemui di www.venturegloballng.com.

Chart cold boxes arriving, June 18th
Chart cold boxes arriving, June 18th

   

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1193670/Venture_Global_Chart_Cold_Boxes.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1193669/Venture_Global_Chart_Cold_Boxes_18.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/825434/VENTURE_GLOBAL_LNG_INC___Logo.jpg

 

Source: Venture Global LNG
Keywords: Gas Oil/Energy Transportation Utilities New products/services